Dari DPP Wilayah Persekutuan
12 Sept 2007
Para peniaga di pasar-pasar besar sekitar ibu kota berkeras tidak akan menurunkan harga ayam dan mencabar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal ‘turun padang’ untuk meninjau masalah mereka.Menurut peniaga terbabit, mereka bukannya ingkar dengan arahan kerajaan agar tidak menjual harga ayam melebihi harga siling tetapi terpaksa berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
Para penternak ayam pula mendakwa ayam perlu dijual pada harga yang lebih mahal kerana kos makanan ayam dan gaji pekerja telah meningkat.
Kos menternak seekor ayam, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), kini ialah RM4.16 seekor.
Harga itu tidak termasuk gaji para pekerja dan kos pengangkutan untuk membawa bekalan ayam dari ladang ternakan ke bandar-bandar.
0 comments:
Catat Ulasan