Khamis, 20 September 2007

KONSPIRASI: KeADILan LAPOR KEPADA BPR dan PRESIDEN AKAN MENGADU KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA.

Petikan dari Suara Keadilan,


KeADILan telah membuat satu laporan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Pejabat BPR Wilayah Persekutuan pada jam 11.30 pagi ini, diketuai oleh Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah.

KeADILan turut melampirkan satu salinan rakaman video tersebut dan rakaman audio dalam bentuk CD bersama-sama laporan berkenaan.

Manakala, Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Ismail, dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, berkata bahawa beliau akan jumpa dengan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat bagi membuat aduan berkenaan isu ini.

“Negara kita adalah negara raja berpelembagaan, maka adalah pentingnya bagi Majlis Raja-raja menyiasat kes ini dengan terperinci kerana integriti negara kita makin merosot,” tegasnya.

Beliau juga berkata bahawa KeADILan akan mempertimbangkan untuk berjumpa dengan Sultan Azlan Shah selaku bekas Ketua Hakim Negara, serta membawa usul tergempar dalam Parlimen

.

0 comments: