Khamis, 26 Julai 2007

EKSPORT SENJATA SECARA HARAM KE MALAYSIA.

Adakah anda telah terbaca tentang warga Pakistan yang di tahan dan didakwa mengeksport senjata ke Malaysia secara haram?

Mengikut laporan Washingtonpost.com

Jilani Humayun, 59 telah didakwa di New York dengan sebelas tuduhan melanggar Akta Kawalan Eksport Senjata,( Arms Export Control Act ), satu tuduhan konspirasi penipuan mel dan satu tuduhan konspirasi membersih wang haram. Jika didapati bersalah terdakwa boleh dipenjarakan selama 150 tahun.

Pendakwa telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa, dari Jan 2004 hingga Mei 2006, Humayun melalui syarikatnya Vash International inc., telah mengeksport alatganti jet pejuang F-5 dan F-14 dan HelikopterChinook sebanyak sebelas kali kepada sebuah Syarikat takdikenali di Malaysia.

Humayun telah mengaku tidak mengetahui siapa pengguna akhir senjata-senjata tersebut.

Beliau juga telah mengeksport kereta kebal, peluru berpandu dan pelancar roket. Beliau mengaku menyatakan harga yang rendah bagi barang-barang tersebut untuk menipu Kastam Malaysia.

Soalan untuk dijawab oleh kita:

Siapakah pengimport senjata tersebut?

Adakah operasinya di Malaysia tidak menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia?

Kemana dan di mana kah senjata-senjata tersebut?

Apakah tindakan Jabatan Kastam dan Eksais diRaja Malaysia?

Dan yang lebih menarik, adakah riuh-rendah tentang perkara-perkara lain di Malaysia hari ini bertujuan untuk mengalih pandangan dari apa yang sedang terdedah di New York itu?

0 comments: