Selasa, 18 September 2007

INDEKS AKAUNTABILITI

UCAPTAMA KETUA AUDIT NEGARA

DI SEMINAR AUDIT DALAM

PADA 29 MEI 2007

PETIKAN:
Pada hemat saya, kredibiliti aktiviti pengauditan sangat penting untuk mengukuhkan tadbir urus awam. Justeru itu, Jabatan Audit Negara sentiasa mempergiatkan usaha untuk meningkatkan akauntabiliti awam dalam pengurusan wang awam. Pada tahun ini, Jabatan memperkenalkan index accountability yang menjadi asas kepada sistem penarafan tahap pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi atau Audit Rating System (ARAS). Rating tersebut akan diberi berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan–peraturan kewangan berhubung dengan kawalan-kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah/akaun amanah, deposit dan aset.
Dengan adanya indeks akauntabiliti ini, Juruaudit dapat membuat penilaian secara objektif terhadap pengurusan kewangan dan menetapkan standard yang minimum untuk prestasi yang lebih baik. Manakala di pihak auditee pula , ia berguna untuk mengukur tahap pencapaian dan menjadi asas bagi bench-marking ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan. Dengan itu, ianya diharapkan boleh membantu mewujudkan budaya kerja yang berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Saya percaya indeks ini akan mendorong ketua-ketua jabatan dan agensi menyemai budaya membetulkan kelemahan yang biasa dan membiasakan amalan yang betul di kalangan anak-anak buah mereka yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan mereka malah aspek integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dicapai.


AMK SAMBUT BAIK

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik saranan Jabatan Audit Negara untuk memperkenalkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan ke atas semua kementerian dan perbendaharaan negeri-negeri bermula tahun depan.


AMK KEMUKAKAN PRASYARAT

  1. Pertama, Jabatan Audit Negara mestilah diberikan autonomi untuk mengemukakan mana-mana jabatan dan kementerian yang dilihat menyeleweng untuk disiasat secara terperinci dan didakwa sekiranya jabatan atau kementerian tersebut disabit dengan kesalahan.
  2. Kedua, Laporan indeks akauntabiliti tersebut juga hendaklah diklasifikasikan sebagai Dokumen Kertas Putih untuk dibahaskan di Parlimen agar ia boleh dibahaskan demi kepentingan rakyat khususnya.
  3. Ketiga dan paling penting, gesaan AMK sebelum ini adalah kerajaan mesti mengubah struktur Badan Pencegah Rasuah sebagai sebuah suruhanjaya bebas di bawah Parlimen Malaysia demi menjamin autoriti BPR untuk menyiasat dan mendakwa tanpa wujud elemen-elemen ‘kacau-ganggu’ dari elit politik.

0 comments: