Isnin, 3 September 2007

ANWAR IBRAHIM: "Waspada Strategi Politik Murah Umno"

Rakan-rakan pejuang khususnya pengunjung dipohon mengamati dua strategi utama Penerangan Umno dan Pemuda Umno yang pastinya menjadi teras kursus Biro Tatanegara menjelang pilihanraya umum nanti.

Pertama, dengan menonjolkan isu survival melayu melalui DEB, dan kononnya mendedahkan muslihat politik Anwar serta KeADILan yang akan menamatkan program ekonomi melayu tersebut. Saya ulangi gesaan supaya sdr/i membaca, menelaah dan membantu menyebarkan risalah “Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan”. Kita mencabar pimpinan Umno dan juak-juak mereka untuk menjawab secara rasional atau cuba menangkis fakta yang diketengahkan. Rakyat Malaysia khususnya melayu-bumiputera perlu didedahkan dengan maklumat sebenar, bagaimana khazanah negara dirompak dan amanah melayu-bumiputera dikhianati.


Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.


Kedua, pimpinan umno akan terus menaburkan fitnah jahat yang dilakukan selama hampir sepuluh tahun, mengaibkan peribadi saya dan keluarga. Ustaz dan imam mereka akan bersekongkol dengan gelagat qazaf. Dengan dana tauke judi mereka akan terus mengedar apa yang disebut sebgai “pengakuan” sukma dan lain-lain. Dalam pengakuan bersumpah Sukma di mahkamah dan Mahkamah Persekutuan kemudian menerima keterangan Sukma bahawa beliau ditelanjangi, didera, diugut dan dipaksa memberi keterangan palsu atas arahan polis penyiasat yang diketuai Musa Hassan.

Perasuah ternyata terdesak, namun kita harus terus waspada. Jika hukum Allah swt mengenai qazaf boleh dipermain, apa lagi nasib rakyat kerdil.

ANWAR IBRAHIM

0 comments: