Sabtu, 30 Jun 2007

NAJIB TETAP DENGAN KENYATAAN ASAL

Kenyataan Setiausaha Akhbar TPM;

Berikut adalah kenyataan penuh Tengku Sarifuddin kepada Bernama:


1. Saya ingin merujuk kepada laporan media hari ini berkaitan kenyataan saksi tentang gambar (tidak ada gambar ditunjuk dalam mahkamah) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya.

2. Memandangkan perbicaraan sedang berjalan dan sebarang kenyataan mengenainya boleh dianggap mencampuri urusan mahkamah (subjudis), maka adalah tidak wajar untuk Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai perkara tersebut.

3. Namun, saya ingin menjelaskan Timbalan Perdana Menteri telah beberapa kali semasa ditemubual oleh media sebelum ini dan semasa Pilihanraya di Ijok mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa, mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes ini. Oleh itu, isu gambar tersebut tidak berbangkit.

4. Penjelasan ringkas ini dibuat kerana laporan perbicaraan semalam mengundang pelbagai pandangan dan kenyataan pihak tertentu yang boleh menjejaskan pandangan umum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri

Laporan penuh klpos

KENYATAAN AKHBAR KETUA KeADILan

Semalam Anwar Ibrahim, Ketua KeADILan telah membuat kenyataan akhbar mengenai perkara-perkara berikut:

1. Najib perlu menjelaskan penipuan beliau,

“Penafian Najib sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok bahawa beliau tidak kenal Altantuya jelas adalah satu pembohongan,” tegas Anwar.
2. Kes Rasuah yang berkaitan,
Kita harus ingat sepanjang kes ini berjalan, yang dibicara hanya pembunuhan Altantuya, tetapi bagaimana dengan kes pembelian kapal selam yang dibangkitkan dulu? Sampai sekarang disenyapkan kerajaan,” ujar Anwar

3. Salahguna kuasa,

Anwar kemudiannya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan saksi bahawa data kemasukan Altantuya dan temannya ke Malaysia telah dipadam dalam rekod Imigresen.

“Adalah tidak munasabah bagi pegawai bawahan imigresen mempunyai kuasa untuk memadamkan rekod di Jabatan Imigresen, kita mahu tahu dan rakyat Malaysia punya hak untuk tahu.”

Untuk berita sepenuhnya bacalah Suara Keadilan.







ADA HUBUNGAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA?

Laporan klpos:

Ya! Najib ada bersama Altantuya, Razak PDF Print E-mail
Saturday, 30 June 2007

SHAH ALAM: Ada pendedahan mengejut di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. Seorang pegawai tinggi Malaysia yang dikenal pasti sebagai 'Najib Razak' dilihat bergambar bersama seorang wanita Mongolia dan kekasihnya, yang kini sedang dibicarakan berkaitan kes pembunuhan wanita itu, menurut Burmaa Oyunchimeg.

Keterangan saksi itu mencetuskan perbalahan sengit antara pihak pendakwa dengan peguam keluarga mangsa yang mendakwa bahawa Abdul Razak Baginda, pembantu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan mangsa dibawa pergi sebelum dibunuh.

Dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, Oktober lalu. Abdul Razak dituduh bersubahat dengan mereka. Ketiga-tiganya boleh dihukum mati jika bersalah.

Datuk Seri Najib pula kenalan rapat penganalisis politik Malaysia itu. Namun, Datuk Seri Najib menafikan pelibatannya April lalu.

Burmaa, 26 tahun, memberitahu mahkamah, beliau pernah melihat gambar Altantuya dan Abdul Razak makan bersama seorang 'pegawai kerajaan Malaysia' dan beberapa orang lagi.

Beliau tidak menyebut pegawai itu sebagai TPM tetapi berkata Altantuya memberitahunya nama pegawai itu ialah 'Najib Razak'.

Sedang Burmaa memberikan keterangannya dan mendakwa pernah 'melihat gambar itu', salah seorang pendakwa, Manoj Kurup, mencelah untuk menghentikan keterangannya.

Peguam pemerhati keluarga mangsa, Karpal Singh, kemudian meminta izin mahkamah menyoal lanjut Burmaa tetapi ia dibangkang keras pihak pendakwa dan peguam salah seorang pegawai UTK yang dituduh.

'Saya tidak ada catatan mengenai ini,' kata Hakim Mohammed Zaki Mohammed Yasin, merujuk kepada keterangan Burmaa itu. Pihak pendakwa juga menyatakan sama.

Ini mencetuskan kemarahan Karpal, yang berteriak: 'Usah sembunyikan sesuatu di mahkamah ini!'

'Saya tidak menyembunyikan sesuatu. Tutup mulut anda!' tegas pendakwa utama, Tun Majid Tun Hamzah.

Karpal merujuk kepada hakim sambil berkata: 'Dia ke sini untuk menyembunyikan ini.'

Hakim Mohammed Zaki kemudian membenarkan Karpal menyoal Burmaa mengenai gambar itu, yang menurutnya telah ditunjukkan Altantuya kepadanya di Hongkong selepas mangsa pulang dari Perancis. - AFP.

DAH TERKELUAR: NAMA NAJIB DI MAHKAMAH!

Najib bergambar sambil makan semeja dengan Altantuya !

Laporan Bernama berikut dari Utusan Malaysia Online:

Altantuya dan Abdul Razak makan angin ke Perancis, Itali

SHAH ALAM 29 Jun — Hari kesepuluh perbicaraan kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu diberitahu bahawa Altantuya dan Abdul Razak Baginda telah pergi makan angin bersama-sama ke Perancis dan Itali pada 2005.

Burmaa Oyunchimeg, 26, menyangkal cadangan kononnya hubungan antara sepupunya Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik itu telah putus pada bulan Ogos 2005.

“Saya tahu kenapa mereka (Altantuya dan Abdul Razak) masih mempunyai hubungan (dan belum putus pada akhir bulan Ogos 2005). Mereka pergi makan angin ke Eropah — Perancis dan Itali, bersama-sama,” kata Burmaa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Manoj Kurup semasa pemeriksaan semula.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Abdul Razak, Wong Kian Kheong, Burmaa tidak bersetuju bahawa beliau tidak mengetahui secara peribadi perjalanan Abdul Razak dan Altantuya ke Eropah kerana beliau tidak mengikut mereka.

Semalam, Burmaa memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima satu pesanan ringkas (SMS) pada 2006 daripada Abdul Razak yang mengatakan bahawa beliau (Abdul Razak) tidak mahu berjumpa Altantuya lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan Kian Kheong semasa diperiksa balas bahawa Abdul Razak telah memberitahunya (Burmaa) menerusi SMS bahawa beliau telah memutuskan hubungan dengan Altantuya pada 2005.

Burmaa, saksi pendakwaan keenam, memberi keterangan pada perbicaraan terhadap C/Insp. Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lepas.

Abdul Razak, 46, dituduh bersubahat dengan kedua-dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) itu untuk melakukan pembunuhan itu di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober tahun lepas.

Mereka boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Burmaa, yang memberi keterangannya dalam bahasa Mongolia dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh seorang penterjemah mahkamah, juga tidak bersetuju kepada soalan bahawa beliau tidak tahu secara peribadi bagaimana Altantuya hilang.

“Saya tidak bersetuju kerana saya tahu beliau (Altantuya) datang untuk berjumpa dengan Razak Baginda. Beliau hanya tahu Razak Baginda di Malaysia.

Saya pernah melihat gambar Altantuya, Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan,” katanya.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Pada mulanya berlaku sedikit kekeliruan di mahkamah apabila Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin berkata beliau tidak mempunyai keterangan Burmaa berkaitan dengan gambar itu dalam rekodnya.

Karpal Singh memberitahu hakim itu bahawa Burmaa telah memberi keterangan tetapi beliau (hakim) tidak mencatatnya. - Bernama

Sila rujuk juga The Sun di sini

Dan juga Susan Loone.

Kita akan bicara lanjut seterusnya.....

Sabtu, 23 Jun 2007

Ketua KeADILan kunjung YDP PAS

Petang tadi, 22 Jun 2007, Ketua KeADILan Lenggong Hamzah Zain, diiringi Bendahari Bhg, Musa Mamat telah bertandang secara tidak rasmi ke rumah Ustaz Shukri Ahmad, YDP PAS. Secara santai-santaian mereka telah bersembang-sembang tentang pelbagai perkara termasuk perkembangan terakhir politik Kawasan.

Ketua Bhg ingin mengucapkan setinggi tahniah diatas kejayaan Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Muktamar Tahunan PAS Malaysia di Kota Baru baru-baru ini. Tahniah khusus diatas pemilihan Ustaz Shukri sebagai YDP menggantikan Ustaz Zulkifli Abu yang telah berpindah ke Kawasan Ipoh Timur. Kita menyanjung baik keyakinan yang telah diberikan oleh ahli PAS Kawasan kepada mantan calon PAS Kawasan DUN Kenering dalam PRU11 yang lalu itu.

Disamping itu kita rasa hairan diatas ketakutan amat sangat UMNO dan parti komponen lain dalam BN untuk mengadakan pemilihan mereka sebelum PRU akan datang. Malah MCA sampai terpaksa meminda perlembagaan!

Atau, mungkinkah ada helah strategik untuk mempastikan KJ (menantu Paklah) menyusun calon-calon PRU. Kemudiannya menguasai parti selepas Perhimpunan Agung akan datang. Kita paham sangat taktik lama!

Tak apalah itu urusan mereka.

Urusan kita ialah memperkukuh terus ukhuwah dan kerjasama baik yang telah lama terbina dalam kawasan ini.

Selain itu sepertimana kata Anwar Ibrahim Ketua KeADILan Malaysia, kini waktu untuk bekerja, kerana "
masa untuk perubahan" sudah tiba.

Jumaat, 22 Jun 2007

Nazri naik berang!


Ahli Parlimen Padang Rengas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz tiba-tiba naik berang dan makihamun ketika menjawab di Parlimen.

suarakeadilan.com melaporkan Nazri menghamburkan kata-kata berikut:

“Malaysia takkan membangun selagi ada orang macam Lim. Semua ini (tuduhan rasuah) adalah palsu. Kenapa bodoh sangat? Mana tuduhan? You tak ada otak. Bodoh, bodoh, bodoh!”
Untuk berita penuh bacalah seterusnya...

Beliau bertindak demikian ketika menjawab soalan Ahli Permatang Pauh berkenaan Indeks Persepsi Tahap Rasuah Malaysia semakin merosot berbanding negara jiran.

Sikap demikian memang tidak cocok untuk seorang ahli parlimen lebih-lebih lagi seorang menteri.

Baca pandangan Lim Kit Siang.

Orang Lenggong lama dah tau!

Rabu, 20 Jun 2007

SUKHOI 30-MKM SUDAH TIBA


Berita Harian hari ini melaporkan:
Dua daripada 18 pesawat tempur pelbagai guna, Sukhoi 30-MKM yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) empat tahun lalu selamat tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Pada 16 hb Januari 2007 Sdr Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan berikut:

Pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK oleh Menteri Pertahanan bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion) menimbulkan persoalan serius mengenai integriti dan ketelusan urusniaga tersebut.

Kementerian Pertahanan telah membeli pesawat tersebut daripada sebuah syarikat kerajaan Rusia, Federal State Unitary Enterprise ‘Rosobornexport’. Sebahagian daripada perjanjian pembelian ini termasuk program angkasa Malaysia bernilai RM90 juta.

Di bawah perjanjian tersebut, IMT Defence Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai ejen tempatan untuk syarikat kerajaan Rusia tersebut dan akan menerima 12 peratus daripada jumlah harga pembelian, bernilai US$108 juta (RM380 juta). Di dalam surat bertarikh 18 Februari daripada S.V. Chemezov, Timbalan Ketua Pengarah Pertama syarikat kerajaan Rusia tersebut kepada Menteri Pertahanan, syarikat Rusia tersebut telah memberi kebenaran kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Adib Adam sebagai Pengerusi IMT Defence Sdn. Bhd. untuk berurusan dengan Menteri Pertahanan untuk mempercepatkan proses tersebut.

Pada 29 Mac 2005, Mohd Zainuri Mohd Idrus, seorang pengarah untuk IMT Defence Sdn. Bhd. telah memfailkan saman dan petisyen terhadap Mega Heights Sdn. Bhd.; Integrated Manufacturing Technologies Sdn. Bhd.; Datuk Seri Mohd Adib; anaknya Ahmad Azam; kakanya Askiah Adam (semua pengarah IMT Defence Sdn. Bhd.); setiausaha syarikat IMT Defence, Loke Foon Keng; dan IMT Defence Sdn. Bhd. untuk menghalang syarikat tersebut memecatnya dari jawatannya.

Di dalam pendengaran kes tersebut, Mohd Zainuri mendakwa bahawa Datuk Seri Mohd Adib Adam dan Askiah Adam mahu menghalangnya dari mendedahkan realiti perjanjian Sukhoi tersebut. Beliau juga mendakwa bahawa beliau sudah hilang keyakinan terhadap mereka bagi mempertahankan kepentingan IMT Defence Sdn. Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Siti Mariah Ahmad menolak permohonan berasingan daripada Datuk Seri Mohd Adib dan Loke Foon Keng untuk menolak petisyen Mohd Zainuri.

Walaubagaimanapun, pada 2006, Hakim Siti Mariah Ahmad membenarkan Datuk Seri Mohd Adib dan Mega Heights Sdn. Bhd. untuk memulakan prosiding terhadap Mohd Zainuri dan dua peguamnya kerana membocorkan butir-butir pembelian Sukhoi tersebut. Pada Disember 2006, Mahkamah membenarkan permohonan dari Mohd Zainuri untuk membuang Askiah Adam sebagai defendan saman tersebut.

Pada 30 September 2006, Mohd Zainuri membuat laporan polis (AMPANG/017696/06) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang mendakwa Datuk Seri Mohd Adib telah mencuri komisyen bernilai US$108 juta (RM380 juta) yang sepatutnya disalurkan kepada IMT Defence Sdn. Bhd.

Menurut laporan tersebut, Datuk Seri Mohd Adib telah mendaftarkan sebuah syarikat di Labuan yang mempunyai nama yang hampir dengan IMT Defence Sdn. Bhd., dan ini didakwa oleh Mohd Zainuri untuk menyalurkan komisyen tersebut secara haram kepada syarikat baru tersebut. Laporan polis itu kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu: Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam pertikaian Mohd Zainuri dan IMT Defence Sdn. Bhd.? Mengapakah pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah tidak memulakan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat di dalam laporan polis tersebut? Mengapakah kita melihat satu tren di mana ejen-ejen tertentu dilantik di dalam perjanjian pembelian senjata bernilai berbilion-bilion ringgit oleh Kementerian Pertahanan?

Yang pentingnya, kami ingin tahu: Siapakah sebenarnya yang mendapat faedah daripada perjanjian-perjanjian ini? Adakah ia termasuk, sebagaimana didakwa, ahli keluarga Menteri Pertahanan sendiri?

ANWAR IBRAHIM

Dan selepas itu Airbus Corporate Jet ACJ 319 pula akan tiba.


Ruhanie Ahmad dalam blognya melaporkan kapal terbang ini tidak akan dikendalikan oleh TUDM tetapi oleh sebuah syarikat sdn bhd punya kaitan dengan salah seorang setiausaha politik PM.





Selasa, 19 Jun 2007

PERBICARAAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA


The Sun

Untuk berita selanjutnya baca :
Kes Altantuya : Pendakwaraya tuduh Razak Baginda arah pembunuhan.

Ahad, 17 Jun 2007

LENGGONG?




Di mana Lenggong?
Untuk mengenalinya bacalah
di sini,

atau di sini.



(Maaf kami masih lagi belajar memblog. Baru pandai sikit! )

PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI-NEGERI DILANTIK


KeADILan Bhg Lenggong mengucapkan setinggi tahniah kepada Tuan Hj Ismail Yusuf yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Perak.

Tahniah kepada Cikgu Mail.

Gambar: Cikgu Mail sewaktu di Lenggong.

(Maaf bebanyak. Kami masih lagi belajar memblog.)