Memaparkan catatan dengan label Merdeka.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka.. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2007

Sehari di Malaysia Dan New York

Kelmarin, 01.10.07, A Kadir Jasin, Mantan Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd menulis dalam blognya http://kadirjasin.blogspot.com/:

DARI NEW YORK, akhbar The Sunday Star melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata:

“This has been a meaningful year for Malaysia which celebrates its 50th year of independence. It is also the 50th anniversary of our membership in the United Nations.”

Dalam bahasa Melayu/Malaysia ia bermaksud: “Ini adalah tahun yang bermakna bagi Malaysia yang merayakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan. Ia juga ulang tahun ke-50 keahlian Bangsa-Bangsa Bersatu.”
Diakhir postingnya beliau menyatakan:

Di tanah air, pada hari yang sama, akhbar yang sama, antara lain melaporkan:

1. Seorang perempuan Indonesia berusia 23 tahun ditahan berkaitan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Sementara itu, seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini dibebaskan;

2. Polis membebaskan dua lelaki Nigeria dan menahan seorang tukang masak tempatan berusia 35 tahun bersabit pembunuhan dua wanita Malaysia keturunan Cina di Kepong;

3. Polis menahan tiga lelaki, termasuk seorang anggota polis, di Muar, Johor kerana disyaki mencolek dan merogol seorang wanita Indonesia awal bulan ini.

4. Di Kulai, Johor, seorang yang disyaki penjual dadah ditembak mati oleh polis;

5. Di Kuantan, tujuh terbunuh apabila sebuah van yang membawa 11 penumpang merempuh lori tangki yang berhenti;

6. Polis berpakaian preman akan membuat pengintipan di semua terminal bas untuk menangkap penjual tiket haram (kutu) dan pemandu yang memandu secara berbahaya;

7. Seramai 120 penuntut Universiti Malaya yang menyokong pasukan pro-mahasiswa (pembangkang) mengadakan tunjuk perasaan menuntut pembatalan 16 calon pilihan raya kampus; dan

8. Supremo propaganda kerajaan, Zainuddin Maidin menyifatkan sebagai sangat tidak profesional langkah 2,000 peguam mengadakan perbarisan tunjuk perasaan di Putrajaya Rabu lalu.

Selasa, 18 September 2007

KENYATAAN TUAN RUMAH TEMPAT CERAMAH DI BATU BURUK

Dari paparan Kenyataan Tuan Rumah Tempat Ceramah di Batu Buruk berikut dapatlah kita nilai tujuan sebenar ceramah yang berakhir dengan tragedi itu ditarik balik Permitnya pada saat akhir.

Disalin dari RASUAH SUDAH PARAH

KENYATAAN PEMILIK RUMAH CERAMAH BERSIH BATU BURUK

17 09 2007

Muda Mohd Noor (Mkini)
Sep 17, 07 –Pemilik rumah tempat Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijadualkan mengadakan ceramah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu berkata rumahnya telah menjadi tempat ceramah pemimpin pembangkang sejak 10 tahun lalu tanpa mencetuskan sebarang gangguan dan kekacauan.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahmad Salleh, 77, yang dikenali dengan panggilan Mat Singapura di kalangan rakan-rakannya.

“Pihak polis tidak pernah menghalang ceramah-ceramah yang diadakan di kawasan rumah saya kerana tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk. Penduduk sekitarnya juga tidak pernah merungut.

“Semua pemimpin pembangkang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor - telah berceramah di sini.

“Ceramah paling ramai diadakan oleh Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak) yang dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang pada 1999,” katanya ketika ditemui malaysiakini di rumahnya di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Ahmad berkata, setiapkali ceramah diadakan, para pekerja sukarela PAS membantu mengawal lalulintas dan mereka juga membersihkan sampah sebaik program selesai.

Jaga lalulintas

Selalunya, kata beliau, mereka yang datang, akan balik sebaik program ceramah berakhir dan kerana itu tidak pernah berlaku sebarang kekecohan atau kesesakan lalulintas.

Sehubungan itu, Ahmad mendakwa, alasan polis bahawa program ceramah pada 8 September lalu, boleh mengganggu orang ramai, juga tidak benar.

“Sebelum ini bunyi bising akibat Pesta Terengganu yang diadakan tidak jauh dari rumah-rumah kediaman di sini, tidak pula menimbul rungutan di kalangan penghuninya,” kata beliau.

Sebaliknya, Ahmad mendakwa, pihak polis sengaja mencari alasan untuk membatalkan ceramah tersebut sedangkan kawasan rumahnya luas.

Menurutnya, kira-kira jam 2 atau 3 petang hari kejadian, anggota polis datang melarangnya daripada meneruskan program ceramah tersebut.

Pada jam 4 atau 5 petang hari yang sama, pekerja Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) datang merobohkan pentas ceramah yang dibina di depan rumahnya.

Kawasan pantai

Katanya, kira-kira jam 10.30 malam pula, dua penceramah iaitu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut datang memberitahunya bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan.

Ahmad juga berkata, beliau turut diberitahu terdapat kira-kira 200 anggota polis sedang berkawal di luar rumah, termasuk di kawasan pantai.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di luar kerana saya berada di dalam rumah sehingga penceramah balik kira-kira jam 12 tengah malam,” katanya.

Polis Terengganu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur dengan alasan tempat tidak sesuai dan ini menyebabkan berlaku rusuhan di kalangan orang ramai.

Dalam kejadian tersebut, tujuh orang tercedera, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.

Selasa, 11 September 2007

10 TAHUN SEBELUM MERDEKA

CARI DAN TONTONLAH.


Untuk penerangan lebih lanjut sila kunjungi blog : 10 Tahun Sebelum Merdeka.

Isnin, 3 September 2007

PERUTUSAN KEMERDEKAAN

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir.

Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga?

Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang-undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Anwar Ibrahim
Parti KeADILan Rakyat




As Malaysia celebrates its 50 years of existence as an independent nation, we need to confront the most pertinent question. Why is it in a year filled with grand celebrations, Malaysia has become a third class Asian nation?

Do we have the courage to face the reality?

Too often we have been asked to celebrate the occasion, especially among the youth. Yet healthy discourse is curtailed and free media is controlled by the few in order to protect the interests of the powerful. In fact, a free environment that should have emerged from our sacred oath of Independence has been replaced with numerous laws that bind the people, the students and workers, continuing the mischievous strategy of our colonizers in the past to curtail the freedom and livelihood of the people.

Therefore, to celebrate our independence we must think with an open mind as a free and dignified nation. This was the core to our Declaration of Independence on 31 August 1957 and the idea of Malaysia in 1963 ¡V to create a liberal and democratic nation, to uphold the Constitution and the rule of law and to guarantee freedom and justice for the people.

Anwar Ibrahim
People's Justice Party
31 August 2007

Kemungkinan Yang Tidak Berlaku.


Saya tertarik kepada:

Komen Sdr thaqif dalam anwaribrahimblog.com

DS,

Maaf,kerana apa yg saya tulis disini terkeluar dari apa yg dibicarakan oleh DS.

PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN YG DIPADAMKAN.

Sebenarnya saya merasa begitu sedih selepas melihat acara perayaan menyambut hari kemerdekaan ke50(?)melalui tv pagi tadi dan acara disebelah malamnya di stadium Merdeka.Nampaknya perjuangan kemerdekaan negara telah di hijack sepenuhnya oleh puak Umno dan sekutunya,manakala tokoh-tokoh pejuang sebenar seperti Dr.Burhanuddin,Ahmad Boestamam,DR.Ishak Hj Muhammad dll,yg tidak dari kumpulan Umno dan sekutunya itu di lupakan begitu sahaja.

Pada pandangan saya apa yg berlaku ini tidak boleh di biarkan,kerana pihak betanggung jawab seolah-olah mahu mendidik generasi muda untuk terus mengagumi dan mentaati tokoh dari Umno dan parti Umno, berserta sekutunya sahaja. Mereka menonjolkan kononya mereka sajalah yg berjasa kepada negara ini,dan hanya apa yg mereka lakukan itu lah ‘perjuangan’ menuntut kemerdekaan.

Mungkin,itulah sebabnya kita dapati generasi hari ini ramai tidak lagi mengenali apakah erti ‘perjuangan’ sebenarnya.Mereka tidak lagi faham bahawa perjuangan yg tulin memerlukan pengorbanan - darah,keringat,air mata dan kebebasan, semuanya itu adalah asam garam nya.Dan,perjuangan menuntut kemerdekaan pula bukanlah sekadar laungan merdeka,merdeka,merdeka, atau hanya berunding kesana kemari memujuk penjajah.

Jadi saya rasa kita perlu menyorot kembali sejarah para pejuang sebenar ini utk membolehkan generasi baru menghayati perjuangan tulin dan pahit getir yg mereka lalui dalam menuntut kemerdekaan.Kita perlu adakan satu acara besar khusus utk memperkenalkan kembali tokoh-tokoh ini kepada generasi baru dan lama agar jasa-jasa ikhlas mereka ini kembali diingati,ianya juga bagi mengelakan rakyat Malaysia terutamanya generasi baru dari terasa termakan budi, hanya kpd pemimpin Umno dan sekutunya,jadi tidaklah nanti mereka tergadai body kpd Umno semata.