Ahad, 16 September 2007

SIASAT TRAGEDI BAS DI BALING.

Saya memaparkan semula email dari Azam kepada Dato' Husam yang dipaparkan di blog
Guna Akal Untuk Berfikir.

Salam Dato Husam;

Boleh tak minta orang siasat kejadian kemalangan bas di Kedah semalam. Kejadian itu agak meragukan kerana terdapat pendatang haram Mynmar yang akan dibawa ke Kelantan. Katanya itu untuk di hantar pulang melalui Rantau Panjang.

Kebetulan dengan laporan polis oleh Sdr Adzha tentang pendatang Myanmar berada di Jabatan Pendaftaran Negara, saya mengaitkan dengan kemalangan tersebut.

Terdapat beberapa fakta kemalangan yang meragukan:

1. Kenapa Bas Sekolah digunakan untuk mengangkut pendatang haram Myanmar bukannya trak polis?

2. Kenapa perlu di bawa ke Kelantan untuk dihantar pulang melalui sempadan Thailand sedangkan melalui Bukit Kayu Hitam lebih dekat.

3. Kenapa mahu dihantar melalui Narathiwat dan Pattani sedangkan kedua-dua wilayah tersebut tidak aman.

4. Adakah terdapat sebarang depot tahanan di Rantau Panjang seperti dilaporkan oleh akhbar?

Saya rasa kita kena berhati-hati dalam hal ini.

Azam
azam@yahoo.com

Adakah ini sebahagian dari projek pendaftaran 'pengundi hantu' yang telah berakhir dengan tragedi?

0 comments: