Memaparkan catatan dengan label Melayu.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu.. Papar semua catatan

Khamis, 30 Oktober 2008

CEO BARU PKNS



CINA

CEO PKNS????


Selama 44 tahun PKNS diterajui oleh Bumiputera, namun apa yang lebih mengecewakan kita seperti apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid, setelah membuat pemeriksaan selama 44 tahun itu, beliau amat kesal apabila mendapati usaha PKNS dalam memartabatkan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan hartanah tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Bahkan lebih 75 peratus dari projek yang dilaksanakan oleh PKNS diberi kepada syarikat bukan-Melayu sama ada secara langsung ataupun tidak (Sinar Harian,28 Oktober,08,hal.2).

Bahkan lebih teruk dari itu, beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan yang dibuat oleh PKNS bukan berdasarkan keperluan PKNS sendiri, tetapi adalah lebih kepada parti politik yang memerintah. Akaun PKNS juga didapati tidak betul dari segi pengurusannya seperti pada tahun 2007 PKNS dilaporkan mengaut laba RM500 juta, namun setelah disemak ia adalah hasil luar biasa, bahkan RM100,000 darinya dihadiahkan kepada Pengerusi PKNS sebelum ini, iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.


Untuk Sepenuhnya......

.

Selasa, 11 September 2007

ORANG MELAYU HARI INI


Artikel dari majalah Kenchana, Jan 1947

Kami petik dari "10 tahun sebelum Merdeka" dan susun semula kerana tertarik dengan hakikat kealpaan kita kepada peringatan tersebut.


“Dengan chogan kata di atas kita memperingatkan kepada semua kaum Melayu supaya jangan tertipu terperlemah dan terperangkap oleh pehak yang hendak menggunakan diri kita faedah mereka.”

“Dari mula dunia terkembang, orang Melayu telah berserah tonggang nasib-nya hitam puteh kepada tangan Y.M.M. dan Y. berhormat dan akhir-nya nasib orang Melayu jatoh sejatoh-jatohnya dan menerima menjadi Nasib Kaum Terjajah yang lemah sekali di dalam dunia ini,..”

“…kelemahan Melayu ini salah-nya terpulang kepada Penganjor Melayu yang sudah-sudah ia-itu yang tergamak menjual-kan Tanah Ayer Melayu dan menukar-kan nyawa Melayu kepada wang dan kesenangan mereka yang mana akhir-nya seperti yang kita nampak Orang Melayu jatoh melepek.”

“Oleh itu U.M.N.O. (Pekembar) ...bukanlah arti-nya dipunyai oleh ketua-ketua itu sendiri ialah dipunyai oleh orang ramai Melayu hari ini. Jadi dengan itu sewajib-nya apa-apa keputusan yang hendak dibawa oleh U.M.N.O. ...untok pengetahuan pemerintah atau diketengahkan kepada ramai mahulah dipersetuju-kan oleh orang Melayu ‘am.”

“Sebab itu kita sudah nampak bayang2-nya orang Melayu tidak puas hati kepada penganjor2-nya yang chuba membelakang-kan muslihat orang Melayu ramai.

Dalam sementara itu kita harap orang Melayu hari ini berdiri-lah sebagai orang Melayu yang tidak redza nasib-nya di-perjudi-kan oleh Penganjor2 nya kerana keuntongan pada lain pehak, tetapi orang Melayu sendiri akan tergadai dan terima hidup melarat.”


Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 1, Jan 1947