Jumaat, 10 Ogos 2007

PESTA-PESTAAN BERTERUSAN




Petang tadi, ketika melalui Jalan Sineevasagam, dari Jalan Sultan Idris Shah, menuju Bulatan Martin Luther King, di hadapan Perpustakaan Tun Abd Razak, di antara Masjid India dan Sekolah Saint Michael Institution disebelah kanan dan Padang Bandaran, Ipoh Club dan bendera Negeri terbesar di dunia di sisi kiri, saya terpandang lori-lori yang sedang menurunkan berpuluh-puluh buah objek berbentuk kuboid. Pada mulanya saya tidak pasti gerangan apakah benda nya.

Setelah diperinci barulah dapat dipastikan benda-benda tersebut adalah tandas mobil.
Tandas mudahalih. Hu, "ape ke hernyer? ape ke hernyer?" (Pinjam carabertanya Wahid Kumpulan Senario).


Ketika menoleh ketengah padang baru terlihat satu operasi besar-besaran sedang berjalan mempersiapkan pentas dengan segala aksesori untuk satu lagi pesta besar-besaran.
Aduh...satu lagi.


Persembahan salah satu lagi Syarikat Media gergasi Malaysia.

Tajaan utama Magnum Corporation Berhad dengan slogan magnumcares.


Siapa tak kenal Magnum. Tak tahulah magnum cares tentang apa? Atau cares pada dan untuk siapa?



Kita tidak perlu hairan sebenarnya, kerana sekaranglah masanya untuk merekayasa berbagai bentuk escapisme supaya masyarakat akan sentiasa terleka dan lalai dari masalah sebenar.

Orang akan lupa tentang rasuah yang menghasilkan ekonomi kemakmuran songsang yang menghimpit hidup mereka. Orang akan lupa tentang kualiti hidup sebenar dan alam sekitar yang bobrok. Orang akan lupa tentang harga minyak dan barang keperluan meningkat menerjah siling. Orang akan lupa tentang jenayah yang bagai cendawan selepas hujan. Orang akan lupa tentang ketidakbebasan mereka dan kebergantungan mereka untuk biasiswa, pinjaman pelajaran, belanja hospital, rumah miskin, modal niaga dan lain-lain, hatta gigi palsu dan cermin mata, kepada penguasa yang menggunakan keterikatan ini untuk mengugut dan menarik hidung seperti kerbau tanduk keweh yang membajak bendang di Banggul Derdap. (Ada lagi ke bendang tu Dato' Shahnon?) Orang akan lupa tentang pemimpin tunasusila dan rendah akhlak. Orang akan lupa tentang penghakisan kemanusiaan dan pencemaran ruh mereka.

Pemimpin Umno berpegang kepada keyakinan "Melayu mudah lupa"

Kerana itulah penguasa menciptakan kesedaran palsu ini. Keselesaan sementara yang didasari nafsu hedonisma sentiasa dibajai dari dulu, kini dan selamanya.

Dan mereka mengharapkan keselesaan palsu ini akan tertajalli dengan undi yang akan mengekalkan penguasaan mereka. Kuasa untuk terus memperhambakan rakyat dalam negara yang sudah lima puluh tahun merdeka.

Dan rakyat akan menyerahkan hidung mereka sekali lagi untuk diheret kemana sahaja, kerana 'sesungguhnya' tiada lagi payung pelindung tempat bergantung melainkan UMNO semata-mata.

Atau..... kini sudah tiba masa untuk perubahan. it,s time!

On a lighter side boleh tuntun video ni. klik


0 comments: