Petang tadi, ketika melalui Jalan Sineevasagam, dari Jalan Sultan Idris Shah, menuju Bulatan Martin Luther King, di hadapan Perpustakaan Tun Abd Razak, di antara Masjid India dan Sekolah Saint Michael Institution disebelah kanan dan Padang Bandaran, Ipoh Club dan bendera Negeri terbesar di dunia di sisi kiri, saya terpandang lori-lori yang sedang menurunkan berpuluh-puluh buah objek berbentuk kuboid. Pada mulanya saya tidak pasti gerangan apakah benda nya.

Tandas mudahalih. Hu, "ape ke hernyer? ape ke hernyer?" (Pinjam carabertanya Wahid Kumpulan Senario).
Ketika menoleh ketengah padang baru terlihat satu operasi besar-besaran sedang berjalan mempersiapkan pentas dengan segala aksesori untuk satu lagi pesta besar-besaran.
Aduh...satu lagi.
Persembahan salah satu lagi Syarikat Media gergasi Malaysia.

Tajaan utama Magnum Corporation Berhad dengan slogan magnumcares.
Siapa tak kenal Magnum. Tak tahulah magnum cares tentang apa? Atau cares pada dan untuk siapa?


Orang akan lupa tentang rasuah yang menghasilkan ekonomi kemakmuran songsang yang menghimpit hidup mereka. Orang akan lupa tentang kualiti hidup sebenar dan alam sekitar yang bobrok. Orang akan lupa


Pemimpin Umno berpegang kepada keyakinan "Melayu mudah lupa"
Kerana itulah penguasa menciptakan kesedaran palsu ini. Keselesaan sementara yang didasari nafsu hedonisma sentiasa dibajai dari dulu, kini dan selamanya.
Dan mereka mengharapkan keselesaan palsu ini akan tertajalli dengan undi yang akan mengekalkan penguasaan mereka. Kuasa untuk terus memperhambakan rakyat dalam negara yang sudah lima puluh tahun merdeka.
Dan rakyat akan menyerahkan hidung mereka sekali lagi untuk diheret kemana sahaja, kerana 'sesungguhnya' tiada lagi payung pelindung tempat bergantung melainkan UMNO semata-mata.
Atau..... kini sudah tiba masa untuk perubahan. it,s time!
On a lighter side boleh tuntun video ni. klik