Memaparkan catatan dengan label KeADILan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KeADILan. Papar semua catatan

Jumaat, 14 November 2008

ADUN SERAWAK MENYERTAI PKR

..


GABRIEL ADIT DEMONG, ADUN Serawak kawasan NGEMAH akan mengistiharkan masuk PKR besok Sabtu 15 hb November.

Kemaskini 16 hb November:

Apa kata Dato' Seri Anwar Ibrahim:

Ngap Sayot!

Majlis makan malam di Sibu semalam dihadhiri lebih dari tiga ribu orang. Selain menerima penyertaan ADUN Kawasan Ngemah; Gabriel Adit, saya turut mengalu-alukan kemasukan Beginda Minda beserta 12 ribu yang lainnya ke dalam parti.

Jamuan sebegini mungkin saja biasa di kalangan masyarakat Cina saperti mana ketika majlis-majlis ceramah di Semenanjung. Tetapi kehadhiran teman-teman Iban, Dayak, Urang Ulu, Bidayuh, Penan dan Melanau malam tadi mampu dinukilkan sebagai permulaan gerakan rakyat pendalaman. Turut sama hadhir ialah wakil kepimpinan PKR Pusat iaitu saudara Tian Chua dan Dato’ Salehuddin Hashim.

Kehadhiran khalayak dalam majlis semalam jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak juga tidak mahu tertinggal dari menyertai arus perubahan. Ini merupakan petanda baik kerana mesej yang ingin kita bawa jelas melewati sempadan etnik dan kebudayaan. Kerjasama yang lebih akrab di antara PKR dan DAP Sarawak wajar disegerakan. Hayat BN di Sarawak, kian hari sudah sampai ke penghujungnya. Ngap Sayot!

ANWAR IBRAHIM

Anwaribrahimblog reports:

..

Khamis, 30 Oktober 2008

CEO BARU PKNS



CINA

CEO PKNS????


Selama 44 tahun PKNS diterajui oleh Bumiputera, namun apa yang lebih mengecewakan kita seperti apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid, setelah membuat pemeriksaan selama 44 tahun itu, beliau amat kesal apabila mendapati usaha PKNS dalam memartabatkan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan hartanah tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Bahkan lebih 75 peratus dari projek yang dilaksanakan oleh PKNS diberi kepada syarikat bukan-Melayu sama ada secara langsung ataupun tidak (Sinar Harian,28 Oktober,08,hal.2).

Bahkan lebih teruk dari itu, beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan yang dibuat oleh PKNS bukan berdasarkan keperluan PKNS sendiri, tetapi adalah lebih kepada parti politik yang memerintah. Akaun PKNS juga didapati tidak betul dari segi pengurusannya seperti pada tahun 2007 PKNS dilaporkan mengaut laba RM500 juta, namun setelah disemak ia adalah hasil luar biasa, bahkan RM100,000 darinya dihadiahkan kepada Pengerusi PKNS sebelum ini, iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.


Untuk Sepenuhnya......

.

Khamis, 18 Oktober 2007

Rumah Terbuka DATO' SERI ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH

21 Oktober 2007 (Ahad)

Tempat: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur

Masa: 2 petang - 6 petang

Sila rujuk: Peta ke rumah DSAI

Hubungi 0379566444 / 0126659854

Jumaat, 28 September 2007

PKR Menyerahkan Memorandum Kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

Hari ini, jam 9.30 pagi, delegasi dipimpin oleh Presiden Datin Sri Wan Azizah telah menyerahkan Memorandum kepada Istana Negara bertujuan memohon ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Video Konspirasi V.K. Lingam.


Kandungan Memorandum:


PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMBERSIHKAN IMEJ SISTEM KEHAKIMAN

Ampun Tuanku,

Didoakan semoga DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Merujuk perkara diatas, sayugia dirafa’kan sembah bahawa pada minggu lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mendedahkan sebuah video rakaman perbualan telefon antara peguam VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim. Video yang dirakam sekitar tahun 2002 ini mendedahkan wujud konspirasi dari pihak-pihak tertentu untuk melantik hakim-hakim yang dapat menjamin keputusan penghakiman yang selari dengan keinginan politik. Antara lain, nama-nama seperti Tan Sri Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor disebut telah menaja usaha ini.

Maklumat ini mengesahkan kebimbangan sejak pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 dan kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Mohammed Suffian pada tahun 2000 apabila beliau menyatakan bahawa beliau tidak bersedia berdepan dengan hakim sekarang apatah sekiranya beliau tidak bersalah.

Hujah ini diperkuat oleh tulisan Ke Bawah Duli Tuanku Raja Azlan Shah pada 2004 yang melahirkan kebimbangan terhadap terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman. Baginda juga menyesali bahawa mahkamah telah diperalatkan untuk memutuskan dengan sewenang-wenangnya bahawa “peranan oleh DYMM Raja-Raja Melayu” merupakan satu prosedur ringan semata-mata.

Imej institusi kehakiman negara kita yang sudah pun tercalar begitu lama sudah tentulah binasa sama sekali. Kes ini berkaitan dengan begitu banyak isu-isu membabitkan institusi kehakiman selama ini, termasuklah:

a) Insiden pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Wan Suleman dan Datuk George Seah

b) Semua keputusan membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim

c) Kes Wee Chee Keong

d) Kes Lim Guan Eng

Daulat Tuanku,

Berdasarkan keterangan tersebut, patik memohon agar DYMM Tuanku memperkenan membentuk sebuah Suruhanjaya DiRaja dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Suruhanjaya tersebut seharusnya diberi kuasa meneliti bukan sahaja kesahihan video tersebut, tetapi juga dakwaan yang dibuat di dalam video tersebut mengenai perlantikan hakim dan amalan rasuah di dalam institusi kehakiman. Hanya sebuah Suruhanjaya DiRaja yang melapor terus ke DYMM Tuanku dan mempunyai kuasa memanggil dan melindungi saksi dapat memulihkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap institusi kehakiman negara.

Pihak patik bersedia sekiranya DYMM Tuanku berkenan bertemu dengan pihak patik untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam. Di dalam keadaan di mana maruah institusi kehakiman dan kerajaan kini sudah berada di dalam keadaan yang amat dasyat, DYMM Tuankulah yang dapat memainkan peranan yang adil dan saksama untuk mencari penyelesaian terhadap perkara ini bagi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Kuasa untuk menyelamatkan maruah negara kini berada di tangan DYMM Tuanku.

Patik mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, dan menjunjung kasih di atas kesudian DYMM Tuanku menerima warkah ini.

Ampun Tuanku,

t.t.
Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Khamis, 27 September 2007

Gambar-Gambar 'The Lawyer's March' Putrajaya 26 hb Sept 2007















Lain-lain gambar dapat dilihat di sini. Sila Klik.

Jumaat, 21 September 2007

TERJEMAHAN TRANSKRIP VIDEO



Cerita Penuh b
tentang pendedahan video konspirasi ini.

Video boleh ditonton di sini.

Terjemahan transkrip video dibuat secara verbatim. Dingatkan suara yang dapat didengar hanya dari seorang yang dikatakan Peguam VK Lingam sahaja.


KHN (CJ) kata dia ada hubungan keluarga dengan Agong sekarang, jadi dia nak tunggu sampai 68, jadi, Tengku Adanan, saya bagi tahu Tengku Adnan, saya ada perjumpaan dengan dia semalam.

Dia kata PM dah sangat marah dengan dia, dia kata no problem dia nak jadi kan you pemangku err, mengesahkan kedudukan you sebagai PMR (PCA), tengah usaha sungguh-sungguh untuk jadikan Tan Sri Mokhtar sebagai KHM (CJM).

Ah, sama-sama kita simpan rahsia ni. Saya tengah usaha sungguh-sungguh perkara ni. Lagi ada sepucuk surat, mengikut Tengku, Saya nak jumpa dia esok, ada sepucuk surat dihantar kepada CJ, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, yang Datuk Heliliah, Datuk Ramli, Datuk Ramli dan Datuk Ma’roop dilantik sebagai hakim. Dan dia tolak Dr Andrew Chui dan apa itu Zainuddin Ismail lah. Sebab Zainuddin Ismail mengecam perlantikan you dan perlantikan Tan Sri Mokhtar.

Kemudian you pula, you nampak telah menulis surat mencadangkan lima orang yang selebihnya disahkan sebagai hakim. Mengenai memo kita, saya bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kami hantar memo yang sama kepada PM.

Saya cuma nak dapatkan salinan surat yang dah dibuat.


Dan lagi Tan Sri Dzaiddin kata dia akan mencadangkan enam orang untuk mahkamah rayuan, tapi hingga hari ini surat masih belum sampai kepada PM. Dia tak pernah bincang, tapi dia tidak pun hantar surat kepada PM. Ya dia belum hantar. Saya tahu bagi semua hakim mengikut perlembagaan adalah tanggungjawab Datuk untuk menghantarnya, tapi kita tak mahu jadikannya isu buat masa ini.

Ah. Ok. Sebenarnya saya bagi tahu Tengku Adnan supaya maklumkan PM, untuk PM panggil you untuk berjumpa. Saya aturkan supaya Tengku Adnan panggil you secara langsung. Dan saya dapatkan nombor you, saya akan bagi tau supaya dia panggil you terus untuk you berjumpa PMlah. Jadi patutnya ok, lepas tu er, betul, betul, ya sangat penting semua key players berada bersama.

Betul, betul, betul. Betul, betul. You tahu masalah yang sama Tun Eusoff Chin hadapi. Dia cuba lakukan ini semua dan dia tak cukup tentera. Dia tak dapat lakukan kerana ramai dari kem satu lagi. Masa tu malangnnya Tun Daim buat apa saja untuk sabotaj.

Sebaliknya bagaimana keadaan you. – semua ok ke? Tak, jangan risau. You tahu kadangkadang Tan Sri Vincent kata kita lebih banyak bercakap tentang kehakiman dari buat kerja. Tapi kalau saya tak buat bahagian ni, usaha saya akan jadi sia-sia.

Ha ha ha. Ah ya. Betul, betul, betul, betul, betul. Benar, benar, benar,. Betul. Ah benar susah. You tengok, sekarang dia dah ada enam untuk hakim mahkamah rayuan, jadi dia boleh letakkan orang dia sebelum dia bersara.

Betul, betul, betul, ah lepas tu ah, betul. Tapi tak apa, saya akan buat ni, saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan PM supaya panggil you dan Tan Sri Vincent Tan, supaya PM panggil you. You tahu kenapa, sebenarnya, saya terhutang budi dengan Tan Sri Vincent Tan you tau pasal apa, saya brainwash dia, sungguh, malah saya bertengkar dengan dia. Satu hari saya pergi ke rumah Vincent Tan, saya bantai (fire) dia malam tu di rumah dia. Saya kata kalau you tak buat ni sapa lagi nak buat?


Semua orang ni Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainun, semua lawan untuk itu. Kemudian dia panggil Tengku Adnan. Tengku Adnan, dia kata, you tahu saya bukan Perdana Menteri Malaysialah. Jika orang tua tu tak mahu dengar saya, pergi jahanamlah.

Dia bertengkar dengan saya. Saya kata takpa, takpa, you cakap dengan PM lagi besok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai KHM (CJM). Jadi pagi besoknya dia pergi dan dia panggil saya balik 9.30 mengatakan PM dahpun setuju. Jadi saya kata takpalah, kita harap yang terbaik. Jadi saya kata tak salah mencuba, paling teruk boleh berlaku kita kalah. Sebagai orang tua, dia dah 76 tahun, dia mendapat bisikan dari merata pihak, dan you tak berbisik, dia akan dipengaruhi sebelah sana. Tapi PM sekarang sangat peka kerana setiap kali dia dapat surat dari Tan Sri Dzaiddin, dia panggil Tengku Adnan, dia kata bincang dengan Vincent, datang berbincang.

Ya, ya, ya. Betul, betul, ya, tapi you see walaupun saya kenal PM, saya lawyer in practice pandangan saya adalah….saya melalui mereka, saya bertindak melalui merekalah. Ah, ah ah ah.

Dan lepas tu Dzaiddin akan panggil mereka memberi tahu mereka you pergi jumpa PM dan you menjadikan nya satu isu besar. Oh ya, Saya fikir gitu, saya fikir gitu.


Ok, bagus bagus bagus bagus, ok ok ok ok.

Ah ah, betul, betul. Sekarang saya dengar Raja Aziz, Raja Aziz huh, bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang lagi peguam Anad, di mahkamah tinggi, mereka ada kes masing-masing. Jadi Thayalan dan anad tanya Raja Aziz, bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan?

Dia kata kesihatannya sedang menurun (on his way down?). Tapi you tahu apa yang memeranjatkan yang dia kata. Datuk Fairuz jadi CJM. Dia akan mengatasi (overruled) semua orang, dalam masa tiga bulan, dia akan dilantik PCA, dan dalam 6 bulan dia kan jadi CJ. Dia tak fikir dia terkejut. Dia beritahu kami.

Ha, nampaknya mereka akan mengatur satu kempen untuk melanyak you. Tapi you diam sajalah jangan kata apa-apa. Bila press bertanya, katakan terpulang kepada tuhan, itu saja. Jangan sebut. Saya suka mesej you. You kata you berkerja kuat, apa yang boleh saya buat? Saya pulangkan kepada tuhan.

Itu jawapan terbaik Datuk, itu yang seeloknya.

Ah….saya akan
cuba dapatkan Tan Sri, ingatkan PM mencalonkan gelaran Tan Sri tahun inilah. Ini akan mengangkat you, you tahu.

Oh ya ya ya ya, ha ha Steve Shim dapat cepat, Tan Sri Chong tunggu setahun untu dapat gelaran Tan Sri.

Ah, My god sebab tu lah, ah, Betul betul betul betul, ya ya ya ya, benar benar benar, betul betul.

Jangan risau, kita atur ni. Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan nak berjumpa you secara private, mereka akan, saya akan panggil you. Kita atur secara sulit, ditempat yang tak tersangka.


Tak, jangan risau Datuk, saya tahu bagaimana you bersusahpayah untuk Tun Eusoff Chin. Dan Tun kata Datuk Ahmad Fairuz 110% setia. Kita nak pastikan semua kawan-kawan kita bersama demi PM dan demi negara.

Bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan kita. Kita nak pastikan negara diutamakan. Memang, you tanggung dengan baik, banyak yang you lakukan. Untuk Pilihanraya. Wee Choo Keong , semuanya. Banyak sungguh, orang lain tak akan buat semua tu.

Ya, you tahu. Baguslah. Jangan risau. Saya sentiasa bekerja tentang hal ini.

Ya, ya, jangan risau, jangan risau, Kita kerja sungguh-sungguh berkenaannya. Dan Datuk, dan lagi jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan nak jumpa you, saya akan aturkannya ditempat yang sangat sulit.

Ok, Datuk very best. God bless you dan keluarga you.

Ok. Thank you thank you. Bye.








Rabu, 19 September 2007

ANWAR DEDAH BUKTI KONSPIRASI

Salinan Penuh dari Suara Keadilan

Anwar dedahkan bukti kospirasi dalam sistem kehakiman


anwar-pc.JPGKUALA LUMPUR, 19 September - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mendedahkan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara melalui satu tayangan video di rumah beliau hari ini.

Video tersebut merakam aksi perbualan VK Lingam melalui telefon di rumahnya dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002.

Pada ketika itu Ahmad Fairuz merupakan Ketua Ketua Hakim Malaya iaitu orang nombor tiga dalam hierarki badan kehakiman negara.

Menurut Anwar, rakaman video tersebut jelas membuktikan bahawa proses perlantikan hakim-hakim kanan penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

“Ini juga membuktikan bahawa pelantikan tersebut turut mempengaruhi hasil-hasil dalam sebilangan prosiding kehakiman termasuk kes saya,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa melalui video tersebut Lingam turut menyebut nama Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam perbualannya.

“Vincent Tan merupakan seorang ahli perniagaan dan hartawan perjudian yang terlibat dalam penyalahgunaan proses kehakiman yang kini dikenali sebagai kes Ayer Molek,” jelasnya.

Manakala, ujarnya, Tengku Adnan adalah pemimpin Umno dan juga ahli Kabinet yang salah seorang terlibat dalam kospirasi politik untuk memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

“Dalam video ini VK Lingam dapat dilihat dan didengar bercakap dengan Ketua Hakim Negara (sekarang) Ahmad Fairus di mana nama saya dan Wee Chee Keong di antara lain disebut secara khusus,” katanya.

Anwar juga memberitahu bahawa pada tahun 1994, gambar Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Eusoffe Chin sedang bercuti di New Zealand boleh menimbulkan beberapa persoalan tentang sikap, politik dan etika peguam itu yang memberi implikasi kedududakan dan kewibawaan Ketua Hakim Negara ketika itu.

“Lingam juga terlibat dalam kes laporan ‘Pricewaterhouse Coopers’ yang dibentangkan oleh saya dalam Parlimen pada tahun 1995 berikutan satu siasatan audit yang lengkap Perwaja menguatkan skandal yang melibatkan kerugian berbilion ringgit,” katanya.

Menurutnya lagi, pendedahan skandal tersebut akan mengesahkan apa yang KeADILan yakini sebelum ini bahawa terdapatnya konspirasi di peringkat tertingi dan rasuah besar yang melibatkan badan kehakiman.

Beliau berkata bahawa konspirasi tersebut antara lain memberi kesan kepada keputusan badan kehakiman yang dikatakan menganiaya orang yang tertentu.

“Ini melibatkan kepentingan awam dan kita desak kerajaan tubuhkan tribunal bebas untuk siasat skandal yang mengaibkan ini,” katanya.

Beliau juga berkata akan mengusulkan isu itu kepada Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menemui Majlis Raja-raja Melayu bagi menyerahkan video tersebut.

“Pertemuan itu adalah untuk memohon Majlis Raja-raja Melayu supaya menjalankan tanggungjawab mereka menurut perlembagaan agar badan kehakiman kekal bebas,” tegasnya.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah memberitahu video tersebut turut akan dibawa ke Majlis Peguam Negara supaya boleh diteliti secara terperinci.

“Apa yang terjadi kepada sistem perundangan negara pada masa sekarang mesti diberitahu kepada orang ramai,” tegasnya.

Menurutnya, adalah menjadi tugas KeADILan untuk mendedahkan setiap maklumat yang diperolehi kepada orang ramai.

Pendedahan dan tayangan video sepanjang lebih 8 minit itu dibuat dalam satu sidang media khas di pejabat Anwar di Petaling Jaya.

Turut hadir Bendahari Agung KeADILan, William Leong serta pegawai-pegawai khas Anwar termasuk Nathaniel Tan dan Sim Tze Tsin.

syukree @ September 19, 2007


Video boleh ditonton di sini.

Transkrip Percakapan:

Draft Transcript between Lawyer VK Lingam with Tun Ahmad Fairuz
( then Dato Fairuz and Chief Judge Malaya – No 3 in the hierarchy ) :

The CJ said he is relative to now Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan, I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him.

He said PM is already very angry with him, he said no problem he is going to make you acting err.. confirm your position as PCA, working very hard then working very hard to get Tan Sri Mokhtar as CJM.

Ah, we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku, I am going to see him tomorrow, there is a letter sent to CJ, I mean Tan Sri Dzaiddin, that Datuk Heliliah, Datuk Ramli, Datuk Ramli and Datuk Ma’roop be made judges, and he rejected Dr Andrew Chui and apa itu Zainuddin Ismail lah. Because Zainuddin Ismail condemned your appointment and Tan Sri Mokhtar’s appointment.

And then you also, you seems to wrote a letter for the remaining five be confirmed as judges. As per our memo I discuss with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM.

I just want to get a copy letter that that has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the court of appeal, but until today the letter hasn’t come to PM. He never discuss, but neither he has sent the letter to PM. Yes he has not sent. I know it is under the constitution for judges all that is your job Datuk to send, but we don’t want to make it an issue now.

Ah. Ok Actually I told tengku adnan to inform PM, PM to call you for a meeting. I organize it so that Tengku Adnan will call you directly. And then I got your number, I will tell him to call you directly to for you to meet PM lah. So should be ok, then ar.. correct correct, it is very important that the key players must be there.

Correct x3. correct x2. You know that the same problem that Tun Eusoff Chin has. He tried to do all this and yet he has run out of soldiers. He couldn’t do it because many are from the other camp. Last time was unfortunate because Tun Daim was doing everything sabotaging, otherwise how are things with you - everything is ok?. No, don’t worry. You know sometimes Tan Sri Vincent that half the time they are talking about judiciary rather than doing the work. But if I don’t do this part my work will be useless.

Ha ha ha. Ah yes.Correct x5, right x3 correct. Ah right susah. You see he has now up for six court of appeal judges, so that he can put his men before he retires.

Correct x3, ah and then ah, correct. But never-mind, I will do this, I will get Tengku Adnan to arrange for PM to call you and Tan Sri Vincent Tan for PM to call you. And you know why, actually, I am very grateful with Tan Sri Vincent Tan you know why, I brainwash you so much even I quarrel with him. One day I went to Vincent Tan house, I fire him at the night in his house. I said very hell if you don’t do this who will do it?
All these people Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon all fought for that. Then he called Tengku Adnan. Tengku Adnan he said, saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah, you know. If the old man doesn’t want to listen to me, go to hell.

He quarreled with me. I said nevermind, nevermind, you talk to PM again tomorrow morning to put Datuk Ahmad Fairuz to CJM. So next day morning he went and he called me back 9.30 that he said PM has already agreed. So I said nevermind, we hope for the best. So I said no harm trying, the worst that it can happen is that you lose. Being the old man, he is 76 years old, he gets whispers everywhere, and then you don’t whisper, he get taken away by the other side. But, now PM is very alert because every time he gets letters from Tan Sri Zaidin, he called Tengku Adnan, he said discuss with Vincent, come and discuss.

Yes yes, ya. Correct x2, ya, but you see although I know PM, I am a lawyer in practice my views are.. I go through them, I go through them lah. Ah x4.

And then Zaidin will call them telling that you went saw PM and you make a big issue out of it. Oh ya, I think so, I think so.

Ok, fine x4 ok x4

Ah x2 correct x2. Now I heard Raja Aziz, Raja Aziz huh, spoke to my lawyer Thayalan, and another lawyer Ailan, in the high court, they have a case each other. So, Thayalan and Ailan asked Raja Aziz, how is Tan Sri Wan Adnan?

He said he is on his way down. But you know what is the shocking thing he said? Datuk Fairuz became CJM. He overruled everybody, in three months time, he is going be made VCA, and 6 months time he is going to be CJ. He said he cant think he shocked. He told us.

Ha, it seems that they are going to organize a campaign to run you down. But you just keep quite don’t say anything. Even the press asked, you said I leave it to God, that’s all. Don’t say. I really like your message. You said you work very hard, what can I do? I leave it to God.

That’s the best answer datuk that you can ever be.

Ah… I will also get Tan Sri to remind PM to put a Tan Sri ship this year lah. This will elevate you, you know.

Oh yes x4. ha. XX got so fast, Tan Sri Chong waited for whole year to get Tan Sri Ship.

Ah.. My god that’s why, ah. Correct x4, ya x4 right x3 correct x2

Don’t worry, we organize this. If Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to meet you privately, they will, I will call you. We organize in a private arrangement, in a very unusual place.

No don’t worry, Datuk, I know how much you suffer for Tun Eusoff Chin. And Tun said Datuk Ahmad Fairuz 110% loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of the PM and the sake of the country.

Not for our own interest, not for our own interest. We want to make sure the country come first. Well, you suffered so well, so much you have done. For the election, Wee Choo Keong, everything. How much, no body would have done all these.

Yes, you know. Good lah. Don’t worry. I am constantly working on this.

Ya ya, don’t worry x2. We work hard on this. And Datuk, and then if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to see you, I will organize it in such a confidential place.

Ok Datuk very best. God bless you and your family.

Ok. Thank you thank you. Bye.


Selasa, 18 September 2007

INDEKS AKAUNTABILITI

UCAPTAMA KETUA AUDIT NEGARA

DI SEMINAR AUDIT DALAM

PADA 29 MEI 2007

PETIKAN:
Pada hemat saya, kredibiliti aktiviti pengauditan sangat penting untuk mengukuhkan tadbir urus awam. Justeru itu, Jabatan Audit Negara sentiasa mempergiatkan usaha untuk meningkatkan akauntabiliti awam dalam pengurusan wang awam. Pada tahun ini, Jabatan memperkenalkan index accountability yang menjadi asas kepada sistem penarafan tahap pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi atau Audit Rating System (ARAS). Rating tersebut akan diberi berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan–peraturan kewangan berhubung dengan kawalan-kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah/akaun amanah, deposit dan aset.
Dengan adanya indeks akauntabiliti ini, Juruaudit dapat membuat penilaian secara objektif terhadap pengurusan kewangan dan menetapkan standard yang minimum untuk prestasi yang lebih baik. Manakala di pihak auditee pula , ia berguna untuk mengukur tahap pencapaian dan menjadi asas bagi bench-marking ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan. Dengan itu, ianya diharapkan boleh membantu mewujudkan budaya kerja yang berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Saya percaya indeks ini akan mendorong ketua-ketua jabatan dan agensi menyemai budaya membetulkan kelemahan yang biasa dan membiasakan amalan yang betul di kalangan anak-anak buah mereka yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan mereka malah aspek integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dicapai.


AMK SAMBUT BAIK

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik saranan Jabatan Audit Negara untuk memperkenalkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan ke atas semua kementerian dan perbendaharaan negeri-negeri bermula tahun depan.


AMK KEMUKAKAN PRASYARAT

  1. Pertama, Jabatan Audit Negara mestilah diberikan autonomi untuk mengemukakan mana-mana jabatan dan kementerian yang dilihat menyeleweng untuk disiasat secara terperinci dan didakwa sekiranya jabatan atau kementerian tersebut disabit dengan kesalahan.
  2. Kedua, Laporan indeks akauntabiliti tersebut juga hendaklah diklasifikasikan sebagai Dokumen Kertas Putih untuk dibahaskan di Parlimen agar ia boleh dibahaskan demi kepentingan rakyat khususnya.
  3. Ketiga dan paling penting, gesaan AMK sebelum ini adalah kerajaan mesti mengubah struktur Badan Pencegah Rasuah sebagai sebuah suruhanjaya bebas di bawah Parlimen Malaysia demi menjamin autoriti BPR untuk menyiasat dan mendakwa tanpa wujud elemen-elemen ‘kacau-ganggu’ dari elit politik.

KENYATAAN TUAN RUMAH TEMPAT CERAMAH DI BATU BURUK

Dari paparan Kenyataan Tuan Rumah Tempat Ceramah di Batu Buruk berikut dapatlah kita nilai tujuan sebenar ceramah yang berakhir dengan tragedi itu ditarik balik Permitnya pada saat akhir.

Disalin dari RASUAH SUDAH PARAH

KENYATAAN PEMILIK RUMAH CERAMAH BERSIH BATU BURUK

17 09 2007

Muda Mohd Noor (Mkini)
Sep 17, 07 –Pemilik rumah tempat Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijadualkan mengadakan ceramah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu berkata rumahnya telah menjadi tempat ceramah pemimpin pembangkang sejak 10 tahun lalu tanpa mencetuskan sebarang gangguan dan kekacauan.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahmad Salleh, 77, yang dikenali dengan panggilan Mat Singapura di kalangan rakan-rakannya.

“Pihak polis tidak pernah menghalang ceramah-ceramah yang diadakan di kawasan rumah saya kerana tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk. Penduduk sekitarnya juga tidak pernah merungut.

“Semua pemimpin pembangkang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor - telah berceramah di sini.

“Ceramah paling ramai diadakan oleh Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak) yang dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang pada 1999,” katanya ketika ditemui malaysiakini di rumahnya di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Ahmad berkata, setiapkali ceramah diadakan, para pekerja sukarela PAS membantu mengawal lalulintas dan mereka juga membersihkan sampah sebaik program selesai.

Jaga lalulintas

Selalunya, kata beliau, mereka yang datang, akan balik sebaik program ceramah berakhir dan kerana itu tidak pernah berlaku sebarang kekecohan atau kesesakan lalulintas.

Sehubungan itu, Ahmad mendakwa, alasan polis bahawa program ceramah pada 8 September lalu, boleh mengganggu orang ramai, juga tidak benar.

“Sebelum ini bunyi bising akibat Pesta Terengganu yang diadakan tidak jauh dari rumah-rumah kediaman di sini, tidak pula menimbul rungutan di kalangan penghuninya,” kata beliau.

Sebaliknya, Ahmad mendakwa, pihak polis sengaja mencari alasan untuk membatalkan ceramah tersebut sedangkan kawasan rumahnya luas.

Menurutnya, kira-kira jam 2 atau 3 petang hari kejadian, anggota polis datang melarangnya daripada meneruskan program ceramah tersebut.

Pada jam 4 atau 5 petang hari yang sama, pekerja Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) datang merobohkan pentas ceramah yang dibina di depan rumahnya.

Kawasan pantai

Katanya, kira-kira jam 10.30 malam pula, dua penceramah iaitu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut datang memberitahunya bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan.

Ahmad juga berkata, beliau turut diberitahu terdapat kira-kira 200 anggota polis sedang berkawal di luar rumah, termasuk di kawasan pantai.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di luar kerana saya berada di dalam rumah sehingga penceramah balik kira-kira jam 12 tengah malam,” katanya.

Polis Terengganu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur dengan alasan tempat tidak sesuai dan ini menyebabkan berlaku rusuhan di kalangan orang ramai.

Dalam kejadian tersebut, tujuh orang tercedera, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.

Rabu, 12 September 2007

BAGAIMANA PERUSUH MEMBAKAR BENDERA!

Orang ramai sudahpun bersurai. Tiada para penyokong dan perusuh yang terjerit-terjerit melonjak penuh semangat. Cool. Dengan tenang menyalakan api dan membakar bendera yang dibekalkan. Pemerhati tidak kisah. Pengarah dan juru gambar dengan mudah buat kerja. Pelakon matrempit bertopi keledar muka memandang ke arah lain. Jurugambar memetik untuk tayangan media perdana. Semua dapat habuan masing-masing. Misi untuk menghodohkan wajah Alternatif berjaya.

Betulkah begitu? Orang sudah tidak lagi mudah ditipu!






Cuba banding senario-senario ini. Ini barulah rusuhan sebenar. Dan ini tak pernah berlaku disini. Kalau adapun zaman membakar bendera Indonesia waktu Konfrontasi dulu. Atau bendera zionis. Atau bendera Amerika sesekali. Dan itupun dulu sudah lama berlalu.

Dan UMNO menganggap politik Malaysia masih begitu. Politik menghunus keris dan membakar bendera. Kasihan mereka!

Sebenarnya mereka tahu. Usaha mereka mengulangtayang berkali-kali imej ini gunanya untuk menyebarkan rasa khuatir di kalangan rakyat, pengundi khususnya. Mereka jangka ini, seperti masa lalu, menguntungkan mereka. Kali ini belum pasti.