Isnin, 30 Julai 2007

Dr Lee Di Air Kala Lenggong

Semalam, 29 Julai, Dr Lee Boon Chye Naib Presiden KeADILan Malaysia, telah menjejak kaki ke Kampung Baru Air Kala. Air Kala terletak dalam Kawasan DUN Kenering dalam Parlimen Lenggong.

Dr Lee disamping mengadakan aktiviti pengumpulan maklumat dan menilai kesediaan jentera Pilihanraya, telah memberi penjelasan tentang pelbagai isu mutakhir.

Di majlis perjumpaan itu juga telah ditubuhkan Biro Perhubungan Masyarakat KeADILan Lenggong. Mereka juga telah memutuskan untuk menubuhkan satu Biro Pengaduan Awam Kg Air Kala.

Ketua Bahagian, Hj Hamzah Zain, telah mengumumkan perlantikan Yong Yoke Meng sebagai Naib Ketua Bahagian bagi memenuhkan jawatan yang masih ditinggalkan kosong.


Dr Lee di tengah-tengah, Ketua Bahagian di kiri Dr Lee, Yong Yoke Meng di kanan Dr Lee. Turut hadhir Ketua wanita bahagian, Pn Zalikha Harun, paling kiri dan Setiuasaha wanita, Pn Asiah Hj Isa, paling kanan.




Dr Lee sedang memberi penerangan .............




..........dan menjawab pelbagai persoalan.



Setiausaha bahagian, Zakaria Hassan (T-shirt biru), Naib Ketua bahagian, Zawawi Hashim (Tengah) dan Bendahari, Musa Mamat sedang khusuk mendengar perbincangan walaupun dalam bahasa Mandarin.




Dr Lee gembira dengan perkembangan yang sedang berlaku di kampung-kampung baru dalam kawasan Lenggong.





Akhir perbincangan, Dr Lee menyeru supaya kerjasama diantara pemimpin DAP dan KeADILan seperti yang ditunjukkan dengan kehadiran Ketua DAP Air Kala, Wong Kaw, bersama dalam majlis hari ini akan berterusan, malah lebih kukuh lag,i untuk mempasti kemenangan Barisan Alternatif dalam PRU12 akan datang.



Dr Lee bersalam mengucapkan tahniah kpd Yong Yoke Meng selepas Ketua Bahagian mengumumkan perlantikannya sebagai Naib Ketua Bahagian (dilantik) dan juga Pengurusi Biro Perhubungan Kaum KeADILan Lenggong.




Semua gembira selepas sepetang yang berjaya.










0 comments: