Rabu, 12 September 2007

Bantahan Penswastaan Khidmat Kesihatan 12 September 2007

Dengan ini dimaklumkan bahawa suatu bantahan terhadap penswastaan khidmat kesihatan anjuran Gabungan Anti Penswastaan Kesihatan akan diadakan hari ini.

Berikut adalah butiran selanjutnya:

Tarikh:
12 September (Rabu)

Masa:
10.00 pagi

Tempat:
Hospital Selayang (berkumpul di pintu depan)

Sama-sama menyatakan sokongan anda!

BAGAIMANA PERUSUH MEMBAKAR BENDERA!

Orang ramai sudahpun bersurai. Tiada para penyokong dan perusuh yang terjerit-terjerit melonjak penuh semangat. Cool. Dengan tenang menyalakan api dan membakar bendera yang dibekalkan. Pemerhati tidak kisah. Pengarah dan juru gambar dengan mudah buat kerja. Pelakon matrempit bertopi keledar muka memandang ke arah lain. Jurugambar memetik untuk tayangan media perdana. Semua dapat habuan masing-masing. Misi untuk menghodohkan wajah Alternatif berjaya.

Betulkah begitu? Orang sudah tidak lagi mudah ditipu!






Cuba banding senario-senario ini. Ini barulah rusuhan sebenar. Dan ini tak pernah berlaku disini. Kalau adapun zaman membakar bendera Indonesia waktu Konfrontasi dulu. Atau bendera zionis. Atau bendera Amerika sesekali. Dan itupun dulu sudah lama berlalu.

Dan UMNO menganggap politik Malaysia masih begitu. Politik menghunus keris dan membakar bendera. Kasihan mereka!

Sebenarnya mereka tahu. Usaha mereka mengulangtayang berkali-kali imej ini gunanya untuk menyebarkan rasa khuatir di kalangan rakyat, pengundi khususnya. Mereka jangka ini, seperti masa lalu, menguntungkan mereka. Kali ini belum pasti.

Keganasan Kerajaan Dan Polis Ibarat Zionis di Palestin


Kenyataan Anwar Ibrahim:

"Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan.

Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan yang ganas dengan menembak rakyat dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup sama sekali tidak akan menakutkan kita daripada menyebarkan kebenaran secara aman. Komitmen kita terhadap perjuangan secara aman tidak pernah luntur."

"Kerajaan sengaja merancang kejadian ini untuk berlaku menjelang Ramadhan,"

"Perkara ini juga muncul pada masa yang sama dengan pendedahan Laporan Audit Negara 2006 . Fokus rakyat sekarang dialihkan daripada kemarahan yang membuak di atas penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat kepada kejadian di Terengganu."


"Peranan kerajaan Terengganu dalam percubaan untuk menyekat aliran kebenaran juga dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang berpotensi besar untuk menawan negeri Terengganu."

"KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional."

Selasa, 11 September 2007

ORANG MELAYU HARI INI


Artikel dari majalah Kenchana, Jan 1947

Kami petik dari "10 tahun sebelum Merdeka" dan susun semula kerana tertarik dengan hakikat kealpaan kita kepada peringatan tersebut.


“Dengan chogan kata di atas kita memperingatkan kepada semua kaum Melayu supaya jangan tertipu terperlemah dan terperangkap oleh pehak yang hendak menggunakan diri kita faedah mereka.”

“Dari mula dunia terkembang, orang Melayu telah berserah tonggang nasib-nya hitam puteh kepada tangan Y.M.M. dan Y. berhormat dan akhir-nya nasib orang Melayu jatoh sejatoh-jatohnya dan menerima menjadi Nasib Kaum Terjajah yang lemah sekali di dalam dunia ini,..”

“…kelemahan Melayu ini salah-nya terpulang kepada Penganjor Melayu yang sudah-sudah ia-itu yang tergamak menjual-kan Tanah Ayer Melayu dan menukar-kan nyawa Melayu kepada wang dan kesenangan mereka yang mana akhir-nya seperti yang kita nampak Orang Melayu jatoh melepek.”

“Oleh itu U.M.N.O. (Pekembar) ...bukanlah arti-nya dipunyai oleh ketua-ketua itu sendiri ialah dipunyai oleh orang ramai Melayu hari ini. Jadi dengan itu sewajib-nya apa-apa keputusan yang hendak dibawa oleh U.M.N.O. ...untok pengetahuan pemerintah atau diketengahkan kepada ramai mahulah dipersetuju-kan oleh orang Melayu ‘am.”

“Sebab itu kita sudah nampak bayang2-nya orang Melayu tidak puas hati kepada penganjor2-nya yang chuba membelakang-kan muslihat orang Melayu ramai.

Dalam sementara itu kita harap orang Melayu hari ini berdiri-lah sebagai orang Melayu yang tidak redza nasib-nya di-perjudi-kan oleh Penganjor2 nya kerana keuntongan pada lain pehak, tetapi orang Melayu sendiri akan tergadai dan terima hidup melarat.”


Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 1, Jan 1947

10 TAHUN SEBELUM MERDEKA

CARI DAN TONTONLAH.


Untuk penerangan lebih lanjut sila kunjungi blog : 10 Tahun Sebelum Merdeka.

TREGEDI BERDARAH BATU BURUK 8 SEPTEMBER

Untuk memudahkan para pengunjung mendapat maklumat lengkap kami senaraikan berita, analisis, kenyataan dan pendirian dari pelbagai pihak dan sumber. Keliklah manamana yang anda ingin kunjungi.

Dari pihak penganjur, BERSIH.
Kronologi Peristiwa di Batu Buruk, Terengganu


Sidang Media BERSIH:
Sidang Media Bersih: Isu Batu Burok


Suara Keadilan:
Keganasan Polis Bukti Hilang Nilai Kemanusiaan


Angkatan Muda Keadilan:
Pihak Polis & FRU Bertindak Zalim Mengikut Telunjuk Kerajaan Umno Negeri Tganu!


Parti Keadilan Rakyat:
KeADILan Akan Saman NST Atas Tuduhan Cetus Rusuhan


Harakahdaily:
Tragedi Batu Buruk: Satu konspirasi jahat polis dan Umno-BN

Roslan SMS corner di malaysia-Today:
10/09: Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?


Pas: Laporan KLpos:
"Golongan lain bakar bendera" Pesuruhjaya PAS Terengganu"
Desak tubuh Suruhanjaya diraja - Mustafa Ali
"Umno suruh polis bertindak terhadap majlis yang dianjurkan PAS" Hj Hadi


Kenyataan Media BERSIH: Laporan SIASAH Versi ONLINE
Tragedi Batu Buruk.

Lim Kit Siang:

Batu Burok riot - immediate independent public inquiry warranted

Malik Imtiaz Sarwar: Presiden HAKAM:
I call upon the DYMM Yang Dipertuan Agong to urgently establish a Royal Commission of Inquiry.

Ahad, 9 September 2007

MAJLIS BERBUKA DI RUMAH ANWAR

06
Sep
07

Majlis Buka Puasa, Solat dan Tarawikh

15 September (Sabtu)

Majlis Buka Puasa, Solat dan Tarawikh

Tempat: Rumah DSAI di Segambut (11, Jln 3/61 , Bukit Segambut)

Masa: Maghrib

DOA ANWAR UNTUK MAHATHIR.

06
Sep
07

Doa Untuk Tun Dr. Mahathir

Saya, Azizah dan keluarga turut mendoakan supaya Tun Dr. Mahathir dapat cepat pulih kesihatannya setelah menjalani pembedahan jantung dua hari yang lalu.

ANWAR IBRAHIM

Isnin, 3 September 2007

PERUTUSAN KEMERDEKAAN

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir.

Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga?

Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang-undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Anwar Ibrahim
Parti KeADILan Rakyat




As Malaysia celebrates its 50 years of existence as an independent nation, we need to confront the most pertinent question. Why is it in a year filled with grand celebrations, Malaysia has become a third class Asian nation?

Do we have the courage to face the reality?

Too often we have been asked to celebrate the occasion, especially among the youth. Yet healthy discourse is curtailed and free media is controlled by the few in order to protect the interests of the powerful. In fact, a free environment that should have emerged from our sacred oath of Independence has been replaced with numerous laws that bind the people, the students and workers, continuing the mischievous strategy of our colonizers in the past to curtail the freedom and livelihood of the people.

Therefore, to celebrate our independence we must think with an open mind as a free and dignified nation. This was the core to our Declaration of Independence on 31 August 1957 and the idea of Malaysia in 1963 ¡V to create a liberal and democratic nation, to uphold the Constitution and the rule of law and to guarantee freedom and justice for the people.

Anwar Ibrahim
People's Justice Party
31 August 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sdr Ahmad Nour Firdaus bin Ahmad Bakri, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Lenggong, telah melangsungkan perkahwinan dan diijabkabulkan dengan Sdri Salbiah Saidin di Taman Kota Tampan Lenggong pada 1 hb September 2007. Ketua bahagian bersama keluarga telah menghadiri majlis keraian pihak lelaki di Kampung Beng Lenggong semalam, 2 hb September. KeADILan Lenggong mengucapkan Selamat Pengantin Baru serta diiringi doa semoga Kasih dan Kebahagiaan mereka kekal abadi selamanya.