Khamis, 4 Oktober 2007

TAMBANG BAS PULAK NAIK!

Kadar Baru Tambang Pengangkutan Awam Diumum Pertengahan Tahun Depan

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Kadar baru tambang bagi semua jenis pengangkutan awam dijangka diumumkan pada pertengahan tahun depan berikutan peningkatan kos operasi terutama bahan api yang semakin meningkat.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran berkata semakan bagi kadar tambang baru itu telah bermula yang merangkumi bukan sahaja tambang bas ekspres tetapi juga bas henti-henti, teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Katanya walaupun dasar semakan bagi kadar tambang pengangkutan awam dibuat setiap lima tahun tetapi ia juga boleh dilakukan dalam jangka masa terdekat bergantung kepada faktor-faktor yang mendesak.

Kadar kenaikan yang diminta oleh persatuan pengangkutan awam ialah 600 peratus oleh persatuan teksi dan 100 peratus hingga 200 peratus oleh bas ekspres.

Markiman berkata semakan kali ini dibuat secara serentak melibatkan semua jenis pengangkutan awam bagi membolehkan kerajaan menggunakannya sebagai satu kayu ukur yang tepat mengenai bila pula kadar tambang baru boleh disemak pada masa akan datang.

0 comments: