Selasa, 2 Oktober 2007

BN: Barang Naik, Bila Naik? Baru Naik, Berapa Naik? Banyak Naik!

Lepas ayam, harga kelapa pula naik, mahal 7-15 sen sebiji

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Baru-baru ini pengguna dikejutkan dengan harga ayam naik dengan mendadak, kini harga kelapa pula dinaikkan dengan tiba-tiba dari tujuh sen hingga 15 sen sebiji atas alasan pembekal menaikkan harga.

Tinjauan di Pasar Chow Kit hari ini mendapati beberapa peniaga kelapa di situ telah menaikkan harga kelapa parut dari RM3 sekilogram, harga siling yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kepada RM3.50 sekilogram.

Peniaga Mazlan Hanifiah, 35, berkata, pembekal kelapa mula menaikkan harga kelapa dari 60 sen sebiji kepada 75 sen sebiji, dan harga itu berkemungkinan dinaikkan lagi.

Walaupun masih menjual kelapa parut biasa pada RM3 sekilogram, beliau menjangka terpaksa menaikkan harga santan kepada RM4 sekilogram dan harga kelapa parut putih kepada RM3.50 sekilogram.

“Harga kelapa yang dinaikkan oleh pembekal menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga,” katanya di sini hari ini.

Bagi Wasri Satwi, 36, yang berniaga santan dan kelapa di pasar itu sejak 15 tahun lepas berkata, walaupun masih belum menaikkan harga barangannya, beliau yakin terpaksa menaikkan harga santan kepada RM3.80 sekilogram menjelang raya nanti berikutan kekurangan bekalan.

“(Ini kerana) bekalan pun mungkin tak cukup, sekarang pun saya cuma dapat 1,500 biji sedangkan saya tempah 3,000 biji,” katanya, yang memperolehi bekalan kelapa dari Bagan Datoh, Perak.

Dilema yang sama turut dikongsi oleh Siti Zubaidah Rajab, 30, yang menyifatkan masalah itu berpunca daripada pembekal atau orang tengah yang ingin mengaut keuntungan lebih.

“Saya mungkin dapat harga yang lebih murah sebab saya mengangkut kelapa dengan lori saya sendiri, tapi harganya tetap naik dari 55 sen kepada 62 sen sebiji,” katanya.

Mengenai bekalan untuk hari raya, Siti Zubaidah berkata, bekalan agak kurang sekarang, tapi beliau telah bersiap sedia dengan meletakkan wang cagaran kepada pembekal bagi memastikan bekalan kelapa yang cukup diperoleh untuk hari raya nanti. - Bernama

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kemelut kenaikan harga ayam semakin meruncing apabila para peniaga beberapa pasar besar di seluruh negara tidak mengendahkan amaran kerajaan dengan menaikkan harga ayam melebihi had siling RM5.60 yang ditetapkan, sejak awal minggu ini.

Walaupun Persatuan Peniaga Ayam Itik Perak ‘menggertak’ untuk menaikkan harga ayam daripada RM5.60 kepada RM6.50 mulai Khamis ini, tetapi hakikatnya peniaga-peniaga ayam sudah pun berbuat demikian sejak beberapa hari lalu.

GAS

Beberapa akhbar harian telah melaporkan kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berkata bahawa kerajaan masih mengekalkan harga lama gas buat masa ini sebelum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan Petronas untuk menaikan harga bahan api terbabit.

Ini berarti harga gas akan tetap naik samada sebelum akhir tahun ini atau selepas selesainya pilihan raya umum ke-12 akan datang.

0 comments: