Sabtu, 30 Jun 2007

ADA HUBUNGAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA?

Laporan klpos:

Ya! Najib ada bersama Altantuya, Razak PDF Print E-mail
Saturday, 30 June 2007

SHAH ALAM: Ada pendedahan mengejut di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. Seorang pegawai tinggi Malaysia yang dikenal pasti sebagai 'Najib Razak' dilihat bergambar bersama seorang wanita Mongolia dan kekasihnya, yang kini sedang dibicarakan berkaitan kes pembunuhan wanita itu, menurut Burmaa Oyunchimeg.

Keterangan saksi itu mencetuskan perbalahan sengit antara pihak pendakwa dengan peguam keluarga mangsa yang mendakwa bahawa Abdul Razak Baginda, pembantu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan mangsa dibawa pergi sebelum dibunuh.

Dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, Oktober lalu. Abdul Razak dituduh bersubahat dengan mereka. Ketiga-tiganya boleh dihukum mati jika bersalah.

Datuk Seri Najib pula kenalan rapat penganalisis politik Malaysia itu. Namun, Datuk Seri Najib menafikan pelibatannya April lalu.

Burmaa, 26 tahun, memberitahu mahkamah, beliau pernah melihat gambar Altantuya dan Abdul Razak makan bersama seorang 'pegawai kerajaan Malaysia' dan beberapa orang lagi.

Beliau tidak menyebut pegawai itu sebagai TPM tetapi berkata Altantuya memberitahunya nama pegawai itu ialah 'Najib Razak'.

Sedang Burmaa memberikan keterangannya dan mendakwa pernah 'melihat gambar itu', salah seorang pendakwa, Manoj Kurup, mencelah untuk menghentikan keterangannya.

Peguam pemerhati keluarga mangsa, Karpal Singh, kemudian meminta izin mahkamah menyoal lanjut Burmaa tetapi ia dibangkang keras pihak pendakwa dan peguam salah seorang pegawai UTK yang dituduh.

'Saya tidak ada catatan mengenai ini,' kata Hakim Mohammed Zaki Mohammed Yasin, merujuk kepada keterangan Burmaa itu. Pihak pendakwa juga menyatakan sama.

Ini mencetuskan kemarahan Karpal, yang berteriak: 'Usah sembunyikan sesuatu di mahkamah ini!'

'Saya tidak menyembunyikan sesuatu. Tutup mulut anda!' tegas pendakwa utama, Tun Majid Tun Hamzah.

Karpal merujuk kepada hakim sambil berkata: 'Dia ke sini untuk menyembunyikan ini.'

Hakim Mohammed Zaki kemudian membenarkan Karpal menyoal Burmaa mengenai gambar itu, yang menurutnya telah ditunjukkan Altantuya kepadanya di Hongkong selepas mangsa pulang dari Perancis. - AFP.

0 comments: