Selasa, 2 Oktober 2007

GAJI PEMANDU BAS: RM 250.00

Laporan eksklusif muka depan Utusan Malaysia hari ini menyebut kebajikan pemandu bas ekspres di negara ini terabai apabila kebanyakan mereka hanya menerima gaji pokok sekitar RM250 sebulan.

Gaji pokok itu lebih rendah daripada gaji bulanan pembantu rumah warga Indonesia, malah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan gaji harian buruh binaan warga asing iaitu RM30 sehari.

Kadar gaji pokok yang diterima oleh para pemandu bas terbabit adalah di bawah paras kemiskinan.

Lebih teruk lagi ada pemandu yang langsung tidak diberikan gaji pokok sebaliknya mereka dibayar mengikut perjalanan atau trip iaitu sekitar RM70 bagi satu trip.

Sistem bayaran itu memaksa para pemandu bas ekspres berhempas-pulas mengejar trip tanpa ada rehat hingga menggadai nyawa penumpang.

BANGI 30 Sept. – Ketika orang ramai menuntut perkhidmatan bas ekspres yang lebih baik, selamat dan profesional, kebajikan pemandunya pula seolah-olah terabai apabila kebanyakan mereka hanya menerima gaji pokok sekitar RM250 sebulan.

Gaji pokok tersebut lebih rendah daripada gaji bulanan pembantu rumah warga Indonesia, malah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan gaji harian buruh binaan warga asing iaitu RM30 sehari.

Kadar gaji pokok yang diterima oleh para pemandu bas terbabit adalah di bawah paras kemiskinan.

Pemandu tidak dicarum KWSP

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pemandu bas ekspres di negara ini bukan sahaja berdepan dengan masalah gaji pokok yang rendah tetapi juga tidak menerima hak sebagaimana dinikmati oleh pekerja lain.

Ini kerana ada di kalangan mereka tidak dicarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tiada faedah kesihatan dan tidak menikmati bonus tahunan.

Gaji rendah: MTUC selar syarikat bas

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat-syarikat bas yang terbukti sengaja mahu menganiaya pemandu mereka.

Timbalan Presidennya, Shafie BP Mammal, berkata, syarikat terbabit perlu ‘diajar’ secukupnya supaya mereka sedar bahawa pemandu bukan hamba abdi yang boleh dipergunakan sesuka hati.

Beliau percaya perkara itu telah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun tanpa ada pihak yang sedar terutama pihak berkuasa hinggalah ia didedahkan hari ini.

‘‘Dalam kes ini, Kementerian Sumber Manusia perlu membuat siasatan menyeluruh ke atas semua syarikat bas dengan meneliti setiap peraturan yang perlu dipatuhi.

Shafie berkata, isu tersebut perlu diselesaikan segera kerana selain melibatkan nasib serta tahap kebajikan pemandu ia turut membabitkan keselamatan dan nyawa orang ramai.

‘‘Tolong jangan lihat isu ini sebagai satu isu terpinggir. Ini isu besar. Bayangkan jika seorang pemandu dikehendaki memandu bas dalam tempoh yang panjang sehingga lebih lapan jam semata-mata untuk mengejar bayaran trip.

‘‘Sudah tentu mereka akan letih. Dalam keadaan seperti itu, risiko kemalangan adalah amat besar dan jika ia berlaku sudah pasti banyak nyawa akan terkorban,’’ katanya lagi.

0 comments: