Khamis, 2 Ogos 2007

ANWAR IBRAHIM DI PADANG RENGAS






ANWAR  IBRAHIM

DI

PAYA RENGGAM

PADANG RENGAS

4 HB OGOS 2007

SABTU

9.30 MALAM

HEBAHAN OLEH

KeADILan LENGGONG



Seorang ahli AMK Lenggong sedang menampal poster hebahan majlis Dato' Seri Anwar Ibrahim.


AHLI TEGAR KG CHEPOR LENGGONG





Isnin, 30 Julai 2007

Harga Minyak Akan Terus Menerjah Siling!


Bacalah tulisan Hishamuddin Rais ini:

Pada 30hb Ogos 2005 dahulu harga minyak telah melintasi 80 dolar satu tong. Bulan Ogos 2007 ini nampaknya lonjakan kenaikan harga bahan bakar petrol ini sedang berulang lagi. Semasa saya menulis ini, harga minyak telah mencecah 76 dolar satu tong.
Bacalah seterusnya di Malaysia-Today.net

Dalam ucapan di Pasir Salak pada 13 hb Julai tempoh hari, Ketua KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah menyatakan dengan tegas, menang sahaja BA, antara tindakan awal adalah menurunkan harga minyak.

Keuntungan PETRONAS tidak lagi untuk projek mega dan pengkayaan penguasa dan kroni. Akan kita pulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk harga minyak yang lebih murah.

Terpulanglah kepada kita, bagaimana menjadikannya realiti.

Dr Lee Di Air Kala Lenggong

Semalam, 29 Julai, Dr Lee Boon Chye Naib Presiden KeADILan Malaysia, telah menjejak kaki ke Kampung Baru Air Kala. Air Kala terletak dalam Kawasan DUN Kenering dalam Parlimen Lenggong.

Dr Lee disamping mengadakan aktiviti pengumpulan maklumat dan menilai kesediaan jentera Pilihanraya, telah memberi penjelasan tentang pelbagai isu mutakhir.

Di majlis perjumpaan itu juga telah ditubuhkan Biro Perhubungan Masyarakat KeADILan Lenggong. Mereka juga telah memutuskan untuk menubuhkan satu Biro Pengaduan Awam Kg Air Kala.

Ketua Bahagian, Hj Hamzah Zain, telah mengumumkan perlantikan Yong Yoke Meng sebagai Naib Ketua Bahagian bagi memenuhkan jawatan yang masih ditinggalkan kosong.


Dr Lee di tengah-tengah, Ketua Bahagian di kiri Dr Lee, Yong Yoke Meng di kanan Dr Lee. Turut hadhir Ketua wanita bahagian, Pn Zalikha Harun, paling kiri dan Setiuasaha wanita, Pn Asiah Hj Isa, paling kanan.




Dr Lee sedang memberi penerangan .............




..........dan menjawab pelbagai persoalan.



Setiausaha bahagian, Zakaria Hassan (T-shirt biru), Naib Ketua bahagian, Zawawi Hashim (Tengah) dan Bendahari, Musa Mamat sedang khusuk mendengar perbincangan walaupun dalam bahasa Mandarin.




Dr Lee gembira dengan perkembangan yang sedang berlaku di kampung-kampung baru dalam kawasan Lenggong.





Akhir perbincangan, Dr Lee menyeru supaya kerjasama diantara pemimpin DAP dan KeADILan seperti yang ditunjukkan dengan kehadiran Ketua DAP Air Kala, Wong Kaw, bersama dalam majlis hari ini akan berterusan, malah lebih kukuh lag,i untuk mempasti kemenangan Barisan Alternatif dalam PRU12 akan datang.



Dr Lee bersalam mengucapkan tahniah kpd Yong Yoke Meng selepas Ketua Bahagian mengumumkan perlantikannya sebagai Naib Ketua Bahagian (dilantik) dan juga Pengurusi Biro Perhubungan Kaum KeADILan Lenggong.




Semua gembira selepas sepetang yang berjaya.