Rabu, 15 Oktober 2008

tarikh tersebut sudah jadi satu tarikh keramat



916





• thaqif said:
1. Ramai yg kutuk Anwar kerana terlepas tarikh 16 Sept., namun bagi aku tarikh tersebut sudah jadi satu tarikh keramat, kerana baru terasa bila sebenarnya Malaysia di tubuhkan dan bagaimana rasanya bila perpaduan sebenar terjadi. Pada tarikh tesebut, di Stadium Kelana Jaya, baru aku melihat bahawa rakyat memang benar-benar mahukan kemerdekaan dan perpaduan, di malam tersebut jugalah aku menyayikan lagu Negara Ku penuh semangat dan sekuat termampu, begitu jugalah rakan-rakan di sebelah ku. Inilah kejayaan Anwar mewar-warkan tarikh 16 Sept.

2. Membentuk kerajaan dgn mengambilalih kuasa dari BN, bukanlah satu kewajipan Anwar,t api adalah tugas sukarela yg mahu di laksanakannya. Kemenangan PR dalam merampas 4 kerajaan negeri dari Bn dan menafikan mejoriti 2/3 BN di parlimen, pun sudah cukup utk kita berterima kasih yg tidak tehingga kepada daya usaha Anwar, jangan lah pula kegagalan 16 sept. menjadi cemuhan kita. Tanyalah pula diri sendiri,apa pula peranan kita?.

3. Bayangkan lah betapa beratnya beban yg di pikul Anwar, dalam usahanya ini. Berbagai halangan yg di laluinya bukan saja dari BN, malahan dari dalam kumpulan PR sendiri-PAS yg berbeza pendapat, kebodohan ahli PKR dgn rasuah sex, juga kegagalan para pemimpin PKR utk terus berkerja keras bagi meruntuhkan semangat BN dan memudahlah MP mereka crossover, satu lagi kes sodominya di mahkama. Yang nampaknya tidak banyak memberi masalah hanya DAP.
PerakExpress




0 comments: