Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Umno.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Umno.. Papar semua catatan

Khamis, 9 Oktober 2008

NAJIB GANTI PAKLAH !

Nasihat Percuma Buat Mohd Najib

THE SCIBE: A KADIR JASIN

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/10/nasihat-yang-tidak-diminta-buat-mohd.html


Kepada Mohd Najib, berikut adalah nasihat saya yang tidak beliau minta. Atau boleh jadi juga nasihat yang beliau tidak suka dengar.

Tetapi saya akan bagi juga kerana saya adalah rakyat Malaysia, pengundi dan walaupun dah pencen masih bayar cukai pendapatan.

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.




Jumaat, 30 November 2007

EXCO PULAU PINANG, PEMIMPIN PARTI GERAKAN, MENYELAR KEPIMPINAN KERAJAAN BN.

Dato’ Dr Toh Kin Woon, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dalam komennya mengenai Perhimpunan BERSIH dan HINDRAF berkata:

"These marches drew flak and condemnation from almost all Barisan Nasional leaders. Their criticisms centred on their illegality, potential threat to peace, the possible destablisation of the economy including frightening away foreign investors. I disagree with the views of our country’s leaders.

Instead of condemning, one would have thought and hoped that they should have been more concerned over the grievances, frustrations and disappointments that have brought so many thousands to the streets in the first place and to seek fair and just solutions to them."

Tulisan penuhnya dapat dibaca disini.

Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)

"Semua perbarisan aman dan tunjuk perasaan, terutamanya yang dianjurkan oleh BERSIH dan HINDRAF telah mendapat sokongan ribuan manusia. Ini terjadi walaupun pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai tidak mengambil bahagian kerana perhimpunan itu kononnya dianggap ‘haram’. Para peserta telah diugut akan ditangkap seandainya mereka ikut serta juga.

Peserta barisan aman ini telah mendapat kutukan dan cacian daripada hampir semua pemimpin Barisan Nasional. Kritikan mereka tertumpu kepada sifat haram perhimpunan itu, dan apa yang disebut kemungkinan ia mengancam keamanan, kemungkinan menjejaskan ekonomi, termasuklah (kononnya) menakutkan pelabur asing. Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat para pemimpin negara kita ini."

Terjemahan sepenuhnya di sini.


Dato' Dr Toh Kin Woon bersama Ketua Bahagian PKR Lenggong sewaktu bersama-sama mewakili Malaysia di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1993.


Oleh itu tunggu apa lagi,

Bersamalah kita menggembeling rakyat untuk membuat perubahan dalam Pilihanraya akan datang.


Selasa, 27 November 2007

MANDUL?

Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, mendakwa Jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mengalami sindrom 'kemandulan minda'.

Kita tanya apa dah jadi dengan Dasar Bahasa? Bahasa Pengantar di sekolah? Mata pelajaran Sains dan Matematik? Mesyuarat-mesyuarat rasmi? Sidang akhbar? Pemimpin berbahasa rojak?

DBP mandul atau kerajaan UMNO suka "makan Luar"?


Jawabnya:
Bersedialah untuk membuat perubahan dalam Pilihanraya akan datang.

Khamis, 20 September 2007

Chief Justice On The Appointment Of Judges.

Kim Quek

Malaysia Today
Sunday, August 27, 2006

Why the Chief Justice is wrong

Chief Justice Fairuz Sheikh Halim has used dubious logic to refute allegations that the authority has appointed bad judges. He said judges were appointed and promoted according to the provisions of the Constitution. And since it is the same system of appointment that has yielded such illustrious judges in the past as previous Lord Presidents Sufian Hashim and Sultan Azlan Shah, the present judges by extension must also be good.

“If they (the former Lord Presidents) can be people of integrity, why can’t judges, who are appointed by the very same authority through the same procedure, have integrity too?” Fairuz asked during a judges conference on Aug 22.

The answer to that question is simple. Under our Constitution, it is the prime minister who decides on the appointment of judges, so it is only reasonable to expect that a good prime minister appoints good judges and a bad prime minister appoints bad judges. The illustrious judges so named by Fairuz were all appointed by former prime ministers who were eminently noted for their high integrity in an era gone by, whereas the chief justices who were embroiled in scandals were all appointed in more recent times during Mahathir’s reign.

Baca seterusnya,


Rabu, 12 September 2007

Keganasan Kerajaan Dan Polis Ibarat Zionis di Palestin


Kenyataan Anwar Ibrahim:

"Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan.

Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan yang ganas dengan menembak rakyat dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup sama sekali tidak akan menakutkan kita daripada menyebarkan kebenaran secara aman. Komitmen kita terhadap perjuangan secara aman tidak pernah luntur."

"Kerajaan sengaja merancang kejadian ini untuk berlaku menjelang Ramadhan,"

"Perkara ini juga muncul pada masa yang sama dengan pendedahan Laporan Audit Negara 2006 . Fokus rakyat sekarang dialihkan daripada kemarahan yang membuak di atas penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat kepada kejadian di Terengganu."


"Peranan kerajaan Terengganu dalam percubaan untuk menyekat aliran kebenaran juga dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang berpotensi besar untuk menawan negeri Terengganu."

"KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional."

Isnin, 3 September 2007

ANWAR IBRAHIM: "Waspada Strategi Politik Murah Umno"

Rakan-rakan pejuang khususnya pengunjung dipohon mengamati dua strategi utama Penerangan Umno dan Pemuda Umno yang pastinya menjadi teras kursus Biro Tatanegara menjelang pilihanraya umum nanti.

Pertama, dengan menonjolkan isu survival melayu melalui DEB, dan kononnya mendedahkan muslihat politik Anwar serta KeADILan yang akan menamatkan program ekonomi melayu tersebut. Saya ulangi gesaan supaya sdr/i membaca, menelaah dan membantu menyebarkan risalah “Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan”. Kita mencabar pimpinan Umno dan juak-juak mereka untuk menjawab secara rasional atau cuba menangkis fakta yang diketengahkan. Rakyat Malaysia khususnya melayu-bumiputera perlu didedahkan dengan maklumat sebenar, bagaimana khazanah negara dirompak dan amanah melayu-bumiputera dikhianati.


Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.


Kedua, pimpinan umno akan terus menaburkan fitnah jahat yang dilakukan selama hampir sepuluh tahun, mengaibkan peribadi saya dan keluarga. Ustaz dan imam mereka akan bersekongkol dengan gelagat qazaf. Dengan dana tauke judi mereka akan terus mengedar apa yang disebut sebgai “pengakuan” sukma dan lain-lain. Dalam pengakuan bersumpah Sukma di mahkamah dan Mahkamah Persekutuan kemudian menerima keterangan Sukma bahawa beliau ditelanjangi, didera, diugut dan dipaksa memberi keterangan palsu atas arahan polis penyiasat yang diketuai Musa Hassan.

Perasuah ternyata terdesak, namun kita harus terus waspada. Jika hukum Allah swt mengenai qazaf boleh dipermain, apa lagi nasib rakyat kerdil.

ANWAR IBRAHIM

Jumaat, 10 Ogos 2007

PESTA-PESTAAN BERTERUSAN




Petang tadi, ketika melalui Jalan Sineevasagam, dari Jalan Sultan Idris Shah, menuju Bulatan Martin Luther King, di hadapan Perpustakaan Tun Abd Razak, di antara Masjid India dan Sekolah Saint Michael Institution disebelah kanan dan Padang Bandaran, Ipoh Club dan bendera Negeri terbesar di dunia di sisi kiri, saya terpandang lori-lori yang sedang menurunkan berpuluh-puluh buah objek berbentuk kuboid. Pada mulanya saya tidak pasti gerangan apakah benda nya.

Setelah diperinci barulah dapat dipastikan benda-benda tersebut adalah tandas mobil.
Tandas mudahalih. Hu, "ape ke hernyer? ape ke hernyer?" (Pinjam carabertanya Wahid Kumpulan Senario).


Ketika menoleh ketengah padang baru terlihat satu operasi besar-besaran sedang berjalan mempersiapkan pentas dengan segala aksesori untuk satu lagi pesta besar-besaran.
Aduh...satu lagi.


Persembahan salah satu lagi Syarikat Media gergasi Malaysia.

Tajaan utama Magnum Corporation Berhad dengan slogan magnumcares.


Siapa tak kenal Magnum. Tak tahulah magnum cares tentang apa? Atau cares pada dan untuk siapa?



Kita tidak perlu hairan sebenarnya, kerana sekaranglah masanya untuk merekayasa berbagai bentuk escapisme supaya masyarakat akan sentiasa terleka dan lalai dari masalah sebenar.

Orang akan lupa tentang rasuah yang menghasilkan ekonomi kemakmuran songsang yang menghimpit hidup mereka. Orang akan lupa tentang kualiti hidup sebenar dan alam sekitar yang bobrok. Orang akan lupa tentang harga minyak dan barang keperluan meningkat menerjah siling. Orang akan lupa tentang jenayah yang bagai cendawan selepas hujan. Orang akan lupa tentang ketidakbebasan mereka dan kebergantungan mereka untuk biasiswa, pinjaman pelajaran, belanja hospital, rumah miskin, modal niaga dan lain-lain, hatta gigi palsu dan cermin mata, kepada penguasa yang menggunakan keterikatan ini untuk mengugut dan menarik hidung seperti kerbau tanduk keweh yang membajak bendang di Banggul Derdap. (Ada lagi ke bendang tu Dato' Shahnon?) Orang akan lupa tentang pemimpin tunasusila dan rendah akhlak. Orang akan lupa tentang penghakisan kemanusiaan dan pencemaran ruh mereka.

Pemimpin Umno berpegang kepada keyakinan "Melayu mudah lupa"

Kerana itulah penguasa menciptakan kesedaran palsu ini. Keselesaan sementara yang didasari nafsu hedonisma sentiasa dibajai dari dulu, kini dan selamanya.

Dan mereka mengharapkan keselesaan palsu ini akan tertajalli dengan undi yang akan mengekalkan penguasaan mereka. Kuasa untuk terus memperhambakan rakyat dalam negara yang sudah lima puluh tahun merdeka.

Dan rakyat akan menyerahkan hidung mereka sekali lagi untuk diheret kemana sahaja, kerana 'sesungguhnya' tiada lagi payung pelindung tempat bergantung melainkan UMNO semata-mata.

Atau..... kini sudah tiba masa untuk perubahan. it,s time!

On a lighter side boleh tuntun video ni. klik


Rabu, 8 Ogos 2007

Jawaban Untuk Khairy.

Pada 5 Ogos Anwar telah menjawab tuduhan menantu pakLah

Mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin, memadai saya nyatakan bahawa yang khianat adalah kelompok yang merompak saham dan kontrak, mengkhianati dasar bahasa, mengupah pelobi yahudi Jack Abramoff dan lemah bila berdepan pemimpin Amerika.

Ugutan beliau untuk menyerang dan mencari (hound) saya, mengingatkan lagu Elvis Presley - “you ain’t nothing but a hound dog, crying all the time…”

Jawaban ini telah mengilhamkan seorang teman yang kreatif (terima kasih yop, mohon kebenaran menggunakannya) untuk mencipta video berikut:

Sila klik gambar untuk menikmatinya:


Jumaat, 27 Julai 2007

HUMAYUN Saudagar Senjata Haram & PAKLAH

Wau.....cerita yang kita tulis semalam hari ini dah ada ulasan lebih menyeluruh dari YM Raja Petra dalam Malaysia-Today. There's really something there, no?

(P.S., Untuk terjemahan ulasan YM Raja Petra baca Marhaen.)

SURAT TERBUKA KPD MAT TYSON (daripada ahli umno)



Tidak ramai pengunjung kita yang mengunjungi MYKMU NET, Gerbang Tempur MAYA Penyokong Umno. Oleh itu saya perturunkan sepucuk surat yang tersiar di sana untuk tatapan anda.

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Muhamad Muhd Taib
Posted on Thursday, July 26 @
00:00:00 MYT
Topic: editor

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Assalamualaikum Tan Sri,

Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.

Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.

Tan Sri,

Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.

Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.

Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.

Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.

Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).

Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.

Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.

Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.

Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.

Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."

Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.

Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.

Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.

Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?

Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?

Tan Sri,

Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.

Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.

Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media
massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tansri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?

Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.

Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?

Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.

Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.

Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan.

"Panggil dan Siasat Najib" - Angkatan Muda KeADILan Malaysia.

Angkatan Muda KeADILan (AMK) mendesak supaya Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak harus dipanggil untuk soal-siasat pihak Polis berkaitan beberapa persoalan yang telah diketahui orang awam berkenaan kes Altantuya, tetapi hingga kini Najib masih lagi bebas dari segala tindakan.

Dengan itu, AMK menggesa pihak Polis siasat segera :

  1. Dalam kes Altantuya, siapakah yang membatalkan rekod imigresen kemasukkan Altantuya ka dalam Malaysia, dan atas arahan siapa
  2. Siasat segera pertalian Najib dengan Altantuya sepertimana yang telah didedahkan di mahkamah bahawa Najib didakwa makan malam bersama mangsa di satu restoran di Paris, Perancis

Najib juga harus menjawab :

  1. Mengapa Malaysia perlu membeli jet Sukhoi serta kapal selam? Adakah untuk tujuan pertahanan atau sebenarnya untuk kepentingan pihak tertentu dari segi komisyen?
  2. Mengapa ahli UTK yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadi beliau boleh terlibat dalam kes Altantuya, tidakkah beliau mengetahuinya?
  3. Mengapa bangkit semula isu Negara Islam? Adakah untuk mengalih tumpuan orang ramai terhadap isu restoran Paris?
  4. Setelah bangkit isu Negara Islam, mengapa tidak membenarkan perbahasan melalui media cetak? Apa yang ditakuti?
  5. Najib sekali lagi menegaskan ‘taat setia’ kepada Abdullah Ahmad Badawi, Mengapa? Sedangkan Abdullah bukannya Raja, Sultan Ataupun Agong. Beliau juga dipilih oleh rakyat, apakah motif di sebalik ketaatan Najib?
Kenyataan oleh:

Lau Tek Hai
Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat

Anwar Kecam Tekanan Ke Atas Bloggers Dan Seru Polis Bertindak Ke Atas Jenayah .

Anwar mengecam tekanan terbaru dari pihak kerajaan dan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Saya menyeru agar pihak polis menggunakan masa mereka untuk menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pelbagai pimpinan kerajaan yang disiarkan di Malaysia Today dan membanteras jenayah yang sudah menjadi-jadi. Sudah begitu banyak laporan yang dibuat terhadap pimpinan kerajaan dahulu dan sekarang yang tidak disiasat langsung, tetapi laporan terhadap pengendali laman web mendapat tindakan segera polis.

Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang bersifat terbuka dan memandang ke hadapan, bukannya yang masih terikut-ikut dengan budaya politik lama dan tidak dapat menerima realiti teknologi hari ini. Ketika pemimpin UMNO hebat menuntut pengendali blog untuk bertanggungjawab di atas penulisan mereka, saya menyeru pemimpin UMNO dan polis agar jangan lupa amanah mereka kepada rakyat.

Khamis, 26 Julai 2007

EKSPORT SENJATA SECARA HARAM KE MALAYSIA.

Adakah anda telah terbaca tentang warga Pakistan yang di tahan dan didakwa mengeksport senjata ke Malaysia secara haram?

Mengikut laporan Washingtonpost.com

Jilani Humayun, 59 telah didakwa di New York dengan sebelas tuduhan melanggar Akta Kawalan Eksport Senjata,( Arms Export Control Act ), satu tuduhan konspirasi penipuan mel dan satu tuduhan konspirasi membersih wang haram. Jika didapati bersalah terdakwa boleh dipenjarakan selama 150 tahun.

Pendakwa telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa, dari Jan 2004 hingga Mei 2006, Humayun melalui syarikatnya Vash International inc., telah mengeksport alatganti jet pejuang F-5 dan F-14 dan HelikopterChinook sebanyak sebelas kali kepada sebuah Syarikat takdikenali di Malaysia.

Humayun telah mengaku tidak mengetahui siapa pengguna akhir senjata-senjata tersebut.

Beliau juga telah mengeksport kereta kebal, peluru berpandu dan pelancar roket. Beliau mengaku menyatakan harga yang rendah bagi barang-barang tersebut untuk menipu Kastam Malaysia.

Soalan untuk dijawab oleh kita:

Siapakah pengimport senjata tersebut?

Adakah operasinya di Malaysia tidak menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia?

Kemana dan di mana kah senjata-senjata tersebut?

Apakah tindakan Jabatan Kastam dan Eksais diRaja Malaysia?

Dan yang lebih menarik, adakah riuh-rendah tentang perkara-perkara lain di Malaysia hari ini bertujuan untuk mengalih pandangan dari apa yang sedang terdedah di New York itu?

KISAH LUCU MAT TYSON BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP YM RAJA PETRA KAMARUDIN

Saya rasa nak tergelak, malah lol. Kongsilah ngan kengkawan:

Sila Klik gambar musang:
















"CELAKALAH KAMU, WAHAI MUHAMMAD ANAK MUHAMMAD!"

Cabaran YM Raja Petra kpd Mat Tyson.

Untuk mendapat cerita penuh
bagaimana Anak Raja Bugis
YM Raja Petra

digerudi oleh polis

(dalam bahasa omputih)
sila klik gambar ini

Rabu, 18 Julai 2007

Ezam Minta Jadi Menteri, Semasa Kita Bersusah Payah Mempertahankan KeADILan? Betul ke ni!

Dalam artikelnya yang disiarkan oleh Malaysia Today, Lokman Nor Adam, mengisahkan bagaimana Ezam telah lama berusaha untuk menyertai UMNO dengan memohon ganjaran sebagai menteri.

Saya mohon kebenaran YM Raja Petra untuk memetik sepenuhnya artikel tersebut dari malaysia-today.net supaya tidak tersalah tafsir atau tersalah lapor.

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri?

[print] Category: General
Posted by: Raja Petra


Tarikh: Rabu, Februari 18, 2006 @ 08:11:22 GMT
Topik: 1


Oleh Lokman Nor Adam

Sejak dibebaskan daripada tahanan ISA, Parti Keadilan Nasional sememangnya bukan lagi parti yang gah sepertimana sebelum kami dipenjarakan. Pelbagai cara telah kami gunakan untuk cuba mengembalikan kegemilangan parti Keadilan, namun ternyata usaha tersebut tidak mampu merubah keadaan.

Untuk menghimpunkan 1000 orang bagi menghadiri kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim pun payah. Ketika inilah saya, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip telah dipanggil oleh Ezam. Saya masih ingat kata-kata Ezam ketika itu, "Man, Kau rasa BA ni boleh memerintah ke?"

Sayapun menjawab: "Tidak dalam masa 10-20 tahun lagi."

Kemudian Ezam mula menerangkan kepada kami bahawa "there is no way" untuk Datuk Seri Anwar bebas melalui Barisan Alternatif (BA). Jelas beliau: "Aku dan Lokman telah sama-sama merasa penderitaan di penjara, tapi nasib kami lebih baik kerana keadaan di Kamunting tidak seperti di Sungai Buloh. Tahun ini merupakan tahun keenam Datuk Seri Anwar akan berhari raya di penjara. Nampak gaya kita kena ubah strategi dan menggunakan pendekatan lain."

Ketika itu kami memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang beliau ingin sampaikan. Lalu beliau terus menambah: "Aku rasa takde orang lain yang boleh membebaskan Boss melainkan Dollah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)."

Menurut Ezam, di dalam Umno ada tiga kumpulan manusia. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang membenci Anwar dan kumpulan ini mahu Anwar terus di penjarakan. Tetapi kumpulan ini semakin lemah kerana mereka ini terdiri daripada orang Dr Mahathir (Mohamad).

Kumpulan kedua pula ialah mereka yang membenci Anwar tetapi tidak sampai hati untuk melihat Anwar terus dipenjara. Namun kumpulan ini tidak berbuat apa-apa untuk membebaskan Anwar.

Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang suka pada Anwar dan mahu melihat Anwar bebas seperti Zahid Hamidi, Affifudin Omar dan lain-lain. Namun menurut Ezam, mereka ini juga tidak buat apa-apa. Itu sebabnya jelas Ezam: "Kita perlu wujudkan kumpulan keempat, iaitu kumpulan yang suka pada Anwar, mahu melihat Anwar bebas dan boleh meyakinkan Pak Lah bahawa Anwar perlu dibebaskan demi survival politik Pak Lah.

Kelana Jaya

Ketika ini, saya mencelah: "Kau tak takut ke orang maki kita kalau masuk Umno?" Jawab Ezam: "Orang akan faham Man (Lokman) yang kita sanggup korbankan diri kita demi kebebasan Anwar. Kita deal-lah hari ini Boss bebas, dalam tempoh 24 jam kita akan isytihar masuk Umno."

Menurut beliau lagi: "Kita tubuh parti ini untuk membebaskan Anwar, kalau parti ini mati sekalipun takpa asalkan Anwar bebas". Idea Ezam ini telah kami persetujui dan ketika itu kami telah menyatakan ikrar kami untuk bersama beliau. Di peringkat awal Hamdan dan Zahid telah diarahkan untuk memulakan perbincangan dengan satu dua pemimpin Umno.

Saya juga telah diarah untuk membina semula hubungan dengan rakan lama saya yang dekat dengan Pak Lah dan juga merupakan junior Ezam semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menjelang bulan Ramadhan lalu, perbincangan menjadi semakin serius kerana kami mengharapkan agar kali ini Anwar dapat kembali berhariraya bersama keluarganya.

Inilah yang membawa kepada pertemuan Ezam dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Pertemuan ini telah berlangsung di kediaman rasmi Tan Sri Mohamad Taib, di Kelana Jaya. Ketika itu, Ezam telahpun berpindah ke Seksyen 7, Shah Alam. Ezam telah menceritakan kepada kami bertiga apa yang berlaku di antara beliau dan Mat Taib.

Mesyuarat empat sekawan ini pasti akan diadakan selepas setiap pertemuan penting. Lokasi biasa yang kami pilih ialah di Ravi’s Corner, Sunway. Menurut Ezam, Mat Taib berjanji akan membawa hasrat kami untuk menyertai Umno kepada Pak Lah. Namun, dari apa yang Ezam dapat lihat, isu pembebasan Anwar ini sukar untuk Mat Taib bangkitkan kepada Pak Lah.

Menurut Ezam, Mat Taib hanya mengulang tentang pentingnya kami kembali bersama Umno tanpa syarat demi menyatukan semula orang Melayu. Kegagalan dalam pertemuan yang pertama ini telah membawa kepada pertemuan kedua, iaitu dengan Datuk Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor. Saya masih ingat bahawa pada hari pertemuan diadakan, Ezam menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya.

Saya sendiri telah menghantar Ezam di hadapan Sekolah Menengah Seksyen 7 dan kemudiannya beliau telah menaiki kereta Haji Azmir, naib ketua Umno Bahagian Shah Alam untuk ke rumah Khir Toyo. Pertemuan beliau kali ini lebih lama, iaitu sejam setengah, berbanding dengan pertemuan dengan Mat Taib selama setengah jam sahaja.

Letak jawatan

Menurut Ezam, pertemuan dengan Khir jauh lebih baik dan Khir turut menyatakan komitmen beliau untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Pak Lah. Selepas Hari Raya Aidilfitri, Ezam telah memanggil kami bertiga dan menzahirkan keputusan mengejut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Saya telah bertanya kepada beliau, kenapa terburu-buru nak letak jawatan dulu sedangkan syarat kita belum dipenuhi.

Beliau menjawab: "Aku rasa kalau aku tak letak jawatan untuk tunjukkan kepada Pak Lah yang aku ikhlas untuk bersama dia, sampai bilapun dia takkan jumpa aku." Ketika itu saya telah menerangkan kepada beliau: "Zam, kalau kau tinggalkan Keadilan dan masuk Umno, BN akan dapat "double bonus." Tapi bila kau tinggalkan Keadilan, itupun dah memberikan bonus percuma kepada mereka. Tunggulah syarat kita diterima dahulu."

Hamdan dan Zahid juga tidak bersetuju dengan keputusan Ezam ketika itu. Namun kami semua tahu bahawa apabila Ezam sudah membuat keputusan, tidak guna untuk kami membazir masa cuba meyakinkan beliau. Hasrat Ezam untuk meletakkan jawatan dan bertemu Pak Lah dalam keadaan beliau bukan lagi ketua Pemuda Keadilan ini, telah Ezam sampaikan kepada Pak Lah melalui teman lama saya yang juga merupakan junior Ezam di UIA tadi.

Pertemuan ini berlaku di Coffee House, Hotel Sunway Resort sekitar Hari Raya keenam atau tujuh. Pada hari ini jugalah, Ezam menyerahkan suratnya untuk Pak Lah di mana beliau telah menyatakan hasratnya untuk menyokong kepimpinan Pak Lah demi perpaduan Melayu. Sejak Ezam mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan, beliau telah mula mengadakan beberapa pertemuan dengan teman-teman terdekat.

Namun, tidak semua yang beliau beritahu tentang hasrat sebenarnya ingin meletakkan jawatan, adalah untuk menyertai Umno. Rata-rata yang beliau temui, hanya dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletak jawatan dan menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO). Namun ada di antara Exco yang rapat, seperti Azwan Din, Dato Sanusi Osman dan satu-dua orang yang lain, telah dimaklumkan tentang usaha membebaskan Anwar melalui Umno.

Pada ketika ini juga, satu surat telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail, bagi menjelaskan hasrat Ezam untuk meninggalkan Keadilan dan menumpukan perhatian kepada NGO. Saya masih ingat bagaimana Ezam menceritakan keadaan Datin Seri Wan Azizah yang menangis teresak-esak apabila Ezam menyatakan hasratnya itu.

Namun keadaan mula berubah apabila Ezam menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar. Jawapan yang Ezam terima daripada Datuk Seri Anwar berhubung hasratnya untuk meninggalkan Keadilan sememangnya cukup keras, "if Ezam wants to leave the party, that means he wants to kill the party and betray me, and I will fight him" (terjemahan: Kalau Ezam mahu meninggalkan parti, itu bermakna dia mahu membunuh parti ini dan mengkhianati saya, dan saya akan menentangnya).

Hyatt Saujana

Jawapan Anwar ini telah disampaikan oleh YB Azmin Ali dan Khalid Jaafar kepada Ezam. Inilah yang menyebabkan Ezam membatalkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Pada ketika inilah, Ezam mula mendedahkan tentang pertemuan beliau dengan Mat Taib dan Khir Toyo kepada Anwar Ibrahim dan pimpinan parti lain. Ezam juga telah meminta Anwar menamakan wakil yang Anwar pilih bagi menghadiri pertemuan dengan Tan Sri Khalil Yakob di kediaman Khir Toyo.

Malangnya, tiga wakil yang Anwar namakan untuk menyertai Ezam dalam pertemuan tersebut tidak dapat bertemu dengan Khalil kerana kebetulan Khalil tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Pertemuan dengan Khalil yang sepatutnya berlangsung seminggu selepas itu juga akhirnya tidak berlaku hingga kini. Pada 9 Disember 2003, Ezam mengarahkan saya menempah sebuah bilik mesyuarat untuk 10 orang di Hyatt Saujana Subang.

Pada hari inilah saya telah menyaksikan bagaimana perundingan untuk memasuki Umno berlaku di depan mata saya sendiri. Umno diwakili oleh Datuk Aziz Samsuddin yang diiringi oleh seorang temannya, Hashim Lim, manakala Ezam merupakan jurucakap kepada lima orang lain yang akan menyertai Umno bersama beliau, iaitu Ruslan Kassim, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Dr Wahid Suhaimi dan saya sendiri.

Di dalam pertemuan ini, Ezam telah menyuarakan kesediaan kami untuk menyertai Umno dan harapan kami untuk melihat Datuk Seri Anwar dibebaskan. Datuk Aziz menyatakan kesediaan beliau untuk menyatakan hasrat kami kepada Pak Lah dan memaklumkan bahawa kami akan bertemu semula dalam masa dua minggu dari tarikh tersebut.

Pertemuan dengan Aziz ini hanya kami berenam yang tahu kerana Ezam tidak mahu pimpinan lain termasuk Anwar tahu. Apa sebabnya sayapun tidak tahu. Dalam pertemuan ini, Hashim Lim telah merakam gambar kami bersama Aziz untuk disimpan sebagai kenang-kenangan kerana ianya mungkin akan menjadi detik bersejarah katanya.

Bila pertemuan di bilik Mutiara 1, Hyatt Saujana Subang ini telah dijelaskan sendiri oleh Ezam dengan menggunakan Master Card miliknya. Setelah dua minggu berlalu, tiada sebarang berita kami terima dari Aziz (Samsuddin). Kegagalan pertemuan ketiga ini, menurut Ezam, merupakan mesej yang jelas bahawa Pak Lah masih belum bersedia untuk membebaskan Anwar.

Ubah pendirian

Di saat inilah pendirian Ezam mula berubah. Beliau telah menghantar satu mesej kepada Aziz (Samsuddin) yang berbunyi: "Sekiranya kami bersedia menyertai Umno dengan tidak meletakkan pembebasan Anwar sebagai syarat, boleh tak Pak Aziz bantu kami dalam dua perkara. Pertama, agar kami diberikan jawatan politik dan kedua bantuan ekonomi".

Saya telah bertanya dengan Ezam: "Kenapa secara tiba-tiba you ubah syarat kemasukan kita ke dalam Umno?" Jawab Ezam: "Man, kau kena faham yang ramai orang nak jatuhkan Pak Lah. Kalau Pak Lah bebaskan Anwar sekarang, orang akan gunakan isu pembebasan Anwar itu untuk memastikan prestasi Pak Lah dalam pilihan raya akan datang ini teruk. We got to be fair to Pak Lah (Kita mesti adil kepada Pak Lah). Itu sebabnya kita kena join (masuk) Umno dulu and make sure (pastikan) Umno menang besar dalam pilihan raya akan datang, Pak Lah mesti bentuk kabinetnya sendiri dan dia mesti ditabalkan sebagai presiden Umno dulu. Bila dia dah menang election (pemilihan) Umno barulah kita push (gesa) dia untuk bebaskan Anwar. Masa tu, bila Pak Lah dah yakin yang kita betul-betul dengan dia, diapun tak takut nak bebaskan Anwar. Sebab masa tu nanti, semua orang kuat Anwar dengan dia. Kita akan convince (yakinkan) Pak Lah, jika Anwar lawan dia, kita sendiri akan lawan Anwar".

Mendengar hujah Ezam ini, sayapun bertanya sekali lagi kepada Ezam: "Kau tak takut ke orang maki kita kerana masuk Umno sedangkan Anwar terpenjara". Jawab beliau: "Biarlah orang maki kita sekarang, lepas Anwar bebas enam bulan atau setahun dari sekarang, mereka akan faham".

Bagi diri saya yang berjuang dalam Keadilan kerana Anwar, jika Anwar boleh keluar enam bulan atau setahun dari sekarang, itu sudah cukup bagus daripada merengkok enam tahun lagi.

Mesej terakhir Ezam kepada Aziz (Shamsuddin) ini juga tidak mendapat jawapan yang Ezam mahukan. Jawapan yang Ezam terima ialah Umno hanya akan menerima kami tanpa syarat dan sebagai balasan, kami juga akan diterima tanpa syarat dan tanpa sebarang sekatan untuk memegang jawatan atau bertanding dalam pilihan raya. Ini telah membawa kepada pertemuan terakhir Ezam dengan junior beliau di UIA tadi.

Sebelum dia bertemu dengan orang kuat Pak Lah itu, dia telah memberitahu saya bahawa dia terpaksa berterus-terang dengan juniornya itu bahawa dia perlukan ”role” (peranan) dalam Umno. Namun, Ezam segan untuk menyatakan perkara tersebut secara terus terang kepadanya. Maka dia memberitahu saya jika dia menyebut tentang ”role” yang dia perlukan, maka saya perlu memberitahu orang itu yang dia perlukan political role (peranan politik), jawatan menteri atau setidak-tidaknya timbalan menteri.

Jawatan politik

Semasa pertemuan di Coffee House Hotel Sunway Resort, Ezam telah jelas berbohong kepada juniornya itu. Dia tidak berterus-terang menyatakan yang dia perlukan ˜political role”, tetapi sebaliknya menggunakan nama Anwar untuk meminta jawatan tersebut. Kata Ezam: "I dah beritahu Anwar tentang ˜my intention to leave the party,” (niat saya untuk keluar parti) dan akan tumpukan kepada NGO, tapi Anwar said no, no (kata, jangan, jangan). Apa mengarut NGO, NGO ni. I want u to leave the party, join Umno, support Pak Lah and tell Pak Lah that I am willing to accept him as Prime Minister. But, you must make sure you ada role" (saya mahu awak keluar parti, masuk Umno, sokong Pak Lah dan beritahu Pak Lah saya bersedia menerimanya sebagai Perdana Menteri. Tetapi awak mesti pastikan awak ada peranan).

Bila saya mendengar Ezam cakap macam itu, rasa macam nak tergelakpun ada. Macamana dia boleh suka-suka cakap macam ni? Bila mendengar apa yang Ezam ungkapkan tadi, maka orang kuat Pak Lah itupun bertanya kepada Ezam:"What kind of role (apa bentuk peranan) yang you mahu. Mungkin I could talk to Pak Lah (saya boleh beritahu Pak Lah) untuk letak you jadi pengarah satu institut macam IKD ke".

Ketika itu Ezam mula menjeling saya dan saya mula menyampuk dengan berkata: "Ezam ni politician (ahli politik), bukan academician (ahli akademik) yang you boleh letak jadi pengarah institut. Maksud Ezam dia perlukan political role (peranan politik)". Tanya orang kuat Pak Lah itu lagi: "Yalah, what kind of political role (apa bentuk peranan politik) yang you mahu?".

Maka sayapun menjawab: "Political role (peranan politik) ni macam minister (menteri) ke or at least Deputy Minister (atau sekurang-kurangnya timbalan menteri)". Junior Ezam tadi terus melenting,

"Oh no! Not only Pak Lah wont consider such thing (Oh tidak, bukan saja Pak Lah tidak mempertimbangkan perkara seperti itu), I sendiripun tak berani nak bring this matter to Pak Lah (kemukakannya kepada Pak Lah). Kalau you cakap awal-awal lagi yang you nak Deputy Minister (timbalan menteri) lain cerita. Ini you dah tulis surat menyatakan hasrat you untuk bersama Pak Lah secara ikhlas and in fact (malah) you dah suruh I beritahu Pak Lah yang you akan resign as (letak jawatan sebagai) ketua Pemuda Keadilan sebagai tanda keikhlasan you, sebelum jumpa Pak Lah, takkan I nak beritahu dia you letak syarat macam ni sekarang? I dah convince (yakinkan) Pak Lah yang you benar-benar ikhlas nak bersama dia, he was very happy (beliau amat gembira). Now (sekarang), kalau I bawa benda ni pada Pak Lah, orang keliling dia akan kata, you see (Lihatlah),.he wants something (dia mahu sesuatu). Kredibiliti I akan rosak".

Itulah pertemuan terakhir Ezam dengan orang Umno sepanjang pengetahuan saya. Semasa dalam perjalanan balik, Ezam (dengan nada marah) berkata kepada saya:"Kita kena all out (habis-habisan) belasah Pak Lah. Tapi kalau kau nak ikut yang lain-lain masuk Umno buta macam tu, aku tak kisah".

Ketika itu saya memberitahu Ezam:"Kalau nak ikut hati, aku 10 kali lagi tak nak masuk Umno, lebih-lebih lagi kalau Boss tak boleh bebas. Macamana kita nak tepis maki-hamun orang yang mengharap pada kita. Dahlah kita ni baru keluar penjara".

Kenyataan bersumpah

Maka, pada malam tersebut kami telah sama-sama berikrar untuk meneruskan perjuangan dalam Keadilan. Malam itu jugalah lahir idea untuk buat program ˜Gerakan Anwar Bebas dan meneruskan program Jelajah Pemuda BA yang terhenti di peringkat awal gara-gara perundingan untuk membebaskan Anwar. Apa yang menyedihkan saya, apabila soal perundingan ini mula dihidu oleh ahli-ahli Keadilan yang lain dan kebetulan saya sedang hebat mengkritik beliau, semua beban kesalahan telah diletakkan ke atas diri saya.

Padahal, tidak pernahpun walau sekali saya mengajak sesiapa menyertai Umno, apatah lagi menawarkan ganjaran kewangan kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk menulis tentang perkara sebenar yang berlaku ini kerana saya merasa jijik mendengar kenyataan Ezam di Warta KL bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit untuk menyertai Umno.
Malah di atas pentas ceramah, beliau pernah menyatakan bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit dan jawatan menteri kanan jika sanggup menyertai Umno. Ini semua adalah pembohongan belaka, termasuklah cerita yang direka oleh Ezam untuk dijadikan kenyataan bersumpah oleh Zoolhelmi Yahya, ketua Pemuda Keadilan Perak.

Sejak Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menggunakan kenyataan bersumpah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar, Ezam tidak pernah percaya kepada kenyataan bersumpah. Macamana sekarang ini dia boleh menggunakan taktik keji Dr Mahathir ini untuk menjatuhkan maruah lawan politiknya. Nasihat saya kepada Ezam, jika nak libatkan nama saya dalam cerekarama saudara di lain masa, tolong pastikan di mana saya berada ketika cerekarama beliau kononnya berlaku.

Jadi, tidaklah malu macam cerita Zoolhelmi ni. Siapa yang akan percaya kepada saudara sekarang apabila Zoolhelmi mengatakan bahawa beliau, saya, Zahid, Ruslan, Hamdan, Hanafiah Man dan lain-lain, menerima wang pendahuluan RM 25,000 seorang dari seorang "Datuk yang tidak dikenali" di rumah Datuk Najib (Razak), sedangkan pada malam 10 Februari itu, saya berada di rumah Sdr Rahman Othman, timbalan presiden Keadilan untuk menunjukkan bukti-bukti penyelewengan dana parti yang saudara lakukan.

Kalau betullah saudara ditawar RM1 juta untuk menyertai Umno, sudah tentu saudaralah yang akan mengepalai kumpulan 12 itu kerana inilah peluang saudara untuk memiliki RM1 juta dengan titik peluh saudara sendiri, tanpa perlu mengelapkan dana untuk perjuangan parti.

Lokman Adam adalah bekas setiausaha Pemuda Keadilan dan ahli Majlis Tertinggi yang digantung keahliannya.
Sekian, macam tak percaya, sama-samalah kita tafsirkan.

Sabtu, 30 Jun 2007

NAJIB TETAP DENGAN KENYATAAN ASAL

Kenyataan Setiausaha Akhbar TPM;

Berikut adalah kenyataan penuh Tengku Sarifuddin kepada Bernama:


1. Saya ingin merujuk kepada laporan media hari ini berkaitan kenyataan saksi tentang gambar (tidak ada gambar ditunjuk dalam mahkamah) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya.

2. Memandangkan perbicaraan sedang berjalan dan sebarang kenyataan mengenainya boleh dianggap mencampuri urusan mahkamah (subjudis), maka adalah tidak wajar untuk Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai perkara tersebut.

3. Namun, saya ingin menjelaskan Timbalan Perdana Menteri telah beberapa kali semasa ditemubual oleh media sebelum ini dan semasa Pilihanraya di Ijok mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa, mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes ini. Oleh itu, isu gambar tersebut tidak berbangkit.

4. Penjelasan ringkas ini dibuat kerana laporan perbicaraan semalam mengundang pelbagai pandangan dan kenyataan pihak tertentu yang boleh menjejaskan pandangan umum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri

Laporan penuh klpos

KENYATAAN AKHBAR KETUA KeADILan

Semalam Anwar Ibrahim, Ketua KeADILan telah membuat kenyataan akhbar mengenai perkara-perkara berikut:

1. Najib perlu menjelaskan penipuan beliau,

“Penafian Najib sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok bahawa beliau tidak kenal Altantuya jelas adalah satu pembohongan,” tegas Anwar.
2. Kes Rasuah yang berkaitan,
Kita harus ingat sepanjang kes ini berjalan, yang dibicara hanya pembunuhan Altantuya, tetapi bagaimana dengan kes pembelian kapal selam yang dibangkitkan dulu? Sampai sekarang disenyapkan kerajaan,” ujar Anwar

3. Salahguna kuasa,

Anwar kemudiannya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan saksi bahawa data kemasukan Altantuya dan temannya ke Malaysia telah dipadam dalam rekod Imigresen.

“Adalah tidak munasabah bagi pegawai bawahan imigresen mempunyai kuasa untuk memadamkan rekod di Jabatan Imigresen, kita mahu tahu dan rakyat Malaysia punya hak untuk tahu.”

Untuk berita sepenuhnya bacalah Suara Keadilan.







ADA HUBUNGAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA?

Laporan klpos:

Ya! Najib ada bersama Altantuya, Razak PDF Print E-mail
Saturday, 30 June 2007

SHAH ALAM: Ada pendedahan mengejut di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. Seorang pegawai tinggi Malaysia yang dikenal pasti sebagai 'Najib Razak' dilihat bergambar bersama seorang wanita Mongolia dan kekasihnya, yang kini sedang dibicarakan berkaitan kes pembunuhan wanita itu, menurut Burmaa Oyunchimeg.

Keterangan saksi itu mencetuskan perbalahan sengit antara pihak pendakwa dengan peguam keluarga mangsa yang mendakwa bahawa Abdul Razak Baginda, pembantu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan mangsa dibawa pergi sebelum dibunuh.

Dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, Oktober lalu. Abdul Razak dituduh bersubahat dengan mereka. Ketiga-tiganya boleh dihukum mati jika bersalah.

Datuk Seri Najib pula kenalan rapat penganalisis politik Malaysia itu. Namun, Datuk Seri Najib menafikan pelibatannya April lalu.

Burmaa, 26 tahun, memberitahu mahkamah, beliau pernah melihat gambar Altantuya dan Abdul Razak makan bersama seorang 'pegawai kerajaan Malaysia' dan beberapa orang lagi.

Beliau tidak menyebut pegawai itu sebagai TPM tetapi berkata Altantuya memberitahunya nama pegawai itu ialah 'Najib Razak'.

Sedang Burmaa memberikan keterangannya dan mendakwa pernah 'melihat gambar itu', salah seorang pendakwa, Manoj Kurup, mencelah untuk menghentikan keterangannya.

Peguam pemerhati keluarga mangsa, Karpal Singh, kemudian meminta izin mahkamah menyoal lanjut Burmaa tetapi ia dibangkang keras pihak pendakwa dan peguam salah seorang pegawai UTK yang dituduh.

'Saya tidak ada catatan mengenai ini,' kata Hakim Mohammed Zaki Mohammed Yasin, merujuk kepada keterangan Burmaa itu. Pihak pendakwa juga menyatakan sama.

Ini mencetuskan kemarahan Karpal, yang berteriak: 'Usah sembunyikan sesuatu di mahkamah ini!'

'Saya tidak menyembunyikan sesuatu. Tutup mulut anda!' tegas pendakwa utama, Tun Majid Tun Hamzah.

Karpal merujuk kepada hakim sambil berkata: 'Dia ke sini untuk menyembunyikan ini.'

Hakim Mohammed Zaki kemudian membenarkan Karpal menyoal Burmaa mengenai gambar itu, yang menurutnya telah ditunjukkan Altantuya kepadanya di Hongkong selepas mangsa pulang dari Perancis. - AFP.

Jumaat, 22 Jun 2007

Nazri naik berang!


Ahli Parlimen Padang Rengas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz tiba-tiba naik berang dan makihamun ketika menjawab di Parlimen.

suarakeadilan.com melaporkan Nazri menghamburkan kata-kata berikut:

“Malaysia takkan membangun selagi ada orang macam Lim. Semua ini (tuduhan rasuah) adalah palsu. Kenapa bodoh sangat? Mana tuduhan? You tak ada otak. Bodoh, bodoh, bodoh!”
Untuk berita penuh bacalah seterusnya...

Beliau bertindak demikian ketika menjawab soalan Ahli Permatang Pauh berkenaan Indeks Persepsi Tahap Rasuah Malaysia semakin merosot berbanding negara jiran.

Sikap demikian memang tidak cocok untuk seorang ahli parlimen lebih-lebih lagi seorang menteri.

Baca pandangan Lim Kit Siang.

Orang Lenggong lama dah tau!