Jumaat, 14 Disember 2007

ANWAR MENGENAI SURUHANJAYA DIRAJA LINGGAMGATE

Setelah saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keanggotaan dan terma rujukan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat rasuah kehakiman.

Pada mulanya, kerajaan tidak mengendahkan isu ini tetapi kemudiannya hanya bersetuju membentuk panel tanpa bidang kuasa jelas. Justeru itu, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja kami anggap sebagai langkah positif untuk mengembalikan integriti kehakiman Negara. Kami mengucapkan tahniah kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah menuntut reformasi kehakiman.

Malangnya, terma rujukan Suruhanjaya DiRaja ini tidak memenuhi bidangkuasa yang sewajarnya untuk memulakan siasatan menyeluruh terhadap krisis yang dihadapi institusi kehakiman, sebagaimana yang dituntut Majlis Peguam, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain pertubuhan masyarakat. Kewujudan video ini merupakan bukti bahawa krisis ini cukup mendalam dan telah melibatkan peringkat tertinggi institusi kehakiman. Kami kesal bahawa Suruhanjaya ini tidak diberikan bidangkuasa yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh video ini.

Penglibatan Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim sebagai pesuruhjaya juga menimbulkan beberapa persoalan. Suruhanjaya DiRaja telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat semua perkara berkaitan dengan nama-nama yang disebut di dalam video ini, termasuk saya, yang dirujuk sebagai “Kes Anwar” di dalam video tersebut. Walaubagaimanapun, saya perlu menarik perhatian disini bahawa Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim adalah antara hakim yang mendengar kes saya di Mahkamah Persekutuan. Di dalam perkara ini, kami berharap mereka bertindak waras bagi mengenepikan sebarang tanggapan negatif yang mungkin bersangkit di dalam penyiasatan Suruhanjaya DiRaja.

Namun demikian, kami masih komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan Suruhanjaya DiRaja dengan harapan bahawa anggotanya mempunyai keberanian melaksanakan amanah mereka dengan jujur dan ikhlas. Rasuah, muslihat perlantikan hakim dan ketidakadilan yang dilaksanakan di dalam penghakiman adalah masalah serius yang perlu ditangani.

Untuk memenuhi janji saya sebelum ini, saya dengan ini memberikan klip penuh video tersebut selama 14 minit dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya DiRaja. Video tersebut boleh ditonton di:

http://anwaribrahimblog.com

http://keadilanrakyat.org

http://www.suarakeadilan.com

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Tanpa Nama berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.