Sdr Ahmad Nour Firdaus bin Ahmad Bakri, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Lenggong, telah melangsungkan perkahwinan dan diijabkabulkan dengan Sdri Salbiah Saidin di Taman Kota Tampan Lenggong pada 1 hb September 2007. Ketua bahagian bersama keluarga telah menghadiri majlis keraian pihak lelaki di Kampung Beng Lenggong semalam, 2 hb September. KeADILan Lenggong mengucapkan Selamat Pengantin Baru serta diiringi doa semoga Kasih dan Kebahagiaan mereka kekal abadi selamanya.
Isnin, 3 September 2007
SELAMAT PENGANTIN BARU
Posted by rakyatLG at 7:21 PG 0 comments
Labels: AMK, KeADILan Lenggong
PATRIOT
Awal zaman perubahan, Sang Patriot bilangannya sangat terhad, amat berani, dibenci dan dicemuh.
Apabila perjuangan Sang Patriot berjaya, si pengecut akan menyertainya, kerana ketika itu untuk menjadi patriot harganya sifar.
Posted by rakyatLG at 1:49 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong
Jumaat, 10 Ogos 2007
PESTA-PESTAAN BERTERUSAN

Petang tadi, ketika melalui Jalan Sineevasagam, dari Jalan Sultan Idris Shah, menuju Bulatan Martin Luther King, di hadapan Perpustakaan Tun Abd Razak, di antara Masjid India dan Sekolah Saint Michael Institution disebelah kanan dan Padang Bandaran, Ipoh Club dan bendera Negeri terbesar di dunia di sisi kiri, saya terpandang lori-lori yang sedang menurunkan berpuluh-puluh buah objek berbentuk kuboid. Pada mulanya saya tidak pasti gerangan apakah benda nya.

Tandas mudahalih. Hu, "ape ke hernyer? ape ke hernyer?" (Pinjam carabertanya Wahid Kumpulan Senario).
Ketika menoleh ketengah padang baru terlihat satu operasi besar-besaran sedang berjalan mempersiapkan pentas dengan segala aksesori untuk satu lagi pesta besar-besaran.
Aduh...satu lagi.
Persembahan salah satu lagi Syarikat Media gergasi Malaysia.

Tajaan utama Magnum Corporation Berhad dengan slogan magnumcares.
Siapa tak kenal Magnum. Tak tahulah magnum cares tentang apa? Atau cares pada dan untuk siapa?
Kita tidak perlu hairan
sebenarnya, kerana sekaranglah masanya untuk merekayasa berbagai bentuk escapisme supaya masyarakat akan sentiasa terleka dan lalai dari masalah sebenar.Orang akan lupa tentang rasuah yang menghasilkan ekonomi kemakmuran songsang yang menghimpit hidup mereka. Orang akan lupa tentang kualiti hidup sebenar dan alam sekitar yang bobrok. Orang akan lupa
tentang harga minyak dan barang keperluan meningkat menerjah siling. Orang akan lupa tentang jenayah yang bagai cendawan selepas hujan. Orang akan lupa tentang ketidakbebasan mereka dan kebergantungan mereka untuk biasiswa, pinjaman pelajaran,
belanja hospital, rumah miskin, modal niaga dan lain-lain, hatta gigi palsu dan cermin mata, kepada penguasa yang menggunakan keterikatan ini untuk mengugut dan menarik hidung seperti kerbau tanduk keweh yang membajak bendang di Banggul Derdap. (Ada lagi ke bendang tu Dato' Shahnon?) Orang akan lupa tentang pemimpin tunasusila dan rendah akhlak. Orang akan lupa tentang penghakisan kemanusiaan dan pencemaran ruh mereka.Pemimpin Umno berpegang kepada keyakinan "Melayu mudah lupa"
Kerana itulah penguasa menciptakan kesedaran palsu ini. Keselesaan sementara yang didasari nafsu hedonisma sentiasa dibajai dari dulu, kini dan selamanya.
Dan mereka mengharapkan keselesaan palsu ini akan tertajalli dengan undi yang akan mengekalkan penguasaan mereka. Kuasa untuk terus memperhambakan rakyat dalam negara yang sudah lima puluh tahun merdeka.
Dan rakyat akan menyerahkan hidung mereka sekali lagi untuk diheret kemana sahaja, kerana 'sesungguhnya' tiada lagi payung pelindung tempat bergantung melainkan UMNO semata-mata.
Atau..... kini sudah tiba masa untuk perubahan. it,s time!
On a lighter side boleh tuntun video ni. klik
Posted by rakyatLG at 12:06 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong, KeADILan Malaysia, Pemimpin Umno., Perak, Pilihanraya
Ahad, 5 Ogos 2007
KONVENSYEN HARI KEADILAN RAKYAT
Konvensyen Hari Keadilan Rakyat diadakan pada 4 hb Ogos 2007 sempena hari Penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat.
Sebahagian dari wakil KeADILan Lenggong yang hadir. Dari depan Musa Mamat Bendahari, Zakaria Hassan Setiausaha, Syazili Setiausaha AMK dan Kamarulzaman AJK.
Pimpinan diketuai oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim memulakan Majlis dengan Lagu Parti.
Diikuti Ikrar Hari Keadilan oleh semua para hadirin. Bacaan ikrar dipimpin oleh Sdr Faris Musa.
Kemudian Ucapan Perasmian oleh Presiden Parti. Ucapan Presiden:
Saudara-saudari sahabat seperjuangan sekalian.
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu rapat dari setiap peringkat kepimpinan seluruh negara bagi merayakan sambutan ulangtahun ke 3 penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.
Saya amat tertarik sekali dengan tema sambutan tahun ini iaitu Hari Keadilan Rakyat. Bila kita menyebut sahaja keadilan maka kita tidak dapat lari daripada memberi tumpuan kepada sistem kehakiman dalam negara. Lantas akan tersingkaplah kembali Peristiwa Hitam Badan Kehakiman Negara yang berlaku pada tahun 1988. Krisis kehakiman tersebut telah secara langsung mencemar amalan demokrasi kerana sebuah negara demokrasi ditadbir melalui tiga institusi iaitu Eksekutif, Perundangan/Parlimen dan Kehakiman. Ketiga-tiga institusi ini hendaklah ditadbir secara berasingan melalui Sistem Pengasingan Kuasa. Sebarang tindakan campurtangan kuasa oleh mana-mana institusi tersebut terhadap institusi lain akan mencemar seluruh intergriti pentadbiran sesebuah negara walau negara tersebut telah merdeka 100 tahun sekalipun.
Krisis kehakiman 1988 telah memperlihatkan bagaimana kuasa Eksekutif dengan secara terang rakus dan jahat menghapuskan amalan Sistem Pengasingan Kuasa. Pemecatan terancang Ketua Hakim Negara YAA Tun Salleh Abbas dan Dua orang Hakim Mahkamah Agong YAA Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman dan YAA Datuk George Edward Seah serta penggantungan beberapa Hakim Mahkamah Tinggi oleh Ketua Eksekutif- Perdana Menteri ketika itu dengan bantuan sebuah Tribunal yang terbukti tidak kredibel bukan sahaja memusnahkan kewibawaan Badan Kehakiman negara tetapi telah membawa malapetaka kepada keadilan itu sendiri. Tidak keterlaluan jika saya katakan sehingga hari ini, ketika kita merayakan Hari Keadilan Rakyat, kemusnahan tersebut masih gagal dipulihkan.
Teringat saya kepada rencana bersiri YAA Datuk George Seah pada tahun 2004 yang mana beliau berpendapat sepatutnya Tribunal yang membicarakan kes salah laku YAA Tun Salleh Abbas diketuai oleh Ketua Pembangkang di Parlimen dan dibantu Pengerusi Majlis Peguam Malaysia kerana mereka adalah antara orang yang berwibawa dan tidak ada kaitan langsung dengan Badan Eksekutif mahupun Kehakiman. Memandangkan perkara tersebut tidak berlaku maka ada di antara Hakim Mahkamah Agong berpendapat kita memerlukan dua generasi untuk menghadapi krisis kehakiman tersebut.
Tuan-tuan sekalian,
Itulah sebabnya apabila kes Saudara Anwar berjalan di mahkamah sepuluh tahun kemudian, kita melihat bagaimana kesan daripada krisis keyakinan kehakiman telah mewarnakan seluruh episod perbicaraan dengan begitu hodoh sekali, sekaligus menghapus sama sekali kewibawaan Sistem Kehakiman negara. Kerosakan yang berlaku pada tahun 1988 bukan sahaja gagal diatasi tetapi masih terus dilakukan di mana pihak eksekutif masih terus memandu badan kehakiman mengikut selera mereka. Pada tahun 2004, seorang Hakim Mahkamah Tinggi dengan secara sukarela mengakui bahawa beliau telah dihubungi Ketua Hakim Negara dan diarahkan membuat keputusan mengikut yang ditetapkannya. Sekali lagi intergriti Badan Kehakiman yang belum pulih dari peristiwa hitam 88 mendapat tamparan hebat.
Hari ini pula kita melihat perjalanan kes pembunuhan paling dahsyat dalam era serba moden- kes Altantuya, yang kita maklum mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Eksekutif telah di atur perjalanannya dengan pakatan curang di antara pihak pendakwa, pembela dan kehakiman.
Kita resah dengan keadaan ini, apatah lagi rakyat meletakkan harapan mereka di atas bahu kita untuk melakukan sesuatu agar kepincangan yang berlaku di bendung dan seterusnya diatasi. Jika kita gagal, masa depan generasi mendatang akan terkesan teruk. Sesungguhnya kehidupan kita hari ini bukanlah warisan dari orang-orang terdahulu tetapi adalah pinjaman daripada anak cucu kita pada masa hadapan. Maka hari ini kita menyambut Hari Keadilan Rakyat bagi mengorak langkah memikul harapan dan cita-cita rakyat untuk melakukan perubahan.
Sambutan Hari Keadilan Rakyat kita sambut dalam suasana bahang pilihanraya umum ke 12 yang semakin hangat dirasai. Tanda-tandanya amat jelas kelihatan. Kerajaan pada ketika ini sedang bertungkus lumus menanamkan perasaan gembira di kalangan rakyat di samping menghunjam pembangkang dengan serangan yang bertalu.
Sebagai sebuah parti politik, kita berazam membuat perubahan melalui pilihanraya. Lantaran itu pihak kepimpinan parti telah mengambil keputusan untuk menjalinkan sambutan ulang tahun parti kali ini dengan konvensyen pilihanraya.
Adalah diharapkan konvensyen pilihanraya ini mampu memberikan perincian yang lebih jelas kepada setiap lapisan kepimpinan dalam hal agenda, membentuk gerak kerja dan strategi yang kemas, tersusun dan mantap serta mengupas isu-isu yang ingin kita sampaikan kepada rakyat menjelang pilihanraya umum nanti.
Saudara/ Saudari teman perjuangan,
Sejarah membuktikan setiap perjuangan pasti disertai ranjau dan dugaan terhadap para pejuang, baik ia datang dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan.
Umpama bait sebuah lagu :“mengharap senang dalam berjuang,
ibarat menanti bulan di tengah siang”
“Jalan kebenaran tidak akan selalu sunyi,
ada ujian yang datang melanda,
ada perangkap menunggu mangsa”Lumrah dalam setiap perjuangan, pasti ada yang tercicir dan tersungkur di tengah jalan. Saya tidak pernah berkecil hati mahupun berasa kesal dengan keadaan ini, pasti ada hikmah disebaliknya. Namun saya amat bangga melihat wajah-wajah di hadapan saya yang sebahagian besar adalah wajah yang saya lihat 9 tahun yang lalu. Saya amat yakin wajah-wajah inilah yang menyemat di dalam hati mereka;
“Membujur lalu melintang patah…”.Apapun saya juga kerap terkenang kepada teman-teman yang sudah agak lama tidak kelihatan. Sembilan tahun bukannya sekejap. Antara mereka ramai yang seperti saya- a reluctant politician. Ketika dalam getir dan ketika kita ketandusan pemimpin akibat fenomena takut serangan BN, merekalah yang kehadapan dan sanggup menggalang jawatan walau dengan penuh kesukaran – berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Tiba-tiba sejak kebelakangan ini wajah-wajah tersebut makin jarang kita temukan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kepada mereka
Milik orang secekak lidi,Hari ini saya menyeru para perwakilan sekalian, tugas kita masih di pangkal jalan. Lantaran itu ayuh kita kembali menilai dan menghadam garis-garis perjuangan parti yang telah kita persetujui dan yakini ini. Kita memperjuang keadilan tanpa mengira kaum, agama, jantina dan kedudukan, memberikan hak kepada semua golongan, menjamin demokrasi dan kebebasan serta mewujudkan Malaysia sebagai negara bangsa yang bermaruah serta berdaya saing di pentas dunia. Ini jelas kita catatkan dalam perlembagaan parti.
Cuma sebatang saya punya,
Terima kasih galangan budi,
Jasa tuan di hati tempatnya.
Dalam hingar bingar media yang dikuasai pemerintah, melaporkan tentang kononnya masa depan parti yang malap dan menunggu untuk dikuburkan, kita terus mendapat perhatian rakyat. Di Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan dan baru-baru ini di Termerloh Pahang, pimpinan tertinggi Umno Bahagian telah mengambil keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai kita. Manakala di Sarawak ketika lawatan kerja saya selama tiga hari baru-baru ini, program bersama masyarakat Iban dan Dayak begitu berjaya sekali. Marah mereka terhadap pemerintah yang merampas tanah adat yang mereka duduki ratusan tahun lamanya begitu memuncak lantas mereka mengambil keputusan menyertai kita. Selamat datang dan selamat berjuang saya ucapkan buat mereka.
Saudara/saudari sahabat seperjuangan.
Negara kita sedang dilanda krisis kepimpinan yang sedang membusuk.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, di awal peralihan tampuk pemerintahan negara telah mengolah janji-janji manisnya seperti pembasmian rasuah, kebebasan maklumat dan bersikap terbuka. Namun, setakat hari ini undang-undang dan dasar represif warisan penjajah dan Dr Mahahthir masih di tampuk lama, jangankan mahu dibatalkan, dipindapun jauh sekali. Undang undang seperti ISA, OSA, AUKU dan Akta Mesin Cetak masih terus-terusan digunakan untuk menutup suara-suara kritikal terhadap kerajaan.
Tindakan terhadap bloggers dan arahan KDN yang menghalang pihak media menyiarkan kenyataan pembangkang, adalah bukti yang terang. Nampaknya era Abdullah Badawi lebih berbisa- ia mencengkam di dalam senyuman. Akibatnya rakyat kehilangan hak mereka sebagaimana termaktub di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan iaitu menjanjikan kemerdekaan kepada rakyat dengan berasaskan kepada keadilan & kebebasan. Kongkongan melampau juga telah menjadikan rakyat kehilangan jiwa dan erti diri sebagai warga merdeka. Kemerdekaan yang sepatutnya melepaskan diri dari kegelapan penjajahan telah menjadi satu lagi lohong hitam yang tersimpan di dalamnya prejudis perkauman, hilang moral dan akhlak serta ketamadunan.
Begitu juga dengan kegelisahan kaum dan agama yang gagal diselesaikan dan sengaja dibiarkan berlarutan. Ini lantaran ideologi politik sempit perkauman amalan UMNO-BN. KeADILan mempunyai formula untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyerlahkan politik berbagai kaum yang lebih matang dan jujur. Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka amat takut dengan kita dan serangan bertubi-tubi dikenakan kepada kita dan kredibiliti pemimpin kita sengaja mahu dicemar.
Saya kira tak perlu saya gambarkan bagaimana busuknya amalan rasuah di dalam negara ini. Bekas Pengarah BPR yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk membasmi gejala rasuah rupa-rupanya turut dikatakan terbabit. Harapkan pagar, rupanya pagar yang makan padi..Begitu juga kes-kes yang melibat pimpinan tertinggi kerajaan, terlalu banyak penyelewengan hingga saya naik jelak untuk menyebutkannya satu persatu. Yang pasti rasuah kini telah menjadi krisis. Mana mungkin keadilan kepada rakyat dapat kita berikan jika rasuah telah menjadi budaya dan norma kehidupan.
Justeru itu Saudara – Saudari sahabat seperjuangan sekalian,
Pilihanraya mendatang merupakan peluang yang terbaik untuk kita. Saya yakin formula politik yang lebih menekankan soal nilai seperti keadilan, kepedulian rakyat kebebasan dan keterbukaan akan mampu membawa perubahan kepada negara dari aspek politik dan sosio-ekonomi.
Tambahan pula, kali ini kita akan membariskan pimpinan yang berwibawa dan teruji. Kehadiran Sdr Anwar ke dalam gelanggang barang pasti menaikkan iklim pilihanraya kali ini. Sokongan kaum Kadazan pimpinan Sdr Dr Jeffrey Kitingan pastinya membawa gelombang ke Malaysia Timur. Begitu juga dengan penyertaan tokoh ekonomi seperti Tan Sri Khalid Ibrahim akan lebih memberi kepercayaan golongan peniaga terhadap kita yang mana golongan ini sebenarnya telah lama resah dengan krisis rasuah.
Saya tidak bercadang bercakap panjang. Apa yang penting ialah kita jadikan hari ini untuk kita sama-sama mencantas fikiran bagaimana menjadikan impian rakyat memperolehi keadilan di negara ini menjadi kenyataan. Hari Keadilan Rakyat adalah titik tolak kepada satu pergerakan gerakerja menghadapi pilihanraya dalam usaha kita mengembalikan hak rakyat baik dari sudut Eksekutif, Perundangan mahupun Kehakiman.
Sesuai dengan semangat penggabungan ini, mari kita bergabung tenaga- mengatasi kepentingan individu, menjangkau batas kaum agama dan kepercayaan, yang lama dengan yang baru, sehati sejiwa menuju matlamat reformasi. Bersama kita tegakkan Malaysia yang demokratik, bebas dan progresif. Saya yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang berpanjangan kejayaan pasti menjadi milik kita.
Diikuti pembentangan kertaskerja oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tan Seri Khalid dan Professor Jomo Sundram.
Perwakilan Lenggong mengikuti dengan khusyuk.Kertas kerja dapat dibaca dengan mengklik tajuk-tajuk berikut:
Dasar Perjuangan Parti oleh Professor Dr Syed Husin Ali.
Agenda Ekonomi Malaysia: Memikirkan Sesuatu Yang Baru oleh Professor Anwar Ibrahim.
Perjanjian Baru untuk Malaysia: Merakyatkan Ekonomi Negara oleh Tan Seri Khalid Ibrahim.
Kertas-kertas itu telah diulas oleh Professor Dr Jomo Kwame Sundram Penolong Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Pembangunan Ekonomi (Assistant Secretary-General on Economic Development,)
Kemudian hadirin mengikuti Kertas-kertas kerja Berkaitan Pilihanraya oleh Pengarah II Pilihanraya Pn Fauziah Salleh, dan Johari Abdul (bagi pihak Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution). Kertas-kertas ini diulas oleh Dato' Salehuddin Hashim.Disebelah petang Perbincangan oleh Panel terdiri dari Naib-Naib Presiden Dr Lee Boon Chye, Mustaffa Kamal Ayub, Sivarasa Rasiah, Dato Dr Jeffrey Kitinggan serta Ketua Wanita KeADILan Pn Zuraidah Kamaruddin dan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar Akin.
Man dan Zili 'take five' (ambil angin+asap) di koridor Anjung Rahmat.
Lapar sungguh. Dah lewat benar baru makan.
Dewan Anjung Rahmat Gombak dari depan.
Terpaksa segera balik untuk meraikan kunjungan Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Padang Rengas pada Jam 9.30 malam.
Posted by rakyatLG at 10:50 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong, KeADILan Malaysia, Malaysian Affairs, Malaysian Affairs Ekonomi
Khamis, 2 Ogos 2007
ANWAR IBRAHIM DI PADANG RENGAS

DI
PAYA RENGGAM
4 HB OGOS 2007
SABTU
9.30 MALAM
HEBAHAN OLEH
KeADILan LENGGONG
Seorang ahli AMK Lenggong sedang menampal poster hebahan majlis Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Posted by rakyatLG at 11:03 PG 0 comments
Labels: AMK, Anwar Ibrahim, KeADILan Lenggong
Isnin, 30 Julai 2007
Dr Lee Di Air Kala Lenggong
Dr Lee disamping mengadakan aktiviti pengumpulan maklumat dan menilai kesediaan jentera Pilihanraya, telah memberi penjelasan tentang pelbagai isu mutakhir.
Di majlis perjumpaan itu juga telah ditubuhkan Biro Perhubungan Masyarakat KeADILan Lenggong. Mereka juga telah memutuskan untuk menubuhkan satu Biro Pengaduan Awam Kg Air Kala.
Dr Lee gembira dengan perkembangan yang sedang berlaku di kampung-kampung baru dalam kawasan Lenggong.

Akhir perbincangan, Dr Lee menyeru supaya kerjasama diantara pemimpin DAP dan KeADILan seperti yang ditunjukkan dengan kehadiran Ketua DAP Air Kala, Wong Kaw, bersama dalam majlis hari ini akan berterusan, malah lebih kukuh lag,i untuk mempasti kemenangan Barisan Alternatif dalam PRU12 akan datang.

Dr Lee bersalam mengucapkan tahniah kpd Yong Yoke Meng selepas Ketua Bahagian mengumumkan perlantikannya sebagai Naib Ketua Bahagian (dilantik) dan juga Pengurusi Biro Perhubungan Kaum KeADILan Lenggong.

Posted by rakyatLG at 12:11 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong, Lee Boon Chye
Jumaat, 27 Julai 2007
BATMAN & AGENDA PERUBAHAN
Tertarik dengan pendapat oleh Sdr Akureform dalam ruangan komentar kepada posting Dato' Seri "Junjung Semangat Merdeka,Rakyat Perlu Lebih Berani " dalam blog ANWARIBRAHIMBLOG.COM. Saya perturunkan untuk tatapan bersama.
Posted by rakyatLG at 11:56 PG 0 comments
Labels: AMK, Anwar Ibrahim, KeADILan Lenggong
Dr Lee Boon Chye Turun Ke Lenggong.
Naib Presiden, Dr Lee Boon Chye, akan berada di Air Kala Lenggong pada hari Ahad 29 hb Julai 2007 jam 5:00 petang.
Majlis perjumpaan dianjurkan oleh Biro Perhubungan Masyarakat KeADILan Lenggong.
Posted by rakyatLG at 12:35 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong, KeADILan Malaysia
Rabu, 18 Julai 2007
RAYUAN DANA!
Kepada semua Dermawan,
KeADILan Lenggong memerlukan dana untuk merenovasi bumbung bangunan pejabat dan Bilik Gerakan Pilihan Raya.
Diharapkan dapat disempurnakan sebelum Pilihanraya Umum Ke 12.
Kami juga teramat memerlukan Dana Pilihanraya atau apa sahaja sumbangan yang sesuai.
Kepada Dermawan yang bersimpati No Akaun Kami:CIMB atau Bank Bumiputra Commerce
Posted by rakyatLG at 11:22 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong
Khamis, 12 Julai 2007
NAIB KETUA BAHAGIAN MASUK HOSPITAL
Naib Ketua Bahagian, Sdr Zawawi Hashim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ipoh ( Ipoh Specialist Hospital) pada hari Selasa malam Khamis kerana serangan asthma (lelah). Beliau telah ditempatkan dalam Wad 5 bilik 244 dan dirawat oleh
Kita mendoakan beliau segera sihat. Malah Sdr Zawawi sendiri tidak sabar untuk keluar kerana beliau berkata "Banyak kerja parti harus diselesaikan." Selain Naib Ketua, beliau juga adalah Pengarah Pilihanraya bagi KeADILan Lenggong.
Posted by rakyatLG at 10:16 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong
Jumaat, 6 Julai 2007
Pertemuan Dengan Pemimpin Cina Air Kala.
Petang tadi, 5 hb Julai, Ketua KeADILan Lenggong, diiringi Bendahari Bahagian, telah mengadakan pertemuan dengan Pemimpin masyarakat Cina Air Kala di Kedai Pak Long Kuala Kenering.Hadir di pertemuan tersebut Sdr Yong Meng, Pemimpin Penyokong KeADILan Air Kala dan Sdr Wong Kaw Ketua DAP Air Kala. Mereka diikuti bersama beberapa orang rakan. Perjumpaan telah menghasilkan beberapa persefahaman untuk meningkatkan lagi penyokong serta pengaruh dalam menghadapi PRU 12.



Posted by rakyatLG at 12:55 PG 1 comments
Labels: KeADILan Lenggong
Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian
Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian telah diadakan pada 30 Jun. Keputusan telah diambil berkaitan penyusunan semula Jawatan-jawatan.
Ini bertujuan untuk menyesuaikan dengan aktiviti menghadapi PRU 12.
Sdr Zawawi Hashim, Naib Ketua, telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya. Jawatan-jawatan lain akan dimaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan.
Keputusan juga telah diambil untuk berusaha mengumpul dana. Semua AJK akan terlibat. Para penyokong dan yang bersimpati diharap dapat bermurah hati menyumbang.
Posted by rakyatLG at 12:33 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong
Sabtu, 23 Jun 2007
Ketua KeADILan kunjung YDP PAS
Petang tadi, 22 Jun 2007, Ketua KeADILan Lenggong Hamzah Zain, diiringi Bendahari Bhg, Musa Mamat t
elah bertandang secara tidak rasmi ke rumah Ustaz Shukri Ahmad, YDP PAS. Secara santai-santaian mereka telah bersembang-sembang tentang pelbagai perkara termasuk perkembangan terakhir politik Kawasan.
Ketua Bhg ingin mengucapkan setinggi tahniah diatas kejayaan Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Muktamar Tahunan PAS Malaysia di Kota Baru baru-baru ini. Tahniah khusus diatas pemilihan Ustaz Shukri sebagai YDP menggantikan Ustaz Zulkifli Abu yang telah berpindah ke Kawasan Ipoh Timur. Kita menyanjung baik keyakinan yang telah diberikan oleh ahli PAS Kawasan kepada mantan calon PAS Kawasan DUN Kenering dalam PRU11 yang lalu itu.
Disamping itu kita rasa hairan diatas ketakutan amat sangat UMNO dan parti komponen lain dalam BN untuk mengadakan pemilihan mereka sebelum PRU akan datang. Malah MCA sampai terpaksa meminda perlembagaan!
Atau, mungkinkah ada helah strategik untuk mempastikan KJ (menantu Paklah) menyusun calon-calon PRU. Kemudiannya menguasai parti selepas Perhimpunan Agung akan datang. Kita paham sangat taktik lama!
Tak apalah itu urusan mereka.
Urusan kita ialah memperkukuh terus ukhuwah dan kerjasama baik yang telah lama terbina dalam kawasan ini.
Selain itu sepertimana kata Anwar Ibrahim Ketua KeADILan Malaysia, kini waktu untuk bekerja, kerana "masa untuk perubahan" sudah tiba.
Posted by rakyatLG at 1:13 PG 0 comments
Labels: KeADILan Lenggong








salam buat Dato’ Seri,
saya tertarik menonton filem BATMAN BEGIN kerana ianya bukan sekadar hebat disegi fantasi tetapi ada agenda pengajaran behind the screen. kisah seorang pemuda pada asalnya hilang semangat akhirnya bangkit melawan kebobrokan pentadbir yang bercita2 untuk merampas serta menghancurkan negara.
beliau bukan berdendam tetapi terpaksa menghancurkan niat yang ingin mengorbankan banyak nyawa dan harta benda serta mencipta elemen2 jahat untuk terus bertahta dan berkuasa. akhirnya perjuangannya berjaya dengan kerjasama seorang PEGAWAI POLIS yang hampir hilang keyakinan untuk memulihkan keadaan.
dalam filem tersebut, bukan sahaja sudah tentunya hebat pada siHERO mahupun siPOLISnya tetapi lebih kepada penonjolan kehancuran sistem PENTADBIRAN dan PERUNDANGAN demi kerana sifat TAMAK, RASUAH dan PENYELEWENGAN. saya percaya, sekiranya dinegara ini lahir seorang PEGAWAI POLIS yang BERANI, BERSIH dan AMANAH nescaya dato’akan menang dalam PERJUANGAN. insyaallah, RAKYAT ada dibelakang dato’
‘KALAU TAKUT PADA KERUNTUHAN MANA MUNGKIN ADA PEMBANGUNAN’ (sebahagian kata2 falsafah dalam filem tersebut)