Rabu, 12 September 2007

Keganasan Kerajaan Dan Polis Ibarat Zionis di Palestin


Kenyataan Anwar Ibrahim:

"Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan.

Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan yang ganas dengan menembak rakyat dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup sama sekali tidak akan menakutkan kita daripada menyebarkan kebenaran secara aman. Komitmen kita terhadap perjuangan secara aman tidak pernah luntur."

"Kerajaan sengaja merancang kejadian ini untuk berlaku menjelang Ramadhan,"

"Perkara ini juga muncul pada masa yang sama dengan pendedahan Laporan Audit Negara 2006 . Fokus rakyat sekarang dialihkan daripada kemarahan yang membuak di atas penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat kepada kejadian di Terengganu."


"Peranan kerajaan Terengganu dalam percubaan untuk menyekat aliran kebenaran juga dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang berpotensi besar untuk menawan negeri Terengganu."

"KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional."

0 comments: