Khamis, 9 Ogos 2007

Celup jari pengundi dalam dakwat indelible, "Boleh," Kata Majlis Fatwa Kebangsaan.


Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memutuskan menanda jari pengundi dengan 'dakwat khas' yang kekal lekat sehingga beberapa hari adalah harus dari segi hukum syarak. Tidak najis, tidak mengganggu ibadah dan tidak mudharat.

SPR telah dicadangkan menggunakan kaedah ini untuk menghalang pengundi (hantu) berulang-ulang membuang undi seperti yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu.

KeADILan mengalu-alukan keputusan para Majlis Fatwa ini.

Namun demikian kita masih musykil samada perlaksanaanya akan benar-benar telus dan jujur. Atau untuk disalahgunakan ; satu cara melindungi excesses yang lain seperti membekalkan senarai pengundi yang berbeza-beza antara parti dan calon, arahan yang berlainan, double standard dan lain 'silap mata' yang masih ada dalam poket doraemon UMNO dan SPR.

0 comments: