Sabtu, 14 Julai 2007

Nat Tan Direman Empat Hari

Mahkamah Mejistret telah memutuskan Nat ditahan reman empat hari di bawah Seksyen 8 OSA.

Nat telah direman atas tuduhan memiliki satu dokumen yang menunjukkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum terlibat dalam kesalahan rasuah, iaitu menerima RM5 juta bagi membebaskan beberapa pesalah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969.
Laporan Ginie Lim Siew Lim dalam blognya Bloginie

PEMBANTU ANWAR IBRAHIM, NATHANIEL TAN, DITAHAN.


Kami baru balik dari Pasir Salak dimana dimaklumkan dengan berita ini. Tak sempat nak tulis. Untuk berita seterusnya bacalah KeADILan online. Dan terbaru di laman ini.

Untuk mendapatkan pautan-pautan lain kepada berita ini sila lihat di sini.

Kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim:

Hari ini, Nathaniel Tan, yang merupakan setiausaha saya sebagai Pengerusi Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future) telah ditahan oleh tiga orang polis berpakaian preman. Pegawai tersebut tidak memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan sebarang pengenalan hanya memaklumkan bahawa mereka daripada Cawangan Khas dan meminta Nathaniel untuk mengikut mereka dan membawa komputer riba beliau bersama.

Saya sangat mengecam penahanan Nathaniel oleh pihak polis Malaysia. Nathaniel, 27, merupakan graduan Universiti Harvard dan menetap di Kuala Lumpur, sebelum ini aktif menyertai beberapa aktiviti sukarela dan kemanusiaan di Acheh, Indonesia dan Sierra Leone, di mana beliau juga aktif berpartisipasi bersama beberapa pertubuhan hak asasi di Malaysia.

Saya menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk membawa perkara ini dalam perhatian beliau pada kadar segera dan menjelaskan di mana dan atas kapasiti apa Nathaniel ditahan buat masa ini. Saya telah meminta kepada peguam-peguam beliau dan ahli keluarga untuk mendapatkan akses segera kepada Nathaniel untuk menjaman keselamatan beliau.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi
Yayasan Masa Hadapan



Kenapa Mereka Keluar ?

Oleh Amir Sari dari Kalimat Zaman

Musim durian kali ini, diringgi berita beberapa bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti. Bersorak sorai utusan mengeluarkan berita, mereka di sana, mereka di sini keluar parti dengan alasan; parti hilang perjuangan dan pimpinan terutama Anwar Ibrahim tidak menghargai perjuangan ‘orang bawah’ dengan tidak menyelesaikan perselisihan pimpinan atasan. Suka saya membelek-belek alasan mereka.

Alasan pertama mereka, Parti Keadilan, hilang landasan, nilai dan semangat perjuangan, ini alasan yang paling biasa dan ‘klise’ untuk mereka yang keluar parti. Kalau landasan perjuangan PKR tidak sama dan selari dengan Umno dan parti-parti konvensional Malaysia itu betul. Namun mengatakan landasan perjuangan reformasi PKR yang bermunculan sejak 1998 telah hilang, ia merupakan satu hemtam kromo yang hanya sedap didengar. Parti keadilan jelas dalam setiap dasar dan isu masih lagi tekal dan segar memperjuangkan reformasi dan perubahan di semua peringkat. Membenteras Rasuah, menegakkan keadilan, pembelaan rakyat terbanyak, itu semua masih kukuh disuarakan di mana-mana tempat.

Malahan PKR mula menyuarakan agenda ekonomi yang lebih manusiawi dan setara buat semua, sejak setahun ini, oleh PKR dan pimpinannya, bagi mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menyeret Malaysia ke arena negara penuh prejudis dan kalah dipertarungan global.

Pertanyaan seharusnya di lontarkan semula ke muka mereka yang bercakap soal nilai dan landasan perjuangan ini, apa misi dan landasan perjuangan mereka maksudkan? dan apa erti perjuangan mereka, sebenarnya.

PKR sejak dari Parti keadilan nasional lagi telah tegas menolak politik assabiyah, menolak taklid buta pimpinan yang mahukan 100 % kesetiaan, sehingga semua kata-katanya ketua, idola dan pimpinan ibarat wahyu.

Ternyata sebahagian besar yang keluar ”enggeh” (bhs jawa- angguk atau setuju), kepada Ezam bahawa Anwar tidak menyelesaikan masalah kepimpinan parti iaitu, pertelingkahannya dengan Azmin. Inilah perkara dasar, yang sering dilaungkan-laungkan. Pada saya ini bukan hal dasar, ini hal pribadi yang cuba diangkat-angkat menjadi masalah negara.

Oleh itu apa alasan lagi, lebih baik berterus terang, kami tidak dapat terima politik inklusif keadilan, kami lebih suka politik ketat perkauman, dan politik yang orang bawah nya setia 100 % pada pimpinan, sehingga semua boleh diatur, diatur, diatur dan nyenyak tidur.

Atau sebenarnya sebahagian mereka kecewa kerana gagal dalam pemilihan, saya berdoa jangan ada kiranya sebahagian mereka terdiri dari golongan itu?Oleh itu suka juga bertanya kembali kepada mereka, apa makna reformasi dalam fikiran mereka?

Jelas alasan mereka tampak koyak rabak, haru biru dan centang peranang.

Namun dalam sorak sorai keluar itu Parti Keadilan terus rancak dengan programnya, Baru-baru ini dalam latihan pilihanraya anjuran AMK di Kelantan, sambutan amat baik dan mereka bergitu bersemangat untuk bekerja dan bertugas memenangkan PKR dan gabungan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Paling menarik Selangor yang dikatakan sebagai negeri paling kuat digempur, oleh Ezam dan loyalisnya, menghantar peserta paling ramai, lebih kurang 30 orang, untuk kursus dan latihan tersebut. Semasa sessi dengan Anwar Ibrahim, ternyata soalan dan komentar lebih menjurus ke arah gerak kerja pilihanraya dan misi pilihanraya. Tidak lagi menyusul soal remeh temeh persaingan dalam parti.

Hari ini sekali lagi sorak-sorai di Utusan Malaysia, Najib menjangka detik-detik kehancuran PKR akibat berita - berita ramai keluar parti, tersebut. Kepada Najib, jawab dulu lingkaran kontroversi yang mengelilinggi kamu dan ingatkah kamu jeritan rakyat di Ijok…Altantunya-Altantunya - Mongolia - Mongolia.

Khamis, 12 Julai 2007

NAIB KETUA BAHAGIAN MASUK HOSPITAL


Naib Ketua Bahagian, Sdr Zawawi Hashim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ipoh ( Ipoh Specialist Hospital) pada hari Selasa malam Khamis kerana serangan asthma (lelah). Beliau telah ditempatkan dalam Wad 5 bilik 244 dan dirawat oleh Dr Lee Boon Chye, Naib Presiden KeADILan Malaysia.

Hari ini, Ketua Bahagian Hamzah Zain, Setiausaha Zakaria Hassan dan Bendahari Musa Mamat telah melawat beliau. Mereka telah dimaklumkan Sdr Zawawi sudah mula pulih dan mungkin akan keluar pada hari Sabtu 14 Julai.

Kita mendoakan beliau segera sihat. Malah Sdr Zawawi sendiri tidak sabar untuk keluar kerana beliau berkata "Banyak kerja parti harus diselesaikan." Selain Naib Ketua, beliau juga adalah Pengarah Pilihanraya bagi KeADILan Lenggong.