Setelah saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keanggotaan dan terma rujukan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat rasuah kehakiman.
Pada mulanya, kerajaan tidak mengendahkan isu ini tetapi kemudiannya hanya bersetuju membentuk panel tanpa bidang kuasa jelas. Justeru itu, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja kami anggap sebagai langkah positif untuk mengembalikan integriti kehakiman Negara. Kami mengucapkan tahniah kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah menuntut reformasi kehakiman.
Malangnya, terma rujukan Suruhanjaya DiRaja ini tidak memenuhi bidangkuasa yang sewajarnya untuk memulakan siasatan menyeluruh terhadap krisis yang dihadapi institusi kehakiman, sebagaimana yang dituntut Majlis Peguam, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain pertubuhan masyarakat. Kewujudan video ini merupakan bukti bahawa krisis ini cukup mendalam dan telah melibatkan peringkat tertinggi institusi kehakiman. Kami kesal bahawa Suruhanjaya ini tidak diberikan bidangkuasa yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh video ini.
Penglibatan Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim sebagai pesuruhjaya juga menimbulkan beberapa persoalan. Suruhanjaya DiRaja telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat semua perkara berkaitan dengan nama-nama yang disebut di dalam video ini, termasuk saya, yang dirujuk sebagai “Kes Anwar” di dalam video tersebut. Walaubagaimanapun, saya perlu menarik perhatian disini bahawa Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim adalah antara hakim yang mendengar kes saya di Mahkamah Persekutuan. Di dalam perkara ini, kami berharap mereka bertindak waras bagi mengenepikan sebarang tanggapan negatif yang mungkin bersangkit di dalam penyiasatan Suruhanjaya DiRaja.
Namun demikian, kami masih komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan Suruhanjaya DiRaja dengan harapan bahawa anggotanya mempunyai keberanian melaksanakan amanah mereka dengan jujur dan ikhlas. Rasuah, muslihat perlantikan hakim dan ketidakadilan yang dilaksanakan di dalam penghakiman adalah masalah serius yang perlu ditangani.
Untuk memenuhi janji saya sebelum ini, saya dengan ini memberikan klip penuh video tersebut selama 14 minit dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya DiRaja. Video tersebut boleh ditonton di:
Jumaat, 14 Disember 2007
ANWAR MENGENAI SURUHANJAYA DIRAJA LINGGAMGATE
Posted by rakyatLG at 11:12 PG 2 comments
Labels: Suruhanjaya Diraja
Khamis, 13 Disember 2007
Suruhanjaya Diraja bagi Menyiasat Klip Video Linggam.
Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Suruhanjaya Diraja bagi Menyiasat Klip Video Linggam;Pengerusi:
Bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor
Ahli:
Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong,
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar,
Bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh,
Sejarawan Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim
Setiusaha:
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid,
Bidang tugas suruhanjaya itu ialah untuk menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan, menyiasat dan mengenal pasti identiti orang yang dalam klip video itu selain dengan siapa dia sedang bercakap, dan semua orang yang disebut dalam perbualan itu.
Ia juga akan menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video itu, menentukan sama terdapat sebarang salah laku oleh orang atau mereka yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu, dan, mengesyorkan tindakan terhadap orang atau mereka yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya mereka ini didapati telah melakukan salah laku.
Posted by rakyatLG at 12:55 PG 0 comments
Labels: Malaysian Affairs Kehakiman, Rasuah, Suruhanjaya Diraja