Memaparkan catatan dengan label najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2008

Komunikasi antara TPM dan peguam jadi tanda tanya

SIASAT!


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan dakwaan salah guna kuasa dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau menegaskan, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan siasatan terhadap semua tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri itu.

“Dengan kes pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam dan Eurocopter serta pendedahan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan peguam...(kenapa) tidak ada sebarang reaksi, siasatan dan laporan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pendedahan pertukaran SMS antara Najib dengan seorang peguam (Datuk Muhammad Shafee Abdullah) berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Anwar, beliau juga telah membaca salinan kandungan SMS itu dan berharap satu siasatan telus dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Tegasnya lagi, isu-isu yang melanda Najib itu menyebabkan umum ingin mengetahui kebenaran yang terselindung selama ini.
Tambahnya, contoh salah guna kuasa yang paling ketara adalah berhubung dengan penahanan pemilik laman blog ‘Malaysia Today,’
Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mengaitkan Najib dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) dalam kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Anwar juga menegaskan perkara itu secara tidak langsung telah mencemarkan kredibiliti perundangan di negara ini.
“Bagaimana negara akan mempunyai bakal Perdana Menteri yang tidak mampu menjelaskan sesuatu (tuduhan terhadapnya).
“Saya tidak mencadangkan apa-apa, cuma harap satu siasatan terbuka (terhadap Najib),” tegasnya.

AKHBAR SINAR HARIAN



SMS NAJIB SHAFIE


SKANDAL

SMS

SMS.




MATSAMANKATI
Teks SMS berikut adalah diantara YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan Dato’ Shafee Abdullah, seorang peguam yang pada mulanya mewakili Abdul Razak Baginda, yang kini didakwa bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu

lAPORAN PENUH PERAK EXPRESS




NAJIB TIDAK NAFI:

Laporan: THE MALAYSIAN INSIDER

But he did not deny the text message exchanges between him and a lawyer at the heart of the allegations were genuine. He said the SMS exchanges were a private matter.

HISHAMUDIN RAIS Kata: Jika ianya sahih…..

Jika ianya SAHIH maka banyak persoalan yang timbul:-

1- Razak Baginda di tuduh terlibat dalam kes pembunuhan ganas gadis cun Altantuya dari Mongolia
2- Shafee Abdullah ialah peguam bela Razak Baginda
3- Najib Razak seorang menteri kabinet
4- Razak Baginda yang di tuduh terlibat mumbunuh gadis cun Altantuya dari Mongolia adalah kawan baik, rakan niaga dan penasihat Najib




Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah

Sukhoi,

Scorpene

Eurocopter Pulak!




Cerita sepenuhnya:

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/10/1423



“Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan

diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter.


LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan,”


Khamis, 9 Oktober 2008

NAJIB GANTI PAKLAH !

Nasihat Percuma Buat Mohd Najib

THE SCIBE: A KADIR JASIN

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/10/nasihat-yang-tidak-diminta-buat-mohd.html


Kepada Mohd Najib, berikut adalah nasihat saya yang tidak beliau minta. Atau boleh jadi juga nasihat yang beliau tidak suka dengar.

Tetapi saya akan bagi juga kerana saya adalah rakyat Malaysia, pengundi dan walaupun dah pencen masih bayar cukai pendapatan.

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.




Rabu, 1 Oktober 2008

JELUAK.........!!!

BINI SEMAKIN SARAT!





Tiba2 pandangan aku gelap sat. Aku nampak bayang2 imelda marcos. Aku dok nampak rakyat makin melarat, laki makin keparat tak kala bini semakin sarat menogok khazanah rakyat. Aku nampak masa depan tanah melayu yang semakin muram, masam dan kusam. Aku nampak monggolia dilupuskan dari jograpi sekolah. Aku nampak masa depan yang lebih parah!

Untuk kisah sepenuhnya klik.....


Serabut perut tengok kelaku dua laki bini ni sekarang.