Selasa, 17 Julai 2007

NAT BEBAS

Nathaniel Tan telah dibebaskan jam 5:00 petang tadi.

Harakahdaily.net melaporkan:

Nathaniel dibebaskan, tetap semangat terus berjuang
Anis Nazri dan Salmiyah Harun
Tue | Jul 17, 07 | 06:35:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Blogger yang juga penyelenggara laman web Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Nathaniel Tan atau Nat telah dibebaskan selepas jam 5 petang tadi, setelah ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini.

Beliau yang ditahan Jumaat lalu untuk siasatan atas dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut oleh para penyokong dan rakan-rakannya ketika dia keluar dari bangunan Bahagian Jenayah Siber, Bukit Aman di Kuala Lumpur.


Untuk berita seterusnya bacalah HarakahDaily

Nat dibebaskan setelah perhimpunan bantahan beramai-ramai oleh ahli dan pemimpin Alternatif termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Perhimpunan Solidariti Kepada Nathaniel Tan

Semalam saya mengambil keputusan untuk sama-sama turun menyatakan sokongan saya ke atas Nathaniel Tan, yang ditahan oleh pihak polis untuk disiasat di bawah OSA.

Perhimpunan semalam turut dihadiri oleh pimpinan KeADILan, PAS dan juga DAP. Jelas, penentangan ke atas penahanan Nat ini dibuat kerana tindakan desperado kerajaan melakukan apa sahaja dengan memperalatkan pihak polis memandangkan pilihanraya begitu hampir.

Penahanan ini amat jelas kelihatan sebagai usaha untuk mengekang kebebasan menyatakan pendapat, dan bertindak sebagai ugutan kepada kelompok muda di luar sana untuk terus menyatakan kebenaran melalui cara yang sah.

Difahamkan, Nat akan dibebaskan pada jam 12 tengahari ini.

Ayuh anak-anak muda, jangan jadikan Malaysia negara rimba!

ANWAR IBRAHIM


Setelah Nat bebas Anwar membuat kenyataan berikut:

“Ada hikmah, semangat tambah kuat” - Nat

Sdr Nat menalipon saya sebaik dibebaskan. Saya kagum dengan luahan kata awalnya:

“Ada hikmah, semangat tambah kuat”, katanya. Beliau kemudiannya diserbu wartawan.

Sepertimana yang saya ucapkan semalam di perkarangan IPD Dang Wangi, Nat punyai perwatakan sopan dan tubuhnya kerdil, tetapi bersemangat waja.

Hebat sdr Nat.

Saya juga hargai semangat keluarganya. Saya sempat menalipon ayahnya malam sabtu lalu. Malangnya saya terpaksa meninggalkan majlis sebelum ketibaan keluarganya untuk ke Hospital Tawakal menziarak sahabat lama saya Sdr Shukran Jamil.

Kita akan teruskan perjuangan!!

ANWAR IBRAHIM


0 comments: