Tersebut tentang pelajar Malaysia, Wee Meng Chee, 24 th, dari Muar, yang sedang menuntut di Taiwan menggunakan kreativitinya melepas geram. Dengan cara yang boleh ditafsirkan keterlaluan, beliau telah membuat komentar sosial melalui lagu "Negarakuku", ciptaannya berasaskan lagu kebangsaan yang dirapkan dan dialih senikata. Lagunya ini telah disiarkan melalui youtube.
Riuhrendah seantero kampung dan kota pemimpin UMNO melatah. Pelbagai Akta dan Undang-undang disaran untuk dihempap keatas kepala Si Tebuan kecil itu.
Untuk menggambarkan pendirian AMK, saya petik dari kenyataan akhbar AMK oleh Amiruddin Shari,
AMK mengambil sikap melihat secara objektif apa yang telah dihasilkan oleh Namewee, sambil tidak menafikan wujudnya unsur keterlaluan dan tidak wajar, khususnya pengunaan kata-kata kesat dan kasar.Dan
Namun begitu beberapa perkara yang terpancul dari bait-bait lirik lagunya adalah tanda bahawa anak muda Malaysia mengharapkan suatu yang lebih rata dan adil dalam polisi dan dasar negara.
Ia juga seolah-olah negara kita berada dalam situasi otoritarian, di mana sejarah membuktikan kritikan – kritikan yang semacam ini akan senantiasa wujud dari kerajaan yang bersikap keras dan mencengkam kebebasan.
Kesimpulanya, kami menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisahan Namewee dan generasinya.Walaupun kita tidak berkongsi gaya dan buahbutir keritikan beliau, tetapi adalah lebih bermakna menghampirinya secara membina (constructive engagement), memahami masalah yang mendasari sikapnya itu, berdialog mencerah dan mengubah kefahamannya. Dengan pendekatan begini mungkin dapat kita bawa bersama ramai lagi yang sepertinya untuk melihat Malaysia dengan kacamata membina dan menyumbang kepada pembangunan bangsa.
Kami juga sedia menjemput Namewee untuk menyertai AMK, kerana kami lebih bersedia menyediakan ruang untuk beliau berbincang dalam isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau dengan kaedah yang jujur, terbuka dan matang.
Syabas diatas keberanian dan kematangan AMK, berbanding Pemuda(keris)UMNO.
0 comments:
Catat Ulasan