Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan

Rabu, 18 Februari 2009

DI PERAK KEMENANGAN BN ?

Dengan izin Khalid Jaafar


Pyrrhic victory BN di Perak


Mari kita panjangkan renungan, jauh sehingga ke tahun 280 SM. Raja Pyrrhus dari Epirus menumpas tentera Romawi dalam dua pertempuran. Raja Pyrrhus amat gembira dengan kemenangan itu. Tetapi apabila dilaporkan begitu ramai tenteranya yang mati untuk mendapat kemenangan tersebut raja itu berkata: "Sekali lagi kita mendapat kemenangan seperti ini kita akan musnah."

Bedanya antara Raja Pyrrhus dengan Najib adalah, raja itu tahu bagaimana bahayanya kemenangnya, tetapi Najib melihatnya sebagai kemenangan besar Umno. Timbalan perdana menteri itu tidak pernah belajar dan tidak mahu belajar.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tentunya patah hati semalam, hari ini dan beberapa hari yang akan datang. Kepada mereka yang bersifat begitu belajarlah dari semangat tentera Romawi. Sebenarnya jumlah tentera Romawi lebih ramai yang gugur dari tentera Pyrrhus. Mereka tidak putus harapan. Sejahrawan Plutarch mengulas: "not at all abating in courage for the loss they sustained, but even from their very anger gaining new force and resolution to go on with the war...Romans lost more men than Pyrrhus did. However, the Romans had a much larger supply of men from which to draw soldiers, so their losses did less damage to their war effort than Pyrrhus's losses did to his."


Renung juga dialog antara Abu Sufyan dengan Herkules, gabenor Rom di Syria. Herkules menerima surat dari Nabi Muhammad s.a.w. Herkules memanggil Abu Sufyan untuk mendapat maklumat tentang agama yang gerakan yang dibawa oleh Rasulullah.


Herkules: Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau orang miskin.

Abu Sufyan: Orang miskin.

Herkules: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?

Abu Sufyan: Bertambah

Herkules: Bagaimana perang antara kamu dengan dia?

Abu Sufyan: Ada kala kami menang, ada kala dia.
Kita tidak akan menang dalam setiap pertempuran, tetapi insya Allah, kita akan dapat kemenangan keseluruhan. Rasulullah menang dalam perang Badar, tewas dalam perang Uhud, tidak menang dan tidak kalah dalam perang Khandak. Tetapi dalam kalah dan menang dalam pertempuran jumlah yang menyertai Islam terus bertambah. Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU12, menang besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua kemenangan ini dengan dokongan rakyat.
Apakah BN menang di Perak? BN dapat sebuah negeri tetapi akan kehilangan lebih besar sokongan dari rakyat kerana taktik kotor yang dipakai -ugutan dan habuan. Kemenangannya adalah satu Pyrrhic victory, atau lebih kosong dari itu.
Rakyat mengajar BN pada 8 Mac yang lalu dengan menafikan majoriti 2/3 dan lima kerajaan negeri. Akuilah, sebahagian rakyat yang mengundi PR bukan kerana mereka percaya kepada PKR, DAP atau Pas. Mereka ingin mengajar Umno agar jangan sombong. Mereka berharap dengan tamparan tersebut mereka akan belajar dan melakukan perubahan. Apa yang berlaku di Perak jelas bahawa mereka tidak mahu belajar. Mereka hanya mahukan kuasa. Sedangkan rakyat mahu Umno-BN berubah dan kalau mereka berubah dan mengambil iktibar rakyat akan mengembalikan keyakinannya.
Sekarang jelas Umno tidak menerima keputusan rakyat dan tidak mahu belajar seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Mereka hanya mahukan kuasa dengan apa cara sekalipun.
Apakah yang perlu dilakukan oleh PR di Perak? Sekarang mereka tidak lagi dibebankan dengan urusan pentadbiran mereka perlu sepenuh masa bersama rakyat. Kuasa muktamat adalah ditangan rakyat. Cek Umno hanya boleh membeli beberapa orang pemimpin dan ugutannya hanya boleh menakutkan pemimpin yang berjiwa kerdil.
Insya Allah, kemenangan itu hampir.



..

Jumaat, 16 November 2007

Dato' Tajol di mana nak letak muka? Kami pun turut rasa malu!



Sepasukan pegawai dan anggota daripada bahagian Kejuruteraan Forensik Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Putrajaya akan memulakan siasatan mereka hari ini berhubung kejadian runtuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Pulau Banding, Gerik, Selasa lalu.

Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar, berkata pasukan itu dengan dibantu pegawai dan anggota BPR Perak akan mengadakan siasatan di tapak runtuhan hari ini bagi mengenal pasti punca kejadian.




Bersedialah untuk membuat perubahan dalam Pilihanraya akan datang.

Jumaat, 10 Ogos 2007

PESTA-PESTAAN BERTERUSAN




Petang tadi, ketika melalui Jalan Sineevasagam, dari Jalan Sultan Idris Shah, menuju Bulatan Martin Luther King, di hadapan Perpustakaan Tun Abd Razak, di antara Masjid India dan Sekolah Saint Michael Institution disebelah kanan dan Padang Bandaran, Ipoh Club dan bendera Negeri terbesar di dunia di sisi kiri, saya terpandang lori-lori yang sedang menurunkan berpuluh-puluh buah objek berbentuk kuboid. Pada mulanya saya tidak pasti gerangan apakah benda nya.

Setelah diperinci barulah dapat dipastikan benda-benda tersebut adalah tandas mobil.
Tandas mudahalih. Hu, "ape ke hernyer? ape ke hernyer?" (Pinjam carabertanya Wahid Kumpulan Senario).


Ketika menoleh ketengah padang baru terlihat satu operasi besar-besaran sedang berjalan mempersiapkan pentas dengan segala aksesori untuk satu lagi pesta besar-besaran.
Aduh...satu lagi.


Persembahan salah satu lagi Syarikat Media gergasi Malaysia.

Tajaan utama Magnum Corporation Berhad dengan slogan magnumcares.


Siapa tak kenal Magnum. Tak tahulah magnum cares tentang apa? Atau cares pada dan untuk siapa?



Kita tidak perlu hairan sebenarnya, kerana sekaranglah masanya untuk merekayasa berbagai bentuk escapisme supaya masyarakat akan sentiasa terleka dan lalai dari masalah sebenar.

Orang akan lupa tentang rasuah yang menghasilkan ekonomi kemakmuran songsang yang menghimpit hidup mereka. Orang akan lupa tentang kualiti hidup sebenar dan alam sekitar yang bobrok. Orang akan lupa tentang harga minyak dan barang keperluan meningkat menerjah siling. Orang akan lupa tentang jenayah yang bagai cendawan selepas hujan. Orang akan lupa tentang ketidakbebasan mereka dan kebergantungan mereka untuk biasiswa, pinjaman pelajaran, belanja hospital, rumah miskin, modal niaga dan lain-lain, hatta gigi palsu dan cermin mata, kepada penguasa yang menggunakan keterikatan ini untuk mengugut dan menarik hidung seperti kerbau tanduk keweh yang membajak bendang di Banggul Derdap. (Ada lagi ke bendang tu Dato' Shahnon?) Orang akan lupa tentang pemimpin tunasusila dan rendah akhlak. Orang akan lupa tentang penghakisan kemanusiaan dan pencemaran ruh mereka.

Pemimpin Umno berpegang kepada keyakinan "Melayu mudah lupa"

Kerana itulah penguasa menciptakan kesedaran palsu ini. Keselesaan sementara yang didasari nafsu hedonisma sentiasa dibajai dari dulu, kini dan selamanya.

Dan mereka mengharapkan keselesaan palsu ini akan tertajalli dengan undi yang akan mengekalkan penguasaan mereka. Kuasa untuk terus memperhambakan rakyat dalam negara yang sudah lima puluh tahun merdeka.

Dan rakyat akan menyerahkan hidung mereka sekali lagi untuk diheret kemana sahaja, kerana 'sesungguhnya' tiada lagi payung pelindung tempat bergantung melainkan UMNO semata-mata.

Atau..... kini sudah tiba masa untuk perubahan. it,s time!

On a lighter side boleh tuntun video ni. klik


Jumaat, 6 Julai 2007

ANWAR IBRAHIM: CERAMAH PERDANA KEMERDEKAAN DI CHANGKAT LADA 13 JULAI 8:30 MALAM.

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melawat Perak pada 13 Hb Julai akan datang. Kemuncak lawatan tersebut adalah Ceramah Perdana KEMERDEKAAN yang akan diadakan di Simpang Tiga, Changkat Lada, kawasan Pasir Salak, seperti handbill dibawah. Diharap semua pendokong reformasi dapat menghebahkan program tersebut dan mobilisasikan seberapa ramai kehadiran pada program tersebut. Perogram penuh lawatan tersebut akan dimaklumkan kemudian.