CINA
CEO PKNS????
Selama 44 tahun PKNS diterajui oleh Bumiputera, namun apa yang lebih mengecewakan kita seperti apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid, setelah membuat pemeriksaan selama 44 tahun itu, beliau amat kesal apabila mendapati usaha PKNS dalam memartabatkan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan hartanah tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Bahkan lebih 75 peratus dari projek yang dilaksanakan oleh PKNS diberi kepada syarikat bukan-Melayu sama ada secara langsung ataupun tidak (Sinar Harian,28 Oktober,08,hal.2).
Bahkan lebih teruk dari itu, beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan yang dibuat oleh PKNS bukan berdasarkan keperluan PKNS sendiri, tetapi adalah lebih kepada parti politik yang memerintah. Akaun PKNS juga didapati tidak betul dari segi pengurusannya seperti pada tahun 2007 PKNS dilaporkan mengaut laba RM500 juta, namun setelah disemak ia adalah hasil luar biasa, bahkan RM100,000 darinya dihadiahkan kepada Pengerusi PKNS sebelum ini, iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.Untuk Sepenuhnya......
.
0 comments:
Catat Ulasan