Jumaat, 14 Disember 2007

Kabel kena curi sudah disambung semula, tapi......

Kabel TM yang disapu penyangak dalam kawasan Lenggong dah disambung semula. Walaubagaimanapun, apabila didail nada dering berbunyi tetapi tuan punya telefon tak dengar sedering haram pun bunyinya. Kerana itu gagang tidak akan diangkat. Penat pemanggil menunggu dan akhirnya menganggap sasaran tiada di rumah ataupun penyegan dan suka mengelak menjawab telefon. HARAP TM SEGERA MENGATASI MASALAH INI.

Alahai..... bila lagi nak aman Malaysia kita!


Cerita terdahulu.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

nak tanya..

hq keadilan lenggong kat pekan kuak ... tapi keadilan gerik , hq nya mana ? hamba ingin tau jugak, sebab usha kat web keadilan, ketuanya gobala..tp aktiviti di gerik ? tak nampak langsung ! takkan nak tgu praya baru nampak muka ? keadilan dah 2x masuk bertanding di dun kenering, tp kalau kali ni masuk, gerenti kalah lagi. kalau akar umbi pun tak buat keja. de facto banyak bergerak, yg bawah duk tido lagi

teruskan perjuangan utk rakyat lenggong !