Sabtu, 14 Julai 2007

PEMBANTU ANWAR IBRAHIM, NATHANIEL TAN, DITAHAN.


Kami baru balik dari Pasir Salak dimana dimaklumkan dengan berita ini. Tak sempat nak tulis. Untuk berita seterusnya bacalah KeADILan online. Dan terbaru di laman ini.

Untuk mendapatkan pautan-pautan lain kepada berita ini sila lihat di sini.

Kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim:

Hari ini, Nathaniel Tan, yang merupakan setiausaha saya sebagai Pengerusi Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future) telah ditahan oleh tiga orang polis berpakaian preman. Pegawai tersebut tidak memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan sebarang pengenalan hanya memaklumkan bahawa mereka daripada Cawangan Khas dan meminta Nathaniel untuk mengikut mereka dan membawa komputer riba beliau bersama.

Saya sangat mengecam penahanan Nathaniel oleh pihak polis Malaysia. Nathaniel, 27, merupakan graduan Universiti Harvard dan menetap di Kuala Lumpur, sebelum ini aktif menyertai beberapa aktiviti sukarela dan kemanusiaan di Acheh, Indonesia dan Sierra Leone, di mana beliau juga aktif berpartisipasi bersama beberapa pertubuhan hak asasi di Malaysia.

Saya menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk membawa perkara ini dalam perhatian beliau pada kadar segera dan menjelaskan di mana dan atas kapasiti apa Nathaniel ditahan buat masa ini. Saya telah meminta kepada peguam-peguam beliau dan ahli keluarga untuk mendapatkan akses segera kepada Nathaniel untuk menjaman keselamatan beliau.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi
Yayasan Masa Hadapan



1 comments:

Bette berkata...

People should read this.