Khamis, 19 Julai 2007

BERITA TERKINI SEKITAR KeADILan

1. Nat Tan : Empat Hari Di Bawah OSA
19 Julai 2007
Saya ditahan pada Jumaat, 13 Julai pada lebih kurang 4.30pm di kawasan tempat letak kereta (B3) Phileo Damansara I oleh 3 - 4 orang polis. Walaupun asalnya dibawa ke balai untuk disoal, saya ditahan apabila memaklumkan kepada polis bahawa saya dinasihati peguam untuk tidak mengikut polis secara sendiri tanpa peguam
baca seterusnya,


2.Isu Kaum dan Agama: Permainan Najib Menjelang Pilihanraya
19 Julai 2007
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Amno, Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam merupakan gimik politik biasa yang dimainkan oleh beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri terutama menjelang pilihanraya.
baca seterusnya,



3.Tekanan Menjadikan Parti Bertambah Kukuh
19 Julai 2007
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merasakan serangan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan antara taktik kotor yang dibuat dalam menghadapi persiapan awal menjelang pilihanraya umum yang akan datang
baca seterusnya,

4.Nahas Nuri: Najib Wajib Letak Jawatan
19 Julai 2007
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa enam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas helikopter S61-A4 Sikorsky Nuri TUDM.
baca seterusnya,


DARI ANGKATAN MUDA KEADILAN

Utusan Malaysia Sebagai Aparat Pembodohan.

oleh: Amiruddin Shari (Naib Ketua AMK)

Utusan Malaysia telah sesat dan kini menyesatkan pula.

Ia mempunyai latar yang gemilang. Perjuangan kemerdekaan salah satu periginya di situ; menyedarkan rakyat peri pentingnya kemerdekaan bagi setiap insan — dari terus hidup menjadi hamba orang luar yang mengaut kekayaan tanahair dan memperbudak rakyat. Namun hari ini ia tidak lebih dari sekadar jadi perkakas untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahan Umno-BN melalui proses pembodohan rakyat, justeru mengajar masyarakat senantiasa melihat kebenaran itu milik yang berkuasa.

Benarlah rintihan Said Zahari dan teman-teman Kesatuan Pekerja akhbar terbabit pada tanggal 21 Julai di tahun 61,
baca seterusnya,


0 comments: