Rabu, 29 Julai 2009

ACID TEST BUAT PAKATAN RAKYAT

by ahmadzawawi

Sering kali Pakatan Rakyat dilabel sebagai Pakatan Pilihanraya oleh Parti-Parti yang goyah dalam Barisan. Asas yang membuat mereka berkata demikian adalah kerana Parti-Parti dalam Pakatan tidak didaftar dibawah satu Parti Induk dan memiliki Lambang yang sama. Walaupun telah dibuktikan yang Pakatan tersebut telah lama ujud dan kukuh sehingga hampir-hampir dapat menawan Kerajaan Federal, puak-puak tersebut terus menerus memperlekehnya.

Perkara yang sama juga pernah dipraktis oleh “Big Bro” BN dalam Isu Kerajaan Perpaduan. Mereka meminta PAS membuat keputusan sendiri-sendiri dalam rencana “berpadu” dengan mereka dan tidak perlu terlebih dahulu mendapatkan “restu” dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dengan alasan hubungan diantara Parti-Parti dalam Pakatan adalah tidak “formal”.

Sekali lagi Pakatan Rakyat terbukti kukuh apabila PAS telah membawa Isu tersebut kedalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dimana keputusan “Tidak akan ada Kerajaan Perpaduan” telah dicapai. Dalam respons segera UMNO menyatakan mereka tidak berasa kecewa kerana cadangan asalnyapun adalah dari PAS sendiri.

Daripada kenyataan tersebut Parti PAS seharusnya sedar yang mereka sahaja yang inginkan “perpaduan” sedangkan UMNO tidak sekali-kali mahu merendah diri. Sebagai contoh tidak bersikap proaktif menyediakan platform untuk menyegerakan perbincangan.

Dengan yang demikian para pimpinan beserta pendokong Pakatan perlu bertindak segera memperkuatkan diri. Fikirkan harapan tinggi Rakyat yang mahu melihat Pakatan Rakyat memerintah Negara. Sebelum ini rakyat juga sedar yang mereka tidak memberikan “push” yang 100%. Itulah sebabnya Pakatan hanya mampu menafikan BN 2/3 majoriti diParlimen. Rakyat sudah betul-betul bersedia melakukan “total push” dalam PRU ke 13 nanti. Tetapi soalannya para pemimpin kita dilihat tidak mencerminkan kesungguhan.

Para pemimpin masih lagi berpolimik dan masih melayan setiap apa yang dikatakan oleh pembesar-pembesar BN . Disinipun telah menunjukkan tidak betulnya kita. Kita kata kita “boikot” media mereka tetapi tetap respons kepada setiap apa yang dilapur oleh Media Perdana.

Marilah kita benar-benar “merasakan diri kita” sebagai ahli-ahli Parti dalam Pakatan dengan memberikan penuh perhatian kepada “Inquest” yang akan bermula esok. Inquest ini diujudkan bagi memastikan apa yang telah terjadi kepada Ahli Kita iaitu Mendiang Teoh Beng Hock. Dengan memberikan sepenuh perhatian kepada perkara ini dan meminggirkan “politiking” berlebihan kita sebenarnya sudah dapat banyak belajar dari kesilapan lalu. Dan percayalah dengan memulakan aktiviti ini kita tidak akan menoleh kebelakang lagi.

0 comments: