Rabu, 3 Oktober 2007

Tol Pulak Naik!

Pada hari Isnin 1 Okt akhbar The Star melaporkan bahawa Menteri Kerjaraya, Dato’ Sri Samy Vellu, berkata rakyat Malaysia harus menjangkakan harga tol akan naik sebanyak 10 peratus , mulai 1 hb January 2008

Kenaikan 10 peratus kadar tol tersebut melibatkan syarikat konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, North South Expressway Central Link (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, New North Klang Straits Bypass (Shahpadu), Link Kedua Malaysia-Singapura, Butterworth-Kulim Expressway dan Jambatan Pulau Pinang.

Reaksi: FOMCA, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia:

Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason:

Meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk menaikkan tol sebanyak 10 peratus bagi lapan lebuh raya mulai 1 Januari depan.

“Sekiranya harga tol ini dibenarkan, ia akan menyebabkan reaksi rantaian terhadap harga barang kerana kenaikan kadar tol ini sudah tentu akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat,”

Mendesak kerajaan mendedahkan butiran perjanjian konsesi lebuh raya agar rakyat dapat mengetahui isi kandungannya.


Reaksi: MTUC, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia:

Presidennya, Syed Shahir Mohamud:

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menangguh cadangan menaikan 10 peratus kadar tol yang dijangka bermula awal tahun hadapan.

Kenaikan kadar tol akan lebih membebankan golongan pekerja di sektor swasta mahupun kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

"Keputusan kerajaan menolak tuntutan Gaji Minima RM900 dan elaun kehidupan RM300 sudah cukup menyiksa golongan pekerja ditambah pula dengan kenaikan tol ini pula akan menambah lagi bebanan tanggungan mereka",

MTUC berpendapat bahawa keadaan sosio-ekonomi golongan pekerja akan lebih parah lagi apabila mereka terpaksa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka awal tahun hadapan.

"Golongan pekerja akan bakal lebih tertekan lagi apabila kerajaan bercadang menaikan harga petrol dan harga gas memasak yang juga dijangka dinaikkan serentak pada 1 Januari tahun hadapan".


Reaksi: Badrul Hisham Shahrin: Ahli MPT KeADILan:
(dipetik dari: http://bukankerananama-aburazzi.blogspot.com/)

Kerajaan akan menguar-uarkan kadar kenaikan dan kemudian akan mengumumkan 'dengan penuh rasa keperhatinan' bahawa kerajaan berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi kerajaan berkorban dengan membayar sejumlah billion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan, katanya.

Ini kerana pilihan raya yang terlalu hampir, Maka rakyat akan terus ditipu dengan lupa opsyen pertama ini dengan yang akan rugi tetap rakyat, katanya.

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara juga sementara melaluinya pemimpin BN melalui kroni mereka akan terus menikmati keuntungan yang dikehendaki, katanya.

Pihak yang lebih rugi ialah rakyat Sabah dan Sarawak yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tetapi wang mereka juga secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara, katanya.

0 comments: