Khamis, 9 Ogos 2007

AWAS TAKTIK BN !!!



Berikut kami perturunkan terus dari blog taraknamav2 (mohon izin dari webmaster dan penulis Azamin Amin)

Berikut adalah kemungkinan beberapa perancangan “Machinery” (jentera) yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak khususnya para pengundi yang mungkin akan berulang demi untuk memenangkan Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang:-

1. Daftar pemilih yang berbeza dan menimbulkan kekeliruan orang ramai (Kes di Gombak pada tahun 1999)

2.Ramai nama orang yang sudah meninggal dunia masih ada dalam daftar pengundi.

3.Terdapat juga puluhan nama pengundi yang berumur lebih 100 tahun di satu-satu tempat (Ijok 2007).

4.Terdapat nama kanak-kanak bawah umur (di Ijok 2007).

5.Terdapat antara 5-15 orang berdaftar dalam beberapa buah rumah sama. (di Brikfields tahun 1999).

6.Beberapa pengundi yang tidak dikenali siapa dan di mana mereka tinggal, walaupun oleh penduduk tempatan sendiri.

7.Pasukan polis cuba menggagalkan ceramah parti pembangkang, dengan alasan tidak mempunyai permit (kes di Ijok).

8.Tindakan-tindakan provokasi supaya petugas-petugas Barisan Alternatif (BA) dan orang ramai bertindak liar.

9.Pihak berkuasa ‘ditugaskan’ untuk menjadi pengundi hantu terutama dalam minit terakhir sebelum pengundian ditutup.

10.Taktik bekalan elektrik dimatikan di beberapa tempat ketika pengiraan undi dilakukan (pilihan raya 1999).

11.Penggunaan kad pengenalan palsu dan ratusan kertas undi sudah bertanda yang tersimpan oleh pihak-pihak tertentu.

12.Memaksa kakitangan awam membantu kempen pilihan raya seperti khidmat Timbalan Naib Canselor di Machap.

Faktor kedua yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan besar BN Umno ialah eksploitasi Media elektronik dan cetak antaranya:-

1.Memberikan liputan penuh kepada kegiatan dan kenyataan pemimpin parti pemerintah.

2.Sebaliknya, para pemimpin pembangkang, terutama Anwar, Kit Siang dan Ustaz Hadi di”black-out”.

3.Manipulasi pelbagai berita dan maklumat tentang calon, pemimpin dan BA diputar belit.

4.(Tengku Razaleigh memakai Tanjak Kadazan dan Anwar menari menghibur pengundi-pengundi India di Ijok)

5.Kawasan yang diperintah pembangkang difokus sebagai miskin,kotor, tiada pembangunan dan tanpa kemudahan asas.

6.Kemasukan secara ‘borong’ kononnya ahli-ahli dan pendokong BA ke dalam Umno.

7.Penyebaran fitnah risalah, VCD dan buletin yang memburuk-buruk pemimpin pembangkang seperti label ‘agen Yahudi’.

8.Gambar teknik impose yang diedarkan secara berleluasa (pemimpin dengan arak, wanita dan sebagainya).

9.Memainkan sentimen agama, perkauman, keamanan, kemajuan dan keganasan dan diulang berkali-kali.

Akhir sekali, yang sukar dibendung sehingga kadang-kadang sudah dianggap mangli (atau perkara lumrah) oleh masyarakat Malaysia penggunaan wang rakyat atau dana awam secara seleweng serta taktik rasuah dan contohnya seperti berikut :-

1.Di Ijok, Menteri Besar Selangor mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri RM36 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh kempen bagi membina atau membaiki kemudahan awam seperti jalan, parit, lampu jalan dan sebagainya.

2.Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan yang besar jumlahnya bagi membina masjid (RM5 juta) dan membaiki masjid lama (RM800,000), serta juga kuil dan pelbagai lagi.

3. Pengundi diberi rasuah RM100 hingga RM500 untuk mengundi calon tertentu atau ‘mengajak’ pengikut-pengikut supaya memilih parti pemerintah.

0 comments: