Jumaat, 27 Julai 2007

"Panggil dan Siasat Najib" - Angkatan Muda KeADILan Malaysia.

Angkatan Muda KeADILan (AMK) mendesak supaya Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak harus dipanggil untuk soal-siasat pihak Polis berkaitan beberapa persoalan yang telah diketahui orang awam berkenaan kes Altantuya, tetapi hingga kini Najib masih lagi bebas dari segala tindakan.

Dengan itu, AMK menggesa pihak Polis siasat segera :

  1. Dalam kes Altantuya, siapakah yang membatalkan rekod imigresen kemasukkan Altantuya ka dalam Malaysia, dan atas arahan siapa
  2. Siasat segera pertalian Najib dengan Altantuya sepertimana yang telah didedahkan di mahkamah bahawa Najib didakwa makan malam bersama mangsa di satu restoran di Paris, Perancis

Najib juga harus menjawab :

  1. Mengapa Malaysia perlu membeli jet Sukhoi serta kapal selam? Adakah untuk tujuan pertahanan atau sebenarnya untuk kepentingan pihak tertentu dari segi komisyen?
  2. Mengapa ahli UTK yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadi beliau boleh terlibat dalam kes Altantuya, tidakkah beliau mengetahuinya?
  3. Mengapa bangkit semula isu Negara Islam? Adakah untuk mengalih tumpuan orang ramai terhadap isu restoran Paris?
  4. Setelah bangkit isu Negara Islam, mengapa tidak membenarkan perbahasan melalui media cetak? Apa yang ditakuti?
  5. Najib sekali lagi menegaskan ‘taat setia’ kepada Abdullah Ahmad Badawi, Mengapa? Sedangkan Abdullah bukannya Raja, Sultan Ataupun Agong. Beliau juga dipilih oleh rakyat, apakah motif di sebalik ketaatan Najib?
Kenyataan oleh:

Lau Tek Hai
Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat

0 comments: