Sdr Yunus Mat Isa, bekas Setiausaha Parti Rakyat Malaysia Negeri Perak pada era 70an, telah kembali ke Rahmatullah lewat malam tadi. Allahyarham, yang meninggal pada umur 74 tahun, sejak mula gerakan API dan KMM, aktif dalam harakah kiri.
Setelah penggabungan Parti Rakyat Malaysia dengan Parti Keadilan Nasional, serta penubuhan KeADILan di kawasan Pilihanraya baru Lenggong pada 2003, Allahyarham telah aktif dalam Jawatankuasa Bahagian KeADILan Lenggong.
Jenazah Allahyarham telah disempurnakan sebelum Zohor, tengahari tadi. Ketua bahagian dan rakan-rakan telah sempat bersama menunaikan solat jenazahnya.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan pahala bacaan Alfatihah kepadanya dan mendoakan supaya Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan menempatkannya bersama-sama saf para syuhada dan solihin. Amin.
Dan kita berjanji akan meneruskan kelangsungan perjuangannya.
Isnin, 3 September 2007
Balasungkawa buat Pejuang Sdr Yunus Mat Isa, ALFATIHAH.
Posted by rakyatLG at 12:37 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan